Posts

Showing posts from May, 2016

Ulasan Buku : Kompilasi Travelog 7 Benua ( Travel Planet Books)

Image
Salam gais. Dah lama juga aku tak review buku/novel ni kan? Ada ke yang menunggu? Kalau ada pun, aku percaya pembaca senyap yang tak sengaja singgah blog ni. Haha. Apa pun, terima kasih sudi singgah dan baca blog aku weh. Jadinya, petang ini, aku nak review satu kompilasi travelog 📚 yang terbaru yang baru je keluaq. Keluaq time pbakl hari itu lah. Kira baru la jugak kan? Ehe. 




Pengenalan: 
Kompilasi Travelog 7 Benua, di terbitkan oleh TMT Press @ MyTravelog. Berharga  cuma Rm25.00 Menggabungkan beberapa orang pengembara tegar yang rata-ratanya aku masih belum familiar kecuali kak et (Siti Noridah), Meor (Meor Farid Asyradi) dan juga Badrul Hisham. Ketiga-tiga pengembara tersebut, aku pernah jumpa masa dengar talk  backpackers di Universiti Malaya bulan 12 hari itu. (Gais, i beli buku ni sebab ada u gais ok?) Haha 🙆🏻 
Mempunyai lebih kurang 210 halaman dan paling menariknya travelog ini, depa letak gambar time depa travel, quotes yang buatkan pembaca berkobar-kobar nak ikut jejak de…

E- cerita : Tak Selamanya Gelap pt 3

Image
Klia Express itu sudah bersedia mahu bergerak pada bila-bila masa sahaja. Zuhri sudahpun mengambil tempat di kerusi berhadapan pintu  Dia berkira-kira mahu melelapkan mata sepanjang perjalanan ke Kl Sentral. Matanya dibiarkan ralit memandnag ke skrin telefonnya. Tiba tak tiba, pintu erl kembali terbuka dan seorang gadis bertudung hitam masuk ke dalam gerabak dengan sedikit gopoh. 
"Pheww. Nasib sempat." Bisik gadis tersebut,dengan matanya terpaku ke tempat kosong. Disebelahnya, penumpang lelaki. Yes, rezeki dia! Betul-betul depan dia. Tapi ... Dan serentak itu, lelaki tersebut panggung kepala. 
Kedua-dua nya bagaikan terpaku. Zuhri tidak beriak. Namun mindanya sempat merakam wajah gadis tersebut. Itu gadis yang sama ketika di dalam penerbangan balik ke Kl tadi. "Err Hai" Sapa gadis tersebut.  Zuhri menganggukan kepala, sebagai balasan sapaan tersebut. 
“Boleh saya duduk sini?” Memandangkan, erl ini bukan kepunyaan dia, Zuhri akhirnya mengangguk juga walaupun seboleh bol…

E-cerita : Tak Selamanya Gelap pt2

Image
“Zuhri…” Bahu Zuhri di tepuk dengan belakang tangan, perlahan. 
Zuhri membuka matanya. Namun tidak berkalih kearah Nik Faqeh. Matanya masih pandang ke depan, seolah-olah tembus ke dalam skrin kosong di hadapan. Matanya terasa pedih. Dia buka dan tutup matanya agar rasa pedih segera hilang. Beberapa kali, perkara tersebut di ulang. 
"Mengantuk betul aku." Ujar Zuhri sambil menoleh kearah Nik Faqeh yang masih bersandar di tempatnya. 
Helaaan nafas di lepaskan perlahan. Minda menerawang jauh sehingga dia langsung tidak sedar bila kapal terbang yang dinaiki ini mendarat dengan selamat di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur. Nik Faqeh mengeluh apabila terpandangkan mata Zuhri sedikit merah. Itu bukan sebab mengantuk tapi sebab  tak boleh terima kenyataan! Dia tahu Zuhri masih kecewa dan tidak boleh menerima hal tersebut lagi. 
Melihat keadaan Zuhri begitu, dia mengambil keputusan untuk menanti kesemua penumpang keluar dari kapal terbang terlebih dahulu. Dia dan Zuhri tidak per…

E-cerita : Tak Selamanya Gelap

Image
Penerbangan dari Perth ke Kuala Lumpur, mengambil masa lebih kurang lima jam setengah. Badannya sudah terasa lenguh sedikit apabila dari tadi hanya kekal di posisi yang sama. Zuhri menanggalkan tali pinggangnya sebelum melakukan sedikit renggangan.

Kepalanya menoleh ke kiri sekilas. Nik Faqeh masih lagi tidur tanpa rasa terganggu sedikitpun. Dia bangun untuk ke tandas yang jauhnya hanya selang beberapa dari tempat duduknya. Mujur saja mereka mengambil tiket kelas bisnes yang ruang di hadapannya agak luas dan memudahkan dirinya untuk keluar.

Dia berjalan menuju ketandas dan sebaik saja dia masuk ke dalam tandas, isyarat lampu yang tadinya hijau bertukar merah. Beberapa minit kemudian, Zuhri keluar dari tandas, dan berjalan ke tempat duduknya, namun dia hampir terlanggar dengan seorang gadis bertudung hitam yang tiba-tiba keluar dari tempat duduk dihujung sekali.

“Maaf.” Ucap gadis tersebut yang sempat melewati kewajahnya. Gadis tersebut berdiri agak lama menanti reaksi lelaki tersebut. …

Volunteer : Cerita di pbakl206

Image
Okay.

cerita dia bermula, bila aku stuck dalam kehidupan selepas belajar yang tiada hala tuju. heh. Selain membahagikan masa, membantu parents aku dekat rumah, aku juga selalunya cari peluang untuk kerja-kerja sukarelawan.

dan terpilih menjadi salah seorang sukarelawan di pbakl2016 baru-baru ini, merupakan kerja sukarelawan pertama pada tahun 2016! 😎 oh yeay!


Pbakl 2016 ni, merupakan satu event yang sangat besar dan mempunyai target tersendiri, khususnya buat penggemar dan peminat buku! ( macam aku :p) tahun-tahun sebelum ini, aku pergi ke pbakl ni sebagai pembeli buku/novel lah  tapi tahun ini aku cuba untuk menjadi salah seorang volunteer di pbakl pula. Nak juga tahu perasaan volunteer yang aku selalu nampak duk depan pintu main entrance kat pwtc dulu. hehe




Mesti ada yang tertanya-tanya, macam mana boleh terpilih untuk menjadi volunteer dekat pbakl2016 ni?  Cara dia mudah je gais.

 1. Alert dengan post-post dari facebook rasmi, instagram pbakl. (kata peminat buku mesti selalu scro…