Monday, August 8, 2016

Review Buku : Pelukis Jalanan, Teme Abdullah





"Satu simbol ketekunan...original." - Saiful Nang





Pengenalan: 

Buku Pelukis Jalanan di tulis oleh Teme Abdullah. Tulisan setebal 215 muka surat ini merupakan terbitan dari Iman Publication yang boleh dimiliki dengan harga Rm 25.


Ulasan peribadi:

Buku Pelukis Jalanan ni aku beli sewaktu di Pbakl hari itu. Tapi itu lah dari beli sampai lah ke bulan 8, baru aku terbuka hati untuk baca Pelukis Jalanan ni. Kalau tak, memang tersepuk dekat rak buku je lah. Aku baca pun, sebab aku tengok ramai sangat duk tweet pasal buku ni best la, inspiring la
, apa la, semuanya yang positif positif lah.

dah tu ada member aku pulak meroyan taktentu pasal 'suka' dengan tulisan tulisan teme, so dari  situ lah aku boleh nak baca #Pelukisjalanan.

Mula-mula aku baca macam malas-malas. Tapi lama-lama itu. eh apa hal buku ni best sangat ha? Cemtu sekali. Dari start komik sampailah bab demi bab aku baca tak skip. boleh bayangkan tak bestnya cerita pasal teme Abdullah ni. Antara yang menarik dalam Pelukis Jalanan ni ialah :


📖 Dapat biasiswa ke luar negara

📖 Terkandas di A-level 

📖 Sambung belajar di UK dengan biaya sendiri

📖 Kerja di Fast food restaurant untuk survive

📖 Bank account balance = 0 

📖 Ditikam belakang oleh rakan sekelas

📖 Sebulan makan nasi+telur+garam

📖 Mula melukis di jalanan

📖 Lukisan mula menempah nama di instagram

📖 Dikenali sebagai Teme, si Pelukis Jalanan


Sedar tak sedar , satu jam setengah juga aku habiskan buku ni. rasa cepat sangat otak aku scan mungkin sebab cerita cerita teme ni menggunakan font yang besar sikit dari biasa, ada kartun comel(komik) dan ada juga galeri yang memaparkan hasil lukisan dari Teme sendiri yang disertakan dengan quotes paduuuu. 

Seronok memang seronok baca pengalaman orang ni, banyak benda kita boleh belajar dari kehidupan orang lain. Rasa kena selalu bersyukur, rasa insaf, semangat nak sambung belajar, capai cita-cita bila baca cerita teme, paling penting setiap anugerah dan nikmat yang tuhan bagi dekat kita itu,  kita kena hargai, dan guna dengan cara yang betul, guna di jalan- Nya. 

--

banyak benda nak share tapi aku rasa tak adil bagi orang yang tak baca lagi, nanti baca dah tak feel, so aku cadangkan setiap dari korang patut beli dan baca Pelukis Jalanan ni! Nak-nak adik-adik yang masih di peringkat sekolah menengah. yang masih di uni, yang rasa tengah kecundang, Yang masih tercari-cari 'sesuatu' yang mampu buat kita terus rasa nak kejar cita-cita, Baca sekali pun jadi lah. haha. 

'waste your time, and you are wasting your life'

8 Ogos 2016, 
2.45 petang, Kuala Lumpur. 




2 comments:

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...