Tuesday, June 28, 2016

Review Buku : Cakar Ayam Seorang Doktor





Salam alaik :) 







Malam ini, turn buku yang di terbitkan oleh Kata-pillar untuk di review pulak. Seperti biasa, aku akan update sedikit tentang pengenalan buku ini.

Pengenalan:

Buku yang bertajuk Cakar Ayam Seorang Doktor ini di terbitkan oleh penerbitan Kata-Pillar & Grup Karyawan Luar Negara. Buku ini mengandungi lebih kurang 223 muka surat. Ia merupakan cetakan pertama, April 2016 dan berharga cuma RM 27.00. Buku ini ditulis oleh Dr Sharif Ahmad, Dr Fahd Razy, Dr Onn Azli, Dr Kamarul Ariffin & Jazlina Syahrul, Ilustrasi oleh Ahm Ahmad.

Ulasan buku: 

cerita-cerita yang terdapat di dalam buku ini disusun mengikut doktor-doktor tertentu. err macam ni, cerita pertama atau chapter pertama, coretan di buat oleh Dr. Sharif Ahmad, kemudian di ikuti oleh Dr Fahd Razy sehinggalah chapter  terakhir pengalaman dari Jazlina Syahrul.

Setiap dari penulisan tersbeut mengandungi coretan cerita-cerita pendek tentang pengalaman, pengetahuan dan juga life 'seorang doktor' yang kita takpernah tahu. Dan buku ini juga ada info tambahan iaitu :

                         Lubb Dupp!( Info dan maklumat berkaitan kesihatan dan isu semasa)
                         Klinik Mini.(Tips-tips dan panduan kesihatan)

Bagi aku, buku ini sesuai untuk semua sebab dia best dengan cerita -cerita pendek yang boleh buatkan kita terhibur, ada juga yang buatkan kita berfikir lama dan insaf! dan . Tapi secara tak langsung melalui buku ini, buatkan kita rasa nak jaga dan menghargai nikmat kesihatan yang tuhan bagi ini.

buku ini juga, mendedahkan ilmu tentang hal-hal kesihatan, belajar term-term perubatan sikit, boleh la dari tak tahu langsung.

Ye dak?

---

Sinopsis: 

Membaca buku ini anda dapat dos lengkap segala ubat yang anda perlukan. 
sedikit senyum dan tawa. Teladan dan iktibar. Hati yang tersentuh. Semangat dan inspirasi. Cubit-cubit sikit. 

Oh ya, juga tips-tips kesihatan yang mahal! 

ini buku dari manusia untuk manusia. Disebalik kot putih itu, mereka juga hidup sebagai manusia yang penuh warna warni. Para doktor dengan cacamarba dan aneka ragam.
Selamat datang ke dunia 'doktor-doktor' yang tak semestinya putih.

('Kot putih' mereka pun biasanya kelabu juga)


Terima Kasih sudi baca 

28 Jun 2016
11.39 malam, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...