Thursday, April 7, 2016

Ke Mana Kita Ni? : Kota Kinabalu, Sabah 💕 (Lok Kawi Wildlife Park, Dataran Todak & Desa Cattle Dairy Farm)






Kota Kinabalu? Satu tempat percutian yang sangat unik, menarik, bebas dan  ngam untuk sebuah keluarga. Disember tahun 2015, aku dan keluarga berkesempatan  bercuti ke Kota Kinabalu. Serasanya, kali terakhir aku ke Kota Kinabalu pada tahun 1999. Wuh lama betul. Sumpah banyak benda dah berubah kan?

Hari Pertama:

Lok Kawi Wildlife Park

Dari KKIA, Kitaorang sewa kereta dan terus ke Lok Kawi Wildlife Park, 7km dari KKIA. Biasalah kalau dalam family ada kanak-kanak ribena, kita kena lah peruntukan tempat untuk mereka juga iya dak? Supaya mereka rasa tak dipinggirkan dan rasa mereka juga ada tempat khas untuk berlibur.

Lok Kawi Wildlife Park, macam biasalah, ada hutan-hutan sikit, haiwan semacam di zoo mungkin spesis nya ada yang ada, ada yang tak ada. Tapi okaylah. Kita yang jarang pergi ni pun happy juga sesekali dapat berjalan kaki tengah panas sambil usha haiwan haiwan itu duk buat apa?.



Anak-anak hari ini kita belajar kenal binatang iya?


love yourself first 💕 


Dataran Todak 



Di sebelah malam pula, kitaorang cari seafood yang best. Sebelum ke KK, adalah aku baca beberapa blog yang memberikan cadangan tempat makanan lebih-lebih lagi seafood yang segar-segar ni, so kitaorang decide untuk makan di Dataran Todak.  Dinner di situ, memang sumpah sorga seafood. Banyak pilihan gerai seafood yang segar-segar dengan harga yang berbeza. 

Tips: Tanya lah harga terlebih dahulu sepanjang gerai, compare mana patut. Then, barulah buat keputusan ok? 


Makanan / Seafood di Dataran Todak memang segar habis, masakan pula best-best dan paling penting murah dan sedap! Suasana kat situ pun tak crowded sangat. Mungkin time kitaorang pergi tu masih belum ramai. 


Hari Kedua:

Desa Cattle Dairy Farm

Selepas breakfast, kitaorang terus ke Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang.  Ambik masa lebih satu jam ke dua jam untuk sampai ke sini. Alhamdulillah, seronok dapat rasa kedinginan bila lalu kampung-kampung di sepanjang jalan. 

Aku sarankan korang yang datang ke Kota Kinabalu, pergi ke Desa Cattle Dairy Farm!Pasal View dia memang Subhanallah. Cantiknya itu tak tergambar dek kata-kata. Haruslah aku rasa nak tengok scenery yang terbentang depan mata itu lama-lama, rasa nak stay situ pun ada. Dengan dingin & sejuk dia yang semula jadi itu. Allah. Fresh saja rasa. 💕 



Selain boleh me-relaxkan diri dengan melihat ciptaan Tuhan, banyak juga aktiviti yang boleh buat disini, boleh  bergambar berlatar belakang dengan lembu-lembu. Hiks ( Tapi aku tak dpt sebab timing tak kena kot.kami datang itu dah tak dak) 

Boleh bagi anak kambing minum susu, makan rumput, melihat pemprosesan susu lembu dan macam-macam lagi. Bagi aku aktiviti yang di anjurkan itu sangat menarik! lagi kalau bawak kanak-kanak kan, terus neuron-neuron depa berkembang. Gituh. 

Disini juga ada cafe yang menjual pelbagai makanan yang berasaskan susu lembu, waffle, aiskrim, puding dan macam-macam lagi. Best la nak cerita kat korang semua. 





 serendipity

Dan sebelum balik ke Kota Kinabalu semula, kitaorang sempat singgah ke Kinabalu Park. (World Heritage Site) Naik dan bergambar seketika sambil mengingati kenangan-kenangan kitaorang yang pernah duduk di Sabah sekitar tahun 1999. 


sejenis sabotaj!




Kota Kinabalu memang tempat yang aku sangat rekomen kan pada korang yang suka kan nature. Serius. Kalau lah aku diberi kesematan, memang aku akan stay sini terus. Hiks. Maka berbanggalah orang tempatan yang duduk di KK :) 


7 April 2016, 
4.10 ptg, Kuala Lumpur.



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...