Monday, April 4, 2016

Review Buku : Hujan Matahari Oleh Kurniawan Gunadi






Assalamualaikum! 

Bulan lepas, aku ada update review novel Setiap Detik Nafasku Karya Dhiya Zafira. Sumpah! Kisah hidup Dzar Talha meruntun jiwa. Kalau korang masih ragu-ragu nak beli atau baca ke tidak. Korang kena usha sendiri review yang aku tulis itu okeng? Hiks.

Bulan April ini, aku mulakan sesi ulasan buku dari karya seberang. Ini adalah kali pertama aku berpeluang untuk mendapatkan material dari seberang. Itupun melalui kawan di  twitter. Thank you dayah dan kak Majidah! 💕

kerana menghasut aku untuk membeli dan membaca tulisan masgun! eheh.

Pengenalan: 

Hujan Mathari ini menganudngi beberapa kumpulancerita dan prosa yang ditulis oleh Kurniawan Gunadi, seorang penulis yan berusia 25 tahun dan merupakan CEO di Langitlangit Studio, Yokyakarta, Indonesia. 

Ulasan peribadi:

Content cerita dan prosa di dalam Hujan Matahari ia bertemakan tentang 'seorang perempuan' yang di jelaskan melalui pandangan masgun. Seolah-olah masgun terlalu memahami sisi seorang perempuan. Fizikal, jiwa, hati dan setiap selok seorang perempuan di olah sempurna oleh masgun melalui  tulisan dan kiasan beliau. Menarik untuk dibaca,  lebih -lebih lagi untuk kita memahami dan menghargai "perempuan" ataupun diri kita sendiri. 

Tulisan yang ditulis hampir 205 muka surat ini sangat menarik untuk dibaca. Kerana kisah-kisah dan prosanya terasa sangat dekat dengan jiwa dan membuat kita terkesan. Kiranya kalau aku baca : "Keenapa aku baca ni macam aku lah perempuan dalam ini?"

bukan menunjukkan kita perasan sebaliknya, ia sebuah koreksi hati yang sentiasa kita rasa namun hanya terpendam di jauh sudut hati kecil kita. 


Untuk pertama kali membaca tulisan dari seberang, speed pembacaan aku agak lambat. Aku memerlukan waktu yang sedikit panjang untuk menghabiskan 205 muka surat. Lenggok bahasa dan dialek yang digunakan perlu diulang beberapa kali, supaya dapat baca, faham , hadam dan hayati bait-bait yang ditulis oleh masgun.

Terima kasih kurniawan Gunadi kerana menghasilkan tulisan yang bermanfaat. Untuk aku lebih menghargai setiap sisi  yang bernamanya 'perempuan'. Terus sukses!

Kelebihan membaca karya seberang, ia lebih puitis dari biasa!  💕 

sedikit tulisan masgun yang boleh dikongsi : 



Semoga ada manfaat. Terima kasih sudi baca. Jumpa nanti. 


4 April 2016,
5.30 petang, Kuala Lumpur. 



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you