Wednesday, April 6, 2016

Ulasan Buku : GPS Cinta Aussie




" Tak kira ke mana kau pergi, ke oversea atau negara sendiri, yang penting jangan lupa Tuhan" - Thoyba Mursyidah 





Pengenalan : 😎

Cover yang menarik mampu memikat hati pembaca tegar? Siapa yang design cover buku GPS Cinta Aussie ni patut di berikan tepukan gemuruh.hahas. Disebabkan cover dan tajuk dia itu la buat aku tertarik untuk membeli naskahk ini. GPS Cinta Aussie diterbitkan oleh Komrad Buku. Buku ini di tulis oleh Thoyba Mursyidah. 

Ulasan Buku📚

Secara kasarnya, buku ini mengisahkan kisah benar penulis sepanjang melanjutkan pengajian di Sydney, Australia. Kisah pengalaman beliau sebagai pelajar muslim yang 'struggle' untuk mempraktikkan ilmu agama di tempat yang bukan ber-biah Islam tetapi mempunyai sifat dan ciri-ciri Islam. 

Dari satu bab ke bab, penulisan beliau cukup ringkas tapi masih padat dengan pengalaman dan pengajaran berharga. Untuk orang semacam aku yang tidak pernah berpeluang (seperti beliau) sedikit sebanyak, dapat merasai nikmat Islam yang sebenar-benarnya yang cuba ditekankan oleh penulis sekaligus beliau menggalakka kita menghargai nikmat yang ada  disini. 

Beberapa bab yang aku boleh kongsikan di sini antaranya ialah : Kejahilan Di Kiri dan Kanan, Tangisan Di Tepi Jalan, Maria, Syok Sendiri, Reminder, Ambil Mudah, dan banyak lagi. Semua bab mempunya kisah yang boleh dijadikan pengajaran. 

--

Semoga ada manfaat. Terima Kasih Sudi Baca. Jumpa nanti
6 April 2016,
3.23 Ptg, Kuala Lumpur.




No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you