Monday, May 23, 2016

E- cerita : Tak Selamanya Gelap pt 3






Klia Express itu sudah bersedia mahu bergerak pada bila-bila masa sahaja. Zuhri sudahpun mengambil tempat di kerusi berhadapan pintu  Dia berkira-kira mahu melelapkan mata sepanjang perjalanan ke Kl Sentral. Matanya dibiarkan ralit memandnag ke skrin telefonnya. Tiba tak tiba, pintu erl kembali terbuka dan seorang gadis bertudung hitam masuk ke dalam gerabak dengan sedikit gopoh. 

"Pheww. Nasib sempat." Bisik gadis tersebut,dengan matanya terpaku ke tempat kosong. Disebelahnya, penumpang lelaki. Yes, rezeki dia! Betul-betul depan dia. Tapi ... Dan serentak itu, lelaki tersebut panggung kepala. 

Kedua-dua nya bagaikan terpaku. Zuhri tidak beriak. Namun mindanya sempat merakam wajah gadis tersebut. Itu gadis yang sama ketika di dalam penerbangan balik ke Kl tadi.
"Err Hai" Sapa gadis tersebut. 
Zuhri menganggukan kepala, sebagai balasan sapaan tersebut. 

“Boleh saya duduk sini?” Memandangkan, erl ini bukan kepunyaan dia, Zuhri akhirnya mengangguk juga walaupun seboleh bolehnya, dia mahu bersendirian.

Gadis tersebut meletakkan begpacknya diatas lantai dan duduk di sebelah Zuhri. Walaupun dia agak keberatan namun, rasa penat melampau yang menguasai dirinya tika itu membuatkan dia bedal saja lah.

“Terima kasih. ” Ucap Zuhri perlahan. Gadis tersebut menoleh kearahnya. 
"Untuk jus epal tadi." Sekali lagi, Zuhri yang tersenyum itu membuatkan dia sedikit terpaku. Alah, patutlah dalam flight tadi mamat ni tak senyum, rupanya sekali dia senyum, aku boleh terkena renjatan sekejap. Heh.

You feel better?” Gadis bertudung hitam menyoal tanpa memandang ke wajah Zuhri. Tangannya serabut dengan iphone dan earphone yang berselirat. Dia meleraikan supaya dapat menggunakannya. Zuhri dari tadi hanya diam. Soalan gadis tersebut dibiarkan sepi. Dia tak rasa hanya dengan jus tersebut  dia mampu menghilangkan rasa kecewanya serta merta. 

Keadaan yang sepi tiba-tiba, membuatkan gadis bertudung hitam tersebut menoleh ke sisinya. Gadis tersebut menarik nafas perlahan. Kemudian, dia diam sebelum mendengar playlist yang di pasang melalui iphonnenya. Lelaki di tepinya sudahpun tertidur. Tak tahu lah kalau lelaki itu tipu ke apa. Tapi nampak wajah lelaki itu tersangat penat. Dan mungkin juga lelaki itu tidak berminat untuk berbual dengannya.

Dan seperti biasa, dia pun tidak lah kisah mana. Dia kembali membelek Iphonenya. 
Perjalanan yang mengambil masa selama 45 minit itu dirasakan terlalu lama.
Iphonnenya bordering. “Helo”
“Ya ma. Nadrah dlm erl lagi. Jangan risau. Lagi satu stesen, Nadrah sampai.”

Zuhri mengecilkan matanya. Zuhri ikut dengar perbualan gadis di sisinya ini. Nama dia, Nadrah. Seorang gadis yang ringkas berkemeja dan berseluar jeans. Shawl hitam yang membelit kepala gadis itu nampak sedikit longgar dan agak tidak kemas. Mungkin perjalanan yang panjang buatkan gadis itu sedikit pun tidak kisah dengan penampilannya sekarang. 

Tiba di Kl sentral, mereka keluar dari erl. “Balik mana?”
Soalan zuhri tiba-tiba buatkan Nadrah terasa awkward. Namun di jawab juga walaupun ringkas. “Bangsar.”
Zuhri anggukan kepala. “Jumpa lagi.”

Nadrah senyum. Dan mereka mengambil laluan yang berbeza. 

And then I met you 


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you