Tuesday, July 19, 2016

#Random : Jubah hitam itu cool eh? 🙆🏻



Tajuk: Kenapa jubah, kenapa hitam menjadi pilihan (aku) ketika berpergian (gitew)?

Sebelum, aku menulis dengan lebih penjang berjela lagi, aku sekadar ingin mengingatkan bahawa, apa sahaja point yang di tulis selepas ini adalah merupakan pengalaman peribadi (aku) sendiri, yang gemar memakai jubah, hitam. Sungguh, tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak. 😎

“Kenapa kau suka pakai warna hitam eh?”
“Tak dek baju warna lain ke weh?”
“Aku rasa something ahh dengan kau, asyik pakai jubah hitam je.”

Itu lah soalan atau statement yang aku selalu dapat, bila kerap memakai jubah hitam. sebenarnya orang yang pakai jubah hitam ni, dia seorang yang 

cool.
cool.
cool.

Haha. Nak jawab soalan itu bukan senang oi, panjang jugak jawapan dia sampai aku kena buat satu entri khas lah. ahaks ahaks.

Jk. Jk  

Okay senang cerita, aku start pakai jubah hitam bila dah tahun dua pengajian dekat UM. Sebelum itu, aku pakai baju kurung jugak, kasut tutup ada tumit sikit haih (waktu first year, skema alagapas kot.) Cuma ye la, bila masa berganti masa, heh aku rasa aku dah tau kot aku ke arah mana. Yang lebih selesa, lebih ke'aku’an (?) haha Peh bajet gileh.

dan perubahan aku disebabkan oleh pengalaman yang agak memalukan. Ada satu hari, nak pergi kuliah aku keluar lewat sikit dari pintu kolej, dan driver bus yang nampak aku masa itu ambik keputusan utk tunggu aku. Supaya aku tak payah tunggu bas yang lain. (Alhamdulilah terima kasih pak cik bas.)

Disebabkan aku pakai baju kurung dan kasut tapak wedges. Bajet nak ayu la kan. Dan sebab aku tak suka orang tunggu aku, aku pun berlari la. Masa aku berlari itu, seksanya masyaAllah berlari pakai wedges. Habes, dari aku nak control cun ni terus hazaf weh! Rasa nak maki diri sendiri pun ada. Lari bagi cepat sampai, supaya driver dan student lain tak perlu tunggu aku berjalan ibarat itik pulang petang. Mulai detik itu, aku perasan aku bukan lah seorang yang di lahirkan untuk menjadi ayu dan perempuan melayu terakhir. Heh 

dari saat itu lah, aku buat keputusan untuk pakai jubah hitam yang aku rasa lebih praktikal, lebih selesa, lebih segala-galanya lebih lah.

dan wedges aku tukar kpd crocs atau sneakers.heh



1.     Mudah
Mudah nak gosok, mudah nak basuh, sebab dia one pieces je. Senang kerja aku nak gosok lima jubah untuk lima hari kuliah.  

2.     Malas nak fikir.
Malas nak fikir, nak kena pakai tudung nak kena matching bagai. So kalau pakai jubah hitam, aku nak pakai tudung/shawl colour apa pun, aku lanyak je. Dah sah-sah matching. haha

3.     Praktikal.       
Mengikut situasi:
·       Bangun lambat, kuliah pagi/nak jumpa orang (kecemasan)
Kau sauk je lah jubah hitam. Settle.

·       Time hujan,
Waktu aku pakai baju kurung, kalau hujan, lupa bawak payung (sebenarnya aku memang tak suka bawak payung pun) aku punya stress masyaAllah. Nak berjalan dalam hujan dengan keluasan kain yang agak terhad. Nak kejar bas lagi, Mencabar oi, mau tak aku yang tersadung!  

Tapi kalau aku pakai jubah, dalam (jeans) aku dah tak stress, aku boleh angkat jubah, lari-lari kejar bas sambil nyanyi lagu janam janam. Heh. Indah betul hidup aku. Kisah pulak kalau ada orang tengok aku lari pakai jubah pun.

·       Waktu kuliah.
Masa aku kuliah dulu, ada beberapa hari yang kelas aku full, Cuma ada gap waktu 1-2 petang. Bila waktu inilah, jubah sangat sangat praktikal. Nak bersesak dalam surau gapai telekung yang kuantiti pun terhad, memang tak lah. nak kejar masuk kuliah jam 2 pulak. Ceh bajet betul, mcm masuk kelas ‘on time’ so dengan sauk jubah, kau dah boleh terus solat. Tak payah tunggu telekung pun.

Tapi baju kurung/ apa-apa je yang menutup aurat pon okay je untuk bwk solat, Cuma aku je lah yang rasa tak best.

4.     Personaliti

Bila pakai jubah, apatah lagi hitam. Aku cuma merasakan itu lah aku sebenarnya. Wah sampai camtu eh. Adalah jugak aku baca, terkaitan hitam dan personaliti. Gologan yang memakai hitam ini, dia merupakan seorang yang degil dan berdikari.
Matang tapi menyembunyikan identiti yang sebenar. Menyerah diri pada saat-saat akhir, rasmi, serius, hiba (? Celah mana oi haha) mempunyai kawalan terhadap diri mengikut imej berkomunikasi[1]

Macam ayah aku, pergi ofis dia mesti nak pakai kemeja putih. Lima hari kerja, lima hari la kemeja putih. Ayah aku cakap, pakai kemeja putih buat dia yakin, dan rasa seronok nak bekerja.

Macam aku jugak lah, aku pakai hitam sebab aku yakin, selesa, rasa kena dengan diri aku. Apatah lagi kalau ada presentation, memang hitam la buat kan aku lagi bertambah keyakinan. Heh.

Entah. Aku je kot yang rasa camtu.


itu je lah kot, sebab aku suka pakai jubah hitam. selain simple dan rasa best, sebenaqnya, bukan pi kuliah ja aku pakai jubah hitam, pi majlis makan malam, pi melepak kat shopping mall pun jubah hitam. Sebab jubah hitam ini dia macam sesuai la untuk nak pakai pi mana pun. So cool bebeh. Hipster pun ye gak (?) kahkah 

                  tadak ah. 

     Tapi, aku still  pakai juga baju kurung, kemeja, jeans dan skirt dan apa-apa sajalah yang          memenuhi citarasa aku (tak warna hitam pun, banyak ja colour lain) selagi mana aku rasa        ngam, best, selesa dan paling penting menutup aurat. Yeay. Dan bergantung kepada aktiviti      dan majlis apa yang nak pi tu kan. 

   


gambar 1: aku lepas habis final exam, Exam hall, UM
gambar 2: dinner kolej, Palace of the golden horses
gambar 3: aku lepas habis final exam, Exam hall, Um
gambar 4: ifthor , Mandarin Oriental

Nampak tak dekat sini, kau jugak boleh jimat, tak perlu keluarkan duit untuk beli jubah yg tgh up to date gile sekarang, sebab jubah hitam ni sesuai je untuk semua tempat dan keadaan, simpan duit itu pi travel lagi okay.

ke tak okay?

okay dah la bebel panjang-panjang itu, aku tutup entri ni dengan motto 'berjubah hitam itu cool, macam aku' hahahahaha!


p/s : so korang pakai jubah hitam sebab apa je? tell me tell me bebeh >.<





[1]http://psikotube.blogspot.my/2011/09/warna-personaliti.html

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...