Saturday, August 27, 2016

#Bookstore : Tempat kegemaran tambah koleksi buku & novel ?


"oi banyak gila buku! Sempat ke baca?" 
"Selalu lepak bookstore mana weh?" 

----

Meh la nak share sikit cerita aku dengan buku-buku aku,

Masa aku sambung degree dekat UM dulu, habit membaca ini terus subur dalam diri aku. Jadi berderet la buku/novel atas meja. Dia macam, satu hari aku tak belek buku/novel, aku akan  rasa something, macam ada benda tak buat lagi. semacam betul.
Cukuplah kalau aku dapat  tengok tajuk buku dan belek-belek isi, baca sikit-sikit dan lepas itu berhenti.

berhenti sebab kena siapkan assigment. haha. 

Kebiasaannya, kalau aku dah lelah sangat buat assigment, aku akan ambik mana-mana buku/novel , yang aku rasa nak baca untuk relax kan minda aku yang serabut. So macam itu lah hidup aku dekat UM. Kalau orang lain, mungkin rasa benda ni tak fun pun. haha 

tapi cukuplah aku sorang rasa benda tu fun :)

----

Gambar bawah: Ini koleksi semester 6 ( ada yang aku bawak dari rumah, ada juga yang aku beli), aku terpaksa punggah bawak balik ke rumah, sebab semester 7 (semester akhir) aku dah terasa beban-beban fyp dan tugasan lain. Aku lah yang rasa macam tak sempat nak baca pun, dan selebihnya aku nak elakkan diri aku stop buat fyp dan baca bukubuku ini. heh.

priority! priority! Nak grad ke tak nak? ahaha.

so jalan terbaik aku bawak balik rumah. Masa duk masukkan buku/novel dalam kotak, aku siap pesan "Kakak kena bawak awak semua balik ok? Untuk kesejahteraan kakak dan semoga kakak fokus siapkan fyp!) >.<

tapi aku cakap dalam hati je la.


kalau aku cakap kuat-kuat, dengar dek roomate aku karang, dia kata aku gila pula. haha


1.  bila masa je aku sempat baca semua buku/buku ini?

Setiap hari! 

Isnin - Khamis, lepas kelas. Aku ambil masa satu ke dua jam untuk belek-belek dan juga baca mana-mana buku yang aku suka. Kalau datang hari aku minat baca benda serius, buku yang serius lah aku baca. Kalau datang ke hari, aku rasa nak baca benda macam love story ke, aku baca la novel. Kalau datang ke hari aku rasa nak mengembara, aku baca travelog. 

Jumaat, Sabtu & Ahad. 

Masa paling ideal untuk aku terperap dalam bilik untuk baca something. Selama tiga tahun duduk UM, selagi mana aku tak terlibat dengan mana-mana aktiviti kolej, program jabatan, program UM sendiri ataupun kena buat assigment  dekat luar, aku memang jarang keluar.

Aku jarang keluar, sebab aku malas nak drive, bersesak-sesak dan aku sayang duit. Haha. Mak aku cakap aku kedekut. Aku bukan kedekut, tapi aku simpan duit. Hahaha. Semakin kerap aku keluar, semakin banyak duit aku yang keluar. 

(Rm50 confirm terbang kalau aku keluar) Ada orang cakap aku tak fun. Ya ya aku memang tak fun pon. 

2. Tempat kegemaran, untuk tambah koleksi buku/novel?

MPH MIDVALLEY
Masa study dekat UM, aku selalu lepak dekat MPH Mid Valley. MPH MidValley ni kira bookstore paling dekat la dengan UM. Iyalah, Mid Valley itukan ibarat koperasi untuk student UM. Haha. 

Selalunya, aku akan pergi hari Jumaat (aku tak dek kelas hari Jumaat), dalam pukul 11 macam itu. Sebab nya, kalau aku nak ke Mid Valley, aku tunggu bas Um dan bas Rapid( sebab malas nak drive) Bas UM, tengah hari bas akan berhenti (bagi laluan untuk solat Jumaat) So waktu aku pergi itu adalah waktu paling sesuai dan bila sampai MPH Midvalley pun tak dek lah crowded mana. Suasana biasa-biasa je lah. 

Bestnya MPH ini, aku boleh duduk dari jam 12 sampai 4 petang, untuk cari buku yang aku dah siap list ataupun aku saja lah baca buku yang mana-mana aku rasa best. Staff MPH Midvalley pun cool je kalau aku pergi jumpa diorang . 

"Bang, saya nak baca novel ini" Sambil senyum, dia pun buka plastik pass dekat aku balik. Aku bukan manja atau menada-ngada tak reti buka sendiri, tapi benda yang kita tak bayar lagi, baik aku suruh staff yang buka, nanti kalau ada terkoyak masa buka, aku tak salah k.

Lepak dekat tangga MPH itu dan terus leka. 



Gambar berharga ini dari kamera sya, 
sya ni aku gelar dia mamarazi, pasal dia suka ambil gambar candid. 
(tiba tak tiba, sampai image dekat whatssapp) 


KINOKUNIYA


Kinokuniya, atau nama manja yang aku selalu sebut Kino, adalah bookstore favourite aku selepas tamat degree. Walaupun jarak dari rumah aku ke Klcc tidaklah lah sedekat UM dengan MPH Midvalley, tapi aku tetap pergi disebabkan nak pergi Klcc ni senang. Naik Lrt, beberapa stesen, dah sampai. 

Kino ni memang luas sampai satu masa, aku perasan, lah, banyak lagi section yang aku tak pernah pergi. Hahahaha. Iyalah selalu datang, tertumpu dekat section yang sama. Kino pun best sebab, aku boleh baca dulu novel atau buku sebelum aku bayar. Setakat ni tak dek lagi la kena halau ke apa kan. 

tapi yang lebihnya Kino dari MPH,  aku boleh lepak sambil baca buku dekat kafe Kino! haha 



nampak beza tak gambar candid dengan gambar aku sendiri yang minta? Kahkah. 
" Ibu, tolonggggg?" Ibu aku buat muka. 
Tapi lepas dah snap gambar aku, dia pulak suruh aku tangkapkan gambar dia dengan buku. Haha


Laaa, dah puas menaip, baru sekarang aku rasa panjang pulak cerita aku ni.hahaha. Okay lah itu je yang  aku boleh kongsikan. So gais yang suka lepak dekat bookstore itu, sebenarnya tak kisah la kan beli buku dekat mana mana pun, yang penting boleh tambah koleksi. Haha.


27 Ogos 2016
6. 15 Petang, Kuala Lumpur 


2 comments:

  1. Hai, Salam kenal dari Ima di Indonesia, wah menyenangkan bisa kenal :D Suka buku dan jalan-jalan juga ya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAi Ima.! Hari itu sy sempat baca entry kau tentang Jogja. Nice info! kita punya hobi yang sama! :)

      Delete

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...