Monday, May 23, 2016

Volunteer : Cerita di pbakl206



Okay.

cerita dia bermula, bila aku stuck dalam kehidupan selepas belajar yang tiada hala tuju. heh. Selain membahagikan masa, membantu parents aku dekat rumah, aku juga selalunya cari peluang untuk kerja-kerja sukarelawan.

dan terpilih menjadi salah seorang sukarelawan di pbakl2016 baru-baru ini, merupakan kerja sukarelawan pertama pada tahun 2016! 😎 oh yeay!


Pbakl 2016 ni, merupakan satu event yang sangat besar dan mempunyai target tersendiri, khususnya buat penggemar dan peminat buku! ( macam aku :p) tahun-tahun sebelum ini, aku pergi ke pbakl ni sebagai pembeli buku/novel lah  tapi tahun ini aku cuba untuk menjadi salah seorang volunteer di pbakl pula. Nak juga tahu perasaan volunteer yang aku selalu nampak duk depan pintu main entrance kat pwtc dulu. hehe




Mesti ada yang tertanya-tanya, macam mana boleh terpilih untuk menjadi volunteer dekat pbakl2016 ni?  Cara dia mudah je gais.

 1. Alert dengan post-post dari facebook rasmi, instagram pbakl. (kata peminat buku mesti selalu scroll TL nak tahu post post terbaru. ye dak?) Kalau tak silap aku, dalam masa beberapa bulan sebelum pbakl berlangsung, mereka akan keluarkan post berkenaan  pencarian volunteer. ceh dah bunyi macam pencarian clevergirl pulak. kehkeh

2. Dah baca post yang memerlukan volunteer, just hantar emel permohonan dengan melengkapkan butir-butir diri, macam nama kita, tempat belajar, sebab-sebab nak jadi volunteerdan sebagainyalah. 

3. Tunggu je lah keputusan sama ada terpilih ke tidak, kalau tiba-tiba telefon kau bunyi "ting ting" ada group baru masuk, tu namanya selamat datang ke whatssap group 'dutabuku' ehe.

---

Sepanjang pbakl2016 tu, aku ulang alik dari Um ke Maeps, Serdang. So dalam entry ni jugak, nak ucap terima kasih bebanyak dekat member dunia akhirat, kak put & comrad dan juga roomate beliau nadia sebab kasi tumpang bilik. ehe. Maceh gais untuk maggi & milo 3 in 1 🙆🏻

Okay bila part ulang alik ni, aku fikir aku dah jauh dah ulang alik. tapi tak weh. ada lagi member volunteer yang sanggup ulang alik jauh sampai ke seremban pon ada, ampang pon ada, ahhh salute pada korang gais! taktau nak cakap apa gais. haha. Korang punya semangat sukarelawan tu memang tahap dewa la cita dia. Daebak!


let me intorduce u gais, dengan member-member segroup iols.
dari kiri, duta buku, next, duta buku , duta buku, duta buku. ahaks ahaks. ahaks. duta buku, duta buku. ahaks! nama diorang rahsia gais. heh. 



dengan partner best, afif yang mula mula muka cam bongkak gila, sekali keluar dari mulut, " akak duk mana?" akak gais dia bahasa kan aku. hahaha thanks brader, selalu layan akak kau borak, teman akak cari buku, teman akak balik...

dan lineleader, yati  yang  dia punya sifat timbang rasa sangat tinggi gais. senang nak slow talk ke bincang ke apa-apa je lah. apa je problem, bagitahu, pastu dia settle. we (i) love you yati!



Tudung cekelat pun, feveret partner gak, wafa, sebaya, dari UPM sebab selalu rehat sesama. Kalau kena jaga tempat lain-lain, ada je lah wasep, "kau nak rehat kul berapa?" ataupun "kau dah rehat ke?" Suwit ke tidak gais kawan baru aku ni? hahahha

dan sebenarnya, ramai je lagi yang best. cuma tak berkesempatan nak picture reramai. ada zul, ada elen, ada syifa, ada nisa, ada dila , ada fi dan adik, dan ramai lagi lah!untuk setiap kesempatan mengenali, dan melepak di mamak maulana, dekat seberang ktm serdang tu, melepak tunggu bas nak pergi dan balik dari maeps,  cheattime cari buku sesama, kenangan yang wow gais. alhamdulillah dan terima kasih sebab sudi berkawan dengan kita gais. agenda join sukarelawan,salah satunya cari member  hehe.

---


muka happy gais. jd volunteer. tak leh cover dah. soooooooreh! haha


selain gandaan member yang aku dapat, aku juga dapat belajar perihal bisnes buku.(lainkali aku sembang) dapat hadam beberapa jenis personaliti manusia, belajar cara-cara nak deal dengan strangers. uhhhh. mencabar tapi cool gak lah. 

korang yang baca mesti tertanya-tanya je, apa je geng volunteer ni buat kat pbakl tu? 

1. persembahan
pagi dan petang, volunteer yang terkenal gak dengan nama dutabuku ni, ada persembahan. ada persembahan gais, jangan memain.hahaha! waib kot ! kalau masa korang sampai awal-awal pagi tu, tgk dakdak pakai baju sama tu duk atas pentas tu salah seorangnya aku lah tu. wahaha! lagu 1 malaysia dan standing in the eyes of the world, tu kitaorg lenjan je. sedap ke pitching lari, ke gasak je gais. janji kita happy! ya aku memang happy gilaks!
meraikan pengunjung. 

2.meraikan pengunjung
tugas volunteer jugak adalah meraikan pengunjung. aku ni belajar gak lah dengan adik-adik.  nak greet pengunjung cemana kan. nak kena senyum.."selamat datang ke pestabuku... bla bla" dahlah aku ni jenis pemalu. ahaks. (pentipu kuasa dua) susah juga aku nak buka mulut sebenarnya, tapi buat je lah. lama lama seronok lagi-lagi bila ada pengunjung yg balas, terima kasih, lemparkan sneyuman bergula diorang dan  macam macam la. 

tapi ada gak ahh pengunjung yang leret senyum yang mengundang cam " apehal sey budak ni?" haha

tapi aku chill je lah. cuma bila dah petang, aku cam nak collapse gais. penat gak duk berdiri greet orang ramai. so pengunjung yang datang belah petang, maaf ye, dah petang gais. haha. tapi aku selalu gak kena remind dengan adik-adik, 

akak, cepat senyum! ada pengunjung. senyum kak senyum. ikhlas kak ikhlas. hahaha macam hape je.

3. alert dengan keadaan sekeliling
lain-lain dari tu,volunteer kena alert dgn problem dekat tempat tugas tu la. contohnya, time hujan. ni biasalah macam-macam hal. tapi nak tulis kat sini pun macam berjela. aku dah la malas nak menaip.haha.

kadang-kadang, ada yg macam mengeluh atau merungut, kata volunteer cam tak dek function la, pegang phone ke apa ke, sebenanrnya, setiap aduan dari pengunjung, kitaorg  faham dan cuba  tolong sampaikan pada pihak atas melalui phone, sebab kami takdek walkie talkie,kami cuba sedaya upaya, nak selesakan pengunjung, supaya cepat depa amik tindakan. bukan pegang phone sesaje gais. tapi takpe lah. 

dalam hidup mana ada benda yang best je kan, mst ada gak benda yang tak best jadi. peh peh. kental seh. yang penting, kitaorang yang join ni, memang bagi 100% nak mudahkan pengunjung. 

4. tempat tanya

dik, atm dekat mana?
toilet paling dekat mana dik?
booth yang jual novel mana eh?
sisturr,  surau yang ada aircond dekat mana? amboih nak ada aircond je kau kan abam. haha!
ni hall apa? 
suara dekat mana?
tempat makan takde ke dik?

antara soalan yang aku selalu dapat dari pengunjung. tapi ada soalan yang buatkan aku geli hati pun ada.

dik, cuba bagi tahu, akak patut mula dari mana? aku garu pala jap. 

dan paling win sekali

dik, cuba kau tengok tudung akak ni, cun ke tidak? Kak. jangan kelakar sangat kak. 

and the rest. banyak lagi lah. benefit kau dapat bila, join jadi volunteer kat pbakl ni. dapat kawan, dapat kenal publisher lebih dekat, dan banyakkk lagi, benda paling buat kau rasa aaaah, lega dapat bantu orang yang tanya direction. for those, akak dan makcik yang duk puji kata volunteer membantu snagat. terima kasih. ucapan terima kasih tu dah cukup buat kami happy! :) 


dengan ustazah feveret waktu sek men keb agama perempuan , kangar. hashtag muahciked


---

okay.

part seterusnya, cheat time gais. cheat time ini dibekalkan kpd volunteer. so kalau ada nampak dutabuku yng pergi booth cari buku tu, sebenarnya diorang takdak la curi tulang ke apa ke, tapi memang ada cheat time. supaya volunteer pon boleh beli buku gak. just chill k. 

tapi pada aku, aku guna cheat time tu sekejap dalam 10 minute cam tu. just untuk survey dan usha buku. 

sebab aku tak leh cari buku dalam masa 10 minute. tak boleh gais. so aku selalu cari buku lepas habis time bertugas. dalam 6.30 camtu, gerak lah cari buku ke novel , baru heaven gais. dah la bila dah nak malam, tak ramai orang sgt, so cam heaven nak mampss la nak lepak booth feveret sambil baca sinopsis kan. 

booth js. oh yeay



dapat beli novel terbaru js. serius berbaloi gais. 




pergi al hidayah, usha kitab bulughul maram...




 dan aku habiskan cerita macam ni je gais. k bai. thanks for reading.

😎 📚 💕 🙆🏻


the best way to find yourself  is to lose yourself  in the service of others- gandhi



23 Mei 2016, 
4.50 pm, Kuala Lumpur. 


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...