Tuesday, July 26, 2016

Roadtrip : Trip makan tanpa rasa ragu-ragu ft Kulacakes Cafe.









Kuantan, 

23 Julai hari itu, aku kena pi wedding member (sekolah rendah) aku dekat kuantan. dah 16 tahun tak jumpa, tuptup panggil makan kenduri. rasa macam tak patut kalau tak pi. majlis dekat dewan banquet, kampus Uia kuantan.
aku ni dah la jenis tak berapa konfiden nak pergi memana sendiri. pulak tu kuantan tu jauh la jugak kan. last sekali aku pergi kuantan pun  tiga empat tahun yang lepas. fikir punya fikir, aku ajak la geng aku, apa gunanya geng kalau tak menyusahkan geng kan? Haha

masa aku tanya-tanya depa hari itu, aku tak lah yakin yang depa boleh join. ye lah. memasing jauh kat perlis. yang ada pon dua orang ja kat KL. tapi tak sangka depa nak join dan jadilah trip makan-makan tanpa rasa ragu-ragu. heh. 

Dari KL, gerak 8.30. aku drive memula pasal, aku yakin aku boleh drive dengan penuh bertenaga time pagi ja. haha lepas itu pepandai la amik turn drive. berhenti rehat sat dekat R&R Temerloh, untuk breakfast! sebelum sambung perjalanan balik. 


sampai Kuantan jam12.30, jumpa lah kampus Uia tu tapi tak konfiden la pulak dewan tu ada kat mana? so nak lah tanya pak cik guard depan kampus itu, belum apa -apa dah kena smash "malu bertanya sesat jalan" -_-





kitaorang cam terpinga-pinga la jugak. memang la nak tanya, tapi nak lah konfemkan nama dewan semua tu supaya tak salah faham ke apa. tapi dah kena smash lima-saat-sedaih. mata mampu terkebil-kebil je la. 

adoi. pak cik guard ni. garang angad >.<

sebelum kitaorang gerak, sempat kena smash tiga-empat-saat-sedaih sekali lagi "masuk je, parking Uia ni banyak. parking ja dekat mana-mana" 


dan sekali lagi kitaorang cam speechless, sebelum ketawa jemaah beberapa minit. sampai dah parking pun duk gelak lagi. haru sungguh pak cik guard ni. apa apa pun. terima kasih pak cik. jasamu di kenang :)

dah selesai makan kat kenduri, jumpa member aku jap, then terus minta diri. niat nak lama-lama tu kecundang pasal banyak jugak tempat nak di tuju. 

sebelum gerak cari Kulacakes, kami singgah rumah mak sedara edah. singgah hari raya katanya. tapi masa tu dah penat, gambaq sekeping pun tak dek!. terima kasih jamu kami kuih muih dn paling best karipap panaih panaih. peh!


Kulacakes Cafe,




bagi aku, deco & environment depa best! hipster win! haha. 







member aku ajak lepak Kula cakes. pasal dengar cerita  manggo cheesecake depa sedap. so kitaorang pergi la. masa pi tu, mak aihh penuh. ramai gila orang. tapi dah rezeki, ada la tempat kosong. so kitorang pesan manggo chessecake, red velvet, pavlova, nutella pavlova, choc & nescafe! 


review kulacakes : member aku cakap, manggo cheesecake depa memang terbaik! sedap gilos. tak sia-sia la kitaorang gigih cari kulacakes ni. location dekat dengan benteng, kuantan. kena cari hati-hati pasal kedai depa hujung jalan. 



lepas dah makan dan bergambaq macam Kulacakes tu kami yang punya, kitaorang jalan-jalan riadah. eceh. riadah la sangat.

*hayati keindahan. giteww*


'travel is never a matter of money but of courage' - Paulo coelho




Dari kuantan, kami gerak ke kampung sebelah ibu, rumah tok dengan umi di  temerloh untuk bermalam, sebelum balik ke Kl (besoknya!) dan makan tempoyak ikan patin! muahahaha. sampai temerloh, hujan lebat gilos. perut pon dah lapaq. tak sempat nak amik gambaq tempoyak ikan patin, semua makan penuh khusyuk dan tawadhu'. 

esok pagi, dah sesiap nak balik, member aku nak jalan-jalan pekan sahari terpanjang kat pahang kut (?) hahaha. aku pun tak tahu sangat. selalu balik kampung, terperap kat rumah. ish ish ish


sempat beli ikan patin, daging salai, cendawan untuk bawak balik ke Perlis. daebak!

boleh tahan muka sensorang, tahan panaih, tahan penat jalan dekat pekan sari, (sehari) 


 kalau roadtrip ni tak pakai duit, pakai air liur je, tetiap hari aku nak buat roadtrip. hahaha! tapi ni di duniawi ini, masuk tandas pon kena lima kupang, so aku sudahi entri trip makan tanpa rasa ragu-ragu ni dengan pose terakhir sebelum balik ke KL.

 wuh wuh! 

p/s: Barakallah yani dan husband :)





No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...