Wednesday, August 17, 2016

Review Buku : Jaulah Mencari Ibrah, Ubadah Zabidi





Pengenalan: 

Jaulah Mencari Ibrah ini merupakan tulisan Ubadah Zabidi. Sejenis travelog yang di terbitkan oleh Karya Bestari. Buku ini mempunyai 160 muka surat dan berharga Rm22.00 sahaja. "Label Turki sebagai negara sekular tidak pernah padam, namun hari ini seperti Turki negara paling Islam di kalangan negara-negara Islam. Perjalanan ini adalah untuk mencari hikmah" #sampaijadidaie




Ulasan Peribadi, 

Highly recommended la senang cerita! Baca dari muka depan sampai ke muka belakang sekali, penuh dengan coretan yang memberikan inspirasi! Memberikan view yang berbeza dari sudut kehidupan, traveling dan networking :) 

Dari awal pembacaan, kita didedahkan serba sedikit tentang Rusia dan persekitarannya (local behaviour) dan bacaan seterusnya adalah mengenai perjalanan/jaulah adik ubadah ke Turki. Banyak cerita Ubadah ni buatkan aku teringat kembali pada sesi travel aku ke Turki(2011) Lepas baca jaulah ubadah ni, aku terasa nak pergi lagi Turki, tapi bukan Istanbul tapi mungkin cappadocia, hewhew ;)

Ada juga cerita menarik yang aku kira bukan sesuatu yang di rancang sebaliknya memang ia terjadi kerana ditakdirkan-Nya. Macam mana Ubadah boleh berjumpa Kong Wei King semasa jaulahnya. Dan mendedahkan parents di China, Korea dan Japan sangat menyokong anak-anak mereka untuk solo travel. sebab itu salah satu tiket untuk mendapatkan pekerjaan. 

"Remaja yang mempunyai pengalaman Mengembara secara solo lebih mudah mendapat pekerjaan. Ini merupakan nilai tambah yang dicari oleh majikan-majikan di Jepun, China dan Korea."


Ada juga selitan cerita tentang kisah Ahmad Ammar, kisah Gua Ashabul Kahfi sebagai peringatan mesra. Bagi aku, travelog kali ini, aku kira superbnya menerusi pengisian. Coretan demi coretan buatkan aku terfikir tentang tujuan kita hidup. 

Walaupun ada beberapa bab yang serius, tapi aku enjoy baca kerana gaya penulisan beliau yang agak santai tapi masih padat! Thumbs up :) 






semoga Ubadah akan menghasilkan buku lagi selepas ni. aja aja fighting! :) 


17 Ogos 2016,
1.46 petang, Kuala Lumpur.



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you