Saturday, August 13, 2016

Lepak #1 Book Haul (Buku buku Ogos) Ft Kinokuniya Cafe, O' Coffee Club Express (KLCC)




Hai 

Rabu hari itu, entah apa mimpi aku datang tiba-tiba nak sangat pergi Kinokuniya (Kino) Walaupun pergi Kino setiap bulan itu adalah hobi tapi kali ini beriya-iya nau aku nak pergi. entah mambang buku mana merasuk tak tahu lah. sampai tahap kalau aku tak jadi pergi, aku nak murung duabelasjam setengah la. Diskaun sikit setengah itu >.<  | so buku apa je aku beli?|


Jadi, aku pun bersiap-siap lah dengan senarai buku dan novel yang aku nak beli. 
Senarai sebelum pergi Kino : 

  • Backpackerz Vol 6
  • Novel  Re : Kau Ilhamku
  • Novel Piano


Tapi sudahnya,  jadi lain pula bila dah sampai Kino. 
Senarai selepas tiba di Kino: 


Sudahnya, buku yang aku nak beli, aku tak beli. Buku yang aku tak nak beli, aku pergi beli. 

jadi, apa motifnya aku pergi senarai tajuk-tajuk buku tu semua hah?lepas itu beli buku lain yang tak dek dalam senarai.  Hah apa motif hah?

*marah diri sendiri*

(Ada tak yang sama perangai dengan aku? ) -_-

Jadi, lebih kurang dua jam aku bertapa dekat Kino itu, aku sempat lah beli, majalah, travelog dan juga novel sekaligus menjadikan elaun untuk buku sudah tamat riwayatnya. Kalau aku nak beli lagi, aku kena tunggu bulan depan pulak. tapi tak pelah.

so dah lepas bayar semua. aku ajak adik aku lepak  O'Coffe Club Express yang ada dalam Kino itu jugak tapi tingkat dua itu lah. ni first time tau aku  lepak sini. selalunya lepas dah borong buku, aku balik terus.

susah payah aku amik flatlay ni. org tepi kiri depan usha je usaha gigih aku nih. 

masa aku naik itu, penuh cafe ni. ramai orang, mungkin sebab lunch hour kot. tapi nasib baik ada meja kosong juga. aku pun ambik  tempat dan pesan ice mocha dan chocolate creme brulee. ice mocha dia sedap tapi chocolate creme brulee itu cam ada yang tak best. tak tahu nak cakap gena. tapi next time aku nak lepak sini lagi dan try menu lain pulak.

hewhew.

baca la sat sementara nak tunggu adik aku makan bagi habis.



Oh ya, 

Aku paling suka environment dekat sini. bukan sebab interior dia hipster ke apa ke, tapi sebab yang datang cafe ni memang jenis lepak & baca (bahan bacaan) dengan santai. kalau ada yang buat kerja pun tak ramai.

kalau baca dekat sini pun, relax je tak dek la yang nak kata kau nerd ke, acah-acah rajin baca ke bajet ulat buku ke. 

haha haha haha



okay itu ja. jumpa dekat entry lain pulak. 

13 Ogos 2016, 
12.24 malam, Kuala Lumpur. 

p/s: Ada suggestion tak cafe mana lagi yang best untuk lepak sambil baca-baca ni?



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...