Monday, May 23, 2016

E-cerita : Tak Selamanya Gelap pt2


“Zuhri…” Bahu Zuhri di tepuk dengan belakang tangan, perlahan. 

Zuhri membuka matanya. Namun tidak berkalih kearah Nik Faqeh. Matanya masih pandang ke depan, seolah-olah tembus ke dalam skrin kosong di hadapan. Matanya terasa pedih. Dia buka dan tutup matanya agar rasa pedih segera hilang. Beberapa kali, perkara tersebut di ulang. 

"Mengantuk betul aku." Ujar Zuhri sambil menoleh kearah Nik Faqeh yang masih bersandar di tempatnya. 

Helaaan nafas di lepaskan perlahan. Minda menerawang jauh sehingga dia langsung tidak sedar bila kapal terbang yang dinaiki ini mendarat dengan selamat di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Nik Faqeh mengeluh apabila terpandangkan mata Zuhri sedikit merah. Itu bukan sebab mengantuk tapi sebab  tak boleh terima kenyataan! Dia tahu Zuhri masih kecewa dan tidak boleh menerima hal tersebut lagi. 

Melihat keadaan Zuhri begitu, dia mengambil keputusan untuk menanti kesemua penumpang keluar dari kapal terbang terlebih dahulu. Dia dan Zuhri tidak perlu terkejar-kejar, bukan ada perkara yang memerlukan mereka buat sedemikian pun. Cuma dia lah, tidak sabar mahu bertemu Suri yang sudah berjanji mahu mengambilnya di lapangan terbang.

“Thank you sir. Jumpa lagi.” Ucap pramugari yang tinggi lampai sambil tersenyum manis dengan uniform kebaya hijau petronas itu. 

Hanya Nik Faqeh yang mengangguk tanda terima kasih kerana telah melayan mereka sebagai penumpang manakala Zuhri terus keluar begitu saja. Di tarik beg rodanya yang kurang dari 7 kilogram sebelum meletakkan blazer yang dipakainya tadi diatas beg roda tersebut.

Tiba di pintu ketibaan, dari jauh, kelihatan kelibat Suri sedang melambai-lambai kearah Nik Faqeh. Wajah lembut itu jelas tersenyum mesra kepada si suami.  Nik Faqeh juga yang beruntung. Dia? 

“Amacam, pramugari dalam flight tadi cun ke girlfiend sampai Jannah aku ni yang cun?” Bisik Nik Faqeh mengusik kearah Zuhri. 

"Yan..." Zuhri diam tiba-tiba. Nik Faqeh panggung kepala dan menoleh kearah ZUhri. Bibir Zuhri terlepas menyebut nama itu dan dia segera  menambah bicara. 
"Bibik aku dekat rumah lagi cun" Zuhri cuba mengawal perasaannya tika itu.
“Aku hantar kau.” Celah Nik Faqeh. 
“Jangan susah-susah. Aku balik sendiri.” Pantas Nik Faqeh melirik matanya ke jam yang tersarung di tangan kanannya. Sudah jam 11 malam.  Suri dihampiri. 

“Hai sayang.”
Suri membulatkan matanya. Dia malu namun salam diunjuk kepada suaminya. “Jom, driver papa tunggu dekat luar.”

Berkerut dahi Nik faqeh. Sejak bila pula, dia ada driver. Pekerja macam dia mana mampu nak menggajikan pemandu peribadi. “Suri dari rumah papa, alang-alang nak ambik awak, papa suruh driver hantar kan. Harap awak tak marah.” Nik Faqeh geleng kan kepala. Dia senyum nipis. Walaupun, dia tak suka tapi tak perlu dia menunjukkan rasa tak suka itu. Dia bukan tak suka atau marah Cuma dia tak mahu keluarga mentuanya kata dia mengambil kesempatan.

“Driver boleh hantar Zuhri sekali.” Tambah Suri lagi. 
Suri pandang Zuhri. Kawan baik suaminya itu nampak lain. Tak sihat kah? Dia pandang suaminya, Nik Faqeh hanya diam. “Kau serius nak balik sendiri.?”

Zuhri anggukan kepala.

“Terima kasih Suri. Aku balik sendiri. Kau tak payah nak pandang aku ni macam budak tak cukup umur ok?” 

Nik Faqeh geleng kepala. bibirnya tersenyum. Dia bukannya berfikir seperti apa yang di fikirkan oleh Zuhri. Dia cuma bimbang kalau Zuhri melakukan sesuatu yang bukan-bukan. Bukan boleh kira sangat mamat tu! 

“Aku rasa lebih baik kau balik sekarang. Mesti banyak benda yang kau rindu nak buat dengan Suri kan?” Usik Zuhri sambil ketawa. 

Kedengaran ketawa besar di telinga Suri dan Nik Faqeh namun kedengaran pincang di telinga sendiri. Suri sudah malu- malu sendiri. Nik Faqeh melayangkan tumbukan ke bahu Zuhri. “Okay. Esok jumpa di pejabat.”

“Insya-Allah. Jumpa esok.”

Zuhri melangkah laju meninggalkan pasangan tersebut. “Kenapa dengan Zuhri itu? Macam ada benda tak kena je.” Rungut Suri yang sudah memeluk pinggang Nik Faqeh denagn langkah yang sudah menghampiri Volvo S60 milik bapa mertuanya.

“Nanti-nanti, saya cerita dekat awak.” Dia lihat isterinya mengangkat bahu. Apabila isteirnya, sudah mengambil tempat di tempat duduk belakang. Dia menutup pintu. Dia menoleh mencari kawan baiknya. Sudah hilang. Harap sangat, Zuhri tak akan buat perkara yang bukan-bukan.

Nik Faqeh ke tempat penumpang di sebelah hadapan setelah menempatkan beg bajunya di dalam bonet kereta. Dia tidak terfikir mahu duduk di belakang bersama isterinya. Bukan kerana dia tak sayang atau cintakan isterinya. Namun, driver itu bukan drivernya. “Assalamualakum pak hadi.”

Lelaki yang berkopiah itu menjawab salam dengan perlahan seraya tersneyum senang dengan menantu majikannya ini. “Kita terus balik ke ni Suri?”

Nik Faqeh memandang kearah Suri di beakang. “Balik rumah papa?”
Suri gelengkan kepala. “Balik rumah kita.”

Pak Hadi angguk perlahan sebelum bergerak perlahan keluar dari petak parking. 



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...