Monday, April 4, 2016

# Diy || Apa nak buat dengan bunga kering?










Beberapa minggu lepas, aku warded di salah sebuah hospital atas sebab influenza B dan Pneumonia. Alhamdulillah, sepanjang aku berada di dalam wad hampir lima hari, ramai yang datang ziarah. Datang bawa doa supaya aku dan ayah cepat sembuh. Oh ya, aku warded sekali dengan ayah aku. nampak dak bonding kami anak beranak cemana? Haha.

Terima kasih, yang datang ziarah, datang bawak bunga, datang bawak doa. Terima kasih kalian! :)


Alhamdulillah.

Ramai yang datang ziarah bawak berjambak-jambak bunga. Berbakul-bakul bunga kitaorang dapat, sampai doktor dengan nurse yang jaga kitaorang pun macam teruja tengok bunga penuh satu bilik.
Sebelum kitaorang discharged hari itu, seorang aunty itu bagi tips supaya bunga hidup itu terus hidup dan mekar bagai kembang mewangi gituh!

"Bunga fresh ni boleh tahan lama. You letak gula (like air gula camtu la kot) Lepas itu letak bunga yang fresh itu dalam pasu. Dia akan tahan lama. Boleh tahan sampai tiga minggu."

--

Balik rumah, kitaorang pun buat la macam aunty tu suruh kan. Cuba teka jadi ke tidak? Aha!
Jadi weih! Tapi tak dek lah sampai 3 minggu. dia tahan lebih kurang seminggu lebih je lah. Tapi apa -apa pun terima kasih aunty!

atleast aku masih boleh tengok fresh flower lagi (+ seminggu) lagi kan? :)

--

Jadi,  lepas beberapa minggu, bunga-bunga itu pun dah kering. Aku ni pulak jenis yang tak suka buang barang kalau orang bagi. Kira macam appreciate gila la kan. Kalau nak buang macam, ala sayangnya. Orang datang ziarah bagi bunga bagai. So daripada aku buang baiklah aku buat something.

orang kata kalau seseorang itu sayang nak let go barang-barang dia, maknanya dia seorang yang setia. Hiks. so gais, carilah seseorang yang suka simpan barang. haha. iyalah.kalau boleh semua benda dia nak simpan.



Benda paling simple yang aku terfikir nak buat adalah buat aksesori meja study dan #diy potpouri! Hahaha.


Iya, mestilah kau perlukan:
                                           bunga kering, balang kaca yang tak guna dah & juga perfume

Aksesori meja study

Senang nak buat, tapi takpe lah dah aku rajin nak tulis. ehe. bunga kering yang masih bertangkai elok, tak tercabut kelopak, kau susun  dalam balang itu. dengan penuh seni ok? Ahaha. susun sana, cucuk sini  sikit  dan dah siap! Dah boleh letak dekat atas meja study!

#Diy potpourri

Kalau nak buat potpourri pulak, bunga dan daun kering yang dah lerai, takpun kau leraikan je la sendiri. lepas itu bubuh dalam balang, then buh sikit perfume ampa,lepas tu katup la balang itu. Haha yang ni kan aku  try & error ja! Kalau jadi, alhamdulillah selamat lah. Tapi kalau takdek bau itu. nasib lah! AMARAN. Tak jadi, aku tak bertanggungjawab  tau. ok? HAHA.

'comfort in the silence'



Dah. itu je aku nak share! lepas tengok entry aku ni, mesti korang rasa, pergh kreatif gila minah ni? Kahkah. Kalau korang rasa korang pun boleh buat lagi hebat dari hok nih, buatlah! lepas itu komen dekat aku ok? Aku nak tengok jugak ke-kreatifan ampa semua.

Semoga ada manfaat. Terima kasih sudi baca. Jumpa nanti. 

4 April 2016, 
10.22 malam, Kuala Lumpur 



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...