Tuesday, April 5, 2016

Ulasan Buku : Lelaki terakhir Menangis Di Bumi








Pengenalan:

Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi merupakan terbitan Dubook. Buku ini ditulis oleh adik Musa Nuwayri , 19 tahun, seorang pengasas Tangisan Syria Di Bumi Jordan. Pemuda berjiwa besar ini telah menukilkan pengalaman demi pengalaman dalam membantu pelarian Syria yang berada di Jordan, di lengkapi dengan gambar-gambar yang membolehkan para pembaca sedikit sebanyak dapat membayangkan keadaan sebenar yang telah berlaku.

Ulasan Buku:

Sebuah pengalaman yang dicoretkan dengan penuh penghayatan sehinggakan aku yang baca ni pun, sedar tak sedar meleleh saja air mata. Tahu tentang situasi yang melanda, tapi hanya kelu tidak berbuat apa. Penyampaian yang jelas buat aku setia untuk menghabiskan pembacaan tentang pengalaman Musa dan kawan- kawannya dalam membantu pelarian Syria sehabis daya. 

Bagi aku, buku ini bukan sekadar mempersembahkan pengalaman peribadi yang biasa-biasa tapi ia menunjukkan sukarelawna-sukarelawan di sana sememangnya berjiwa besar, bersungguh-sungguh membantu. 

Pada hemat aku,  coretan demi coretan di dalam buku ini mampu saja membuka mata si pembaca yang betul-betul menghayati tulisan beliau betapa pentingnya sifat kemanusiaan membantu seudara sesama Islam, membuka mata tentang 'orang arab' yang sebenarnya, membuka mata tentang kezaliman yang dilakukan pihak tertentu. dan ect.



sedikit tulisan Musa Nuwayri yang boleh dikongsi 

--

Tahniah kepada penulis kerana telah menghasilkan buku ini. Semoga anda terus sukses! Buku yang aku kategorikan sebagai sebuah travelog ini sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Dan ia snagatlah berbaloi - baloi untuk dimiliki  oleh setiap individu yang bernama pembaca tegar 💕 

Semoga ada manfaat. Terima Kasih sudi baca. Jumpa nanti.

5 April 2016, 
10.06 malam, Kuala Lumpur. 






No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...