Tuesday, June 21, 2016

Review Buku : Merentas Amerika (Travelog) #merentasamerika



Assalamualaikum! :)




Pengenalan: 

Merentas Amerika merupakan travelog ketiga yang di hasilkan oleh saudara Badrul Hisham, selain travelog Advantura Pulang Ke Malaya  dan juga Kompilasi Travelog 7 Benua dengan gabungan traveler lain. Selain itu, travelog ini mengandungi  hampir 202 muka surat dan di penuhi dengan catatan pengalaman Badrul Hisham dan juga sisipan gambar-gambar yang membuatkan kita sebagai pembaca teruja! 🙆🏻 Aku dapatkan travelog ni sewaktu jadi volunteer di pbakl 2016 hari itu. So, kalau korang nak beli, boleh direct ke page Badrul Hisham sendiri :)


Ulasan Buku:

Seperti biasa, kalau dah namanya travelog, sudah tentu berkisarkan tentang catatan dan pengalaman seseorang tentang suatu tempat yang dia dah pergi. So travelog ini memang fokus kepada catatan saudara Badrul tentang Amerika. Dari awal, dia dah cari partner dan mula menjelajah dari satu tempat ke tempat yang lain.

kalau aku boleh highlightkan tajuk yang  membuatkan aku terbayang-bayangkan keadaan, suasana dan peristiwa di tempat tertentu seperti heavennya Air terjun Niagara, yang merupakan air terjun kedua terbesar di dunia. Seterusnya, disneyland Florida yang menjadi impian kanak-kanak sejak kecil, dan paling scary sekali bila aku baca part hampir lemas di Daytona dan juga kena tangkap Koboi texas. Sumpah aku yang baca pun, rasa seram, cuak sama oi! haha. 

cuma ada satu cerita yang macam berulang, kalau korang dah baca Kompilasi Travelog 7 Benua, Lembah mati Death Valley

Seterusnya, travelog ini  aku rasa menarik dan  tidak terlalu membosankan disebabkan gabungan pengalaman peribadi dan juga fakta-fakta di setiap tempat (adat dan budaya) Kalau kita baca di beberapa page, kita di 'educate' untuk berpegang kepada prinsip Ad-din walaupun sebagai musafir, tak tinggal solat dan juga effort cari makanan halal. Islam itu mudah tapi bukan boleh di permudahkan. 

Di tambah lagi dengan setiap cerita di akhiri dengan gambar-gambar yang menarik dan mengagumkan! Part gambar ni aku sokong la kena ada dalam setiap travelog, sebab aku yang tak pernah sampai ini, dapat lah juga tengok dan membayangkan negara orang kan. cuma aku rasa better gambar tu di besarkan lagi, baru puas. haha dan gaya penulisan yang bersahaja dan selamba tapi 'lengkap' itu lah buat aku rasa nak sambung lagi dari satu chapter ke chapter yang lain. 

-- 

Akhir kata, aku quote kata-kata dari saudari Syaiza Dekja : " Hidup hanya sekali, mengembaralah selagi bernafas untuk melihat keindahan dan menghayati ciptaan-Nya di dunia ini agar kelak tidak akan menyesal." Semoga saudara Badrul terus sukses! Semoga terus mengembara ✈️  dan menulis! 📝

Okay, 

travelog ini memang aku recommendkan pada semua!


p/s: Untuk pertama kalinya, aku buat review travelog untuk contest yang di anjurkan oleh saudara badrul hisham sendiri. Gais, Wish me luck! Semoga ada rezeki di bulan Ramadhan ini. :) 




Terima Kasih Sudi Baca, Jumpa Nanti. 
21 Jun 2016, 
1.05 pagi, Kuala Lumpur




2 comments:

  1. All the best :) baru nak join contest niiih ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thnak you Kim Chaa! & Good luck! :)

      Delete

Thank you!

Trip He's just not that into you