Tuesday, July 12, 2016

Syawal pertama



Syawal tahun ni kurang meriah sikit, mungkin sebab raya tahun ni aku sambut satu family dengan embah (nenek), mbok de (maklong sri) tanpa anak-anak di sisi, sebab semua turn raya rumah mak mertua.

so yang ada pagi raya yang buat bising ni pun adik beradik aku je lah. so pagi 1 syawal itu,
lepas dah siap-siap, alas perut semua,  bergegas nak gerak ke masjid kampung. biar awal, jangan lambat pesan ayah aku. sebab sejarah sebelum ni, kitaorg ada salah faham time solat raya. org dah solat kitaorng baru sampai. sobs sobs.

sudahnya, berjalan-jalan makan angin, bila semua masjid dah selesai solat sunat aidilfitri. itu cerita tahun bila entah kan. aku pun dah lupa.



sebelum solat raya, sempat posing dulu. hehe *memasing tak ready lagi*

selepas solat raya dan sesi bermaaf-maafan. 
family aku, embah (tengah-tengah), mbok de sri (pakai tudung oren) , abaikan lah baju bergantung tu eh? hiks.
mungkin embah bisik, entah mendemende entah anak-anak ini. *sambil buat muka*hahaha


round-2, 
hilang semua azam kata takmau makan banyak first raya. heh. 



malam raya, ibu masak rendang ayam kampung, mbokde buat sambal goreng, udang sambal manis, ayam goreng, sambal tahun kerang,  ketupat dan juga nasi putih. #jawastail memang kena ada nasi gais. haha. aku tolong sia-,siap dan hidang je lah. mihmih >.<

*sambal tahun kerang ni masakan tradisi orang jawa, ejaan dia tu aku tak sure sangat cuma sejarahnya, kenapa di panggil tahun sebab, makin lama simpan, makin lama perangat, makin tahan lama, makin sedap, makin pedas. gitulah ceritanya.



nyummmmeh =P

selepas dah 2nd round membedal, raya dekat kampung ni jiran tetangga ramai, rumah dekat-dekat. so kiaorang nak lah kena ziarah ruamh jiran tetangga, sebagai wakil tuan rumah. kebiasaan nya, yang dah memang jadi tradisi dekat kampung ni, jirang-jiran akan saling menziarahi antara satu sama lain, kalau tak dapat semua pergi pun, kena ada wakil, kalau tak dek wakil itu, kira teruk sangat lah.... 



sebelum ziarah jiran sebelah rumah -_-  gambar tak pernah nak duduk diam.

oh ya tahun ni tema purple. asalkan purple. so jadilah purple caca marba.lepas dah habis beberapa rumah terdekat, kitaorang balik kerumah, sebab masa untuk meraikan dan melayan dayuh pulak. *dayuh= tetamu. Selalunya, di kampung sebelah ayah aku, raya pertama dan raya kedua ada waktu ziarah paling 'fullhouse' memang sentiasa di kunjungi oleh saudara jauh, dekat, jiran sebelah, jiran hujung kampung. raya dekat kampung ni biasnaya juga makan sebulan, memang betul-betul raya sebulan. 




tahun ni aku kurang amik gambar bagai, pasal mood pun tak berapa baik.haha. so yang ada, yang ni je lah. so aku ucapkan selamat hari raya. maaf zahir dan batin. semoga Syawal tahun ni kita tak sia-siakan. kalau ada undangan rumah terbuka, atau ada kelapangan, itu ambik lah inisiatif untuk pergi ziarah kawan-kawan lama ke, jiran sebelah rumah ke, apatah lagi duduk dekat Kl, ni memasing buat hal sendiri-sendiri je kan?

eid mubarak everyone! #muahsiked :) 


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...