Posts

Showing posts from April, 2016

Pengalaman peribadi : Macam mana 'baca novel' boleh jadi satu hobi?

Image
Selamat hari buku sedunia! 💕 
Sempena hari buku sedunia yang ke 21 ini, aku terfikir-fikir nak berkongsi  tentang sesuatu. Selalu aku duk tulis review buku/novel saja kan. Jadi, setelah terfikir seketika, aku rasa seronok juga kalau aku boleh menulis pengalaman aku , dalam memulakan aktiviti membaca ni sebagai hobi yang menyeronokkan dan kekal sehingga ke hari ini. 
Ia hanya sekadar pengalaman peribadi, yang tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Mungkin ada positifnya dan ada juga negatifnya.Tapi sebagai pembaca, yang baik itu kita ambil, yang buruk itu kita perbetulkan jadi baik. okeng?


Jadinya. marilah membaca. 



Awal 2004:
Aku berumur 12 tahun. Aku ni macam budak-budak biasa juga la. Suka  sungguh tengok televisyen. Sampai lah satu hari, aku pergi rumah sepupu aku dan dia suggestkan aku baca satu buku tebal. Masa itu aku sendiri tak tahu buku tebal, beratus-ratus muka surat tu orang panggil novel. 📚
Mula-mula aku macam takpela takpela. Sebab aku ni sejenis manusia yang malas, bukan…

Review Novel : Mana Pelamin Qausar, Hananee Amir

Image
Pengenalan:
Mana Pelamin Qausar ini di terbitkan oleh Jemari Seni Sdn. Bhd dengan harga RM 24.00.  MPQ ini mempunyai  539 muka surat. Mana Pelami Qausar merupakan karya yang ketiga yang telah di hasilkan oleh saudari Hananee Amir.

Sinopsis:
Bertahun sudah berlalu, namun peristiwa pahit antara Qausar dan Raihana tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 
"Kalau aku jadi Raihana.. aku tampar kau balik macam kau tampar dia dulu."
Akibat daripada sikapnya yang kurang waras ketika itu menyebabkan Qausar kehilangan Raihana. Gadis itu akhirnya memilih orang lain. 
Lama selepas itu, Mejar qausar bertemu kembali dengan Raihana dalam pertemuan yang tidak di sangka. Kasihnya pada Raihana tidak pernah mati. Qausar kembali mengis cinta daripada Raihana walaupun beberapa kali cintanya di tolak. Namun saat Raihana membuka hatinya buat Qausar, lelaki itu tiba-tiba berubah fikiran. Dia mahu Raihana pergi jauh-jauh daripada dirinya. 
Mengapakah Qausar berubah hati secara mendadak? Dapatkah cinta …

Pemberitahuan : Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 📚

Image
Assalamualaik!
Ni nak beritahu ni bagi sesiapa yang terlepas pandang. Lebih kurang 15 hari lagi, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan berlansgung! Yeay happy untuk semua orang! Dah buat senarai buku yang nak di beli ke belum? Kalau belum cepat, usha mana-mana buku yang korang suka. Aku pun baru dok buat list buku nak beli nanti. Eheh. I izz tak zabarrr uolsss. 
Secara ringkasnya, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan bertukar tempat. Selalunya di PWTC, Kali ini Pbakl akan bertempat di Maeps, Serdang. 
Aku pun tak pernah sampai, cuma mampu berharap dan berdoa di tempat baru ni lebih selesa dan semoga PBAKL tahun ini berjalan dengan lancar! aminn. So disini aku sertakan sedikit maklumat ringkas berkaitan PBAKL 2016.
Bertempat : MAEPS, SERDANG
Tarikh       : 29 April 2016- 9 Mei 2016  (11 Hari) 
Masa         : ISNIN- KHAMIS                                10.00 pagi - 7 .00 malam                     JUMAAT- AHAD & CUTI UMUM   10 .00 pagi - 9 .00 malam
* MASUK ADALAH PERCUMA :)

U…

Ke Mana Kita Ni? : Kota Kinabalu, Sabah 💕 (Lok Kawi Wildlife Park, Dataran Todak & Desa Cattle Dairy Farm)

Image
Kota Kinabalu? Satu tempat percutian yang sangat unik, menarik, bebas dan  ngam untuk sebuah keluarga. Disember tahun 2015, aku dan keluarga berkesempatan  bercuti ke Kota Kinabalu. Serasanya, kali terakhir aku ke Kota Kinabalu pada tahun 1999. Wuh lama betul. Sumpah banyak benda dah berubah kan?

Hari Pertama:

Lok Kawi Wildlife Park

Dari KKIA, Kitaorang sewa kereta dan terus ke Lok Kawi Wildlife Park, 7km dari KKIA. Biasalah kalau dalam family ada kanak-kanak ribena, kita kena lah peruntukan tempat untuk mereka juga iya dak? Supaya mereka rasa tak dipinggirkan dan rasa mereka juga ada tempat khas untuk berlibur.

Lok Kawi Wildlife Park, macam biasalah, ada hutan-hutan sikit, haiwan semacam di zoo mungkin spesis nya ada yang ada, ada yang tak ada. Tapi okaylah. Kita yang jarang pergi ni pun happy juga sesekali dapat berjalan kaki tengah panas sambil usha haiwan haiwan itu duk buat apa?.



Anak-anak hari ini kita belajar kenal binatang iya?

love yourself first 💕 

Dataran Todak 


Di sebelah m…

Ulasan Buku : GPS Cinta Aussie

Image
" Tak kira ke mana kau pergi, ke oversea atau negara sendiri, yang penting jangan lupa Tuhan" - Thoyba Mursyidah 




Pengenalan :😎
Cover yang menarik mampu memikat hati pembaca tegar? Siapa yang design cover buku GPS Cinta Aussie ni patut di berikan tepukan gemuruh.hahas. Disebabkan cover dan tajuk dia itu la buat aku tertarik untuk membeli naskahk ini. GPS Cinta Aussie diterbitkan oleh Komrad Buku. Buku ini di tulis oleh Thoyba Mursyidah. 
Ulasan Buku: 📚
Secara kasarnya, buku ini mengisahkan kisah benar penulis sepanjang melanjutkan pengajian di Sydney, Australia. Kisah pengalaman beliau sebagai pelajar muslim yang 'struggle' untuk mempraktikkan ilmu agama di tempat yang bukan ber-biah Islam tetapi mempunyai sifat dan ciri-ciri Islam. 
Dari satu bab ke bab, penulisan beliau cukup ringkas tapi masih padat dengan pengalaman dan pengajaran berharga. Untuk orang semacam aku yang tidak pernah berpeluang (seperti beliau) sedikit sebanyak, dapat merasai nikmat Islam yang sebe…

Ulasan Buku : Advantura Pulang Ke Malaya ( Travelog )

Image
Pengenalan:
Advantura Pulang Ke Malaya merupakan sebuah buku travelog paling laris dijual di PBAKl 2015. Travelog ini di tulis oleh saudara Badrul Hisham  yang merupakan seorang lulusan Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti terkemuka di England. Travelog yang diterbitkan oleh Dubook ini mempunyai hampir 188 muka surat yang dilengkapi dengan pelbagai gambar yang sangat menarik! 
Ulasan Buku:
Travelog ini merupakan kisah benar hasil tulisan tentang kisah perjalanan saudara Badrul dari London ke Malaya (copy paste dari cover buku.lol) dengan berbasikal. Dengan berbekalkan Rm8000, beliau berpeluang merentasi hampir 18 negara dalam masa 5 bulan. Impian beliau sangat lah tinggi, tapi beliau telah membukti kan bahawa impian itu bukan lah sesuatu yang mustahil untuk di capai sekiranya ada usaha dan berjiwa kental.heh.
Membaca kisah perjalanan saudara badrul ini umpama kita menghirup milo 3 in 1. Ada pelbagai elemen yang di ketengahkan didalam travelog ini antaranya, pengalaman peribad…

Ulasan Buku : Lelaki terakhir Menangis Di Bumi

Image
Pengenalan:
Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi merupakan terbitan Dubook. Buku ini ditulis oleh adik Musa Nuwayri , 19 tahun, seorang pengasas Tangisan Syria Di Bumi Jordan. Pemuda berjiwa besar ini telah menukilkan pengalaman demi pengalaman dalam membantu pelarian Syria yang berada di Jordan, di lengkapi dengan gambar-gambar yang membolehkan para pembaca sedikit sebanyak dapat membayangkan keadaan sebenar yang telah berlaku.

Ulasan Buku:


Sebuah pengalaman yang dicoretkan dengan penuh penghayatan sehinggakan aku yang baca ni pun, sedar tak sedar meleleh saja air mata. Tahu tentang situasi yang melanda, tapi hanya kelu tidak berbuat apa. Penyampaian yang jelas buat aku setia untuk menghabiskan pembacaan tentang pengalaman Musa dan kawan- kawannya dalam membantu pelarian Syria sehabis daya. 
Bagi aku, buku ini bukan sekadar mempersembahkan pengalaman peribadi yang biasa-biasa tapi ia menunjukkan sukarelawna-sukarelawan di sana sememangnya berjiwa besar, bersungguh-sungguh membantu. 
Pada …

# Diy || Apa nak buat dengan bunga kering?

Image
Beberapa minggu lepas, aku warded di salah sebuah hospital atas sebab influenza B dan Pneumonia. Alhamdulillah, sepanjang aku berada di dalam wad hampir lima hari, ramai yang datang ziarah. Datang bawa doa supaya aku dan ayah cepat sembuh. Oh ya, aku warded sekali dengan ayah aku. nampak dak bonding kami anak beranak cemana? Haha.

Terima kasih, yang datang ziarah, datang bawak bunga, datang bawak doa. Terima kasih kalian! :)


Alhamdulillah.

Ramai yang datang ziarah bawak berjambak-jambak bunga. Berbakul-bakul bunga kitaorang dapat, sampai doktor dengan nurse yang jaga kitaorang pun macam teruja tengok bunga penuh satu bilik.
Sebelum kitaorang discharged hari itu, seorang aunty itu bagi tips supaya bunga hidup itu terus hidup dan mekar bagai kembang mewangi gituh!

"Bunga fresh ni boleh tahan lama. You letak gula (like air gula camtu la kot) Lepas itu letak bunga yang fresh itu dalam pasu. Dia akan tahan lama. Boleh tahan sampai tiga minggu."

--

Balik rumah, kitaorang pun bua…

Review Buku : Hujan Matahari Oleh Kurniawan Gunadi

Image
Assalamualaikum! 

Bulan lepas, aku ada update review novel Setiap Detik Nafasku Karya Dhiya Zafira. Sumpah! Kisah hidup Dzar Talha meruntun jiwa. Kalau korang masih ragu-ragu nak beli atau baca ke tidak. Korang kena usha sendiri review yang aku tulis itu okeng? Hiks.

Bulan April ini, aku mulakan sesi ulasan buku dari karya seberang. Ini adalah kali pertama aku berpeluang untuk mendapatkan material dari seberang. Itupun melalui kawan di  twitter. Thank you dayah dan kak Majidah!💕

kerana menghasut aku untuk membeli dan membaca tulisan masgun! eheh.

Pengenalan: 

Hujan Mathari ini menganudngi beberapa kumpulancerita dan prosa yang ditulis oleh Kurniawan Gunadi, seorang penulis yan berusia 25 tahun dan merupakan CEO di Langitlangit Studio, Yokyakarta, Indonesia. 

Ulasan peribadi:
Content cerita dan prosa di dalam Hujan Matahari ia bertemakan tentang 'seorang perempuan' yang di jelaskan melalui pandangan masgun. Seolah-olah masgun terlalu memahami sisi seorang perempuan. Fizikal, jiwa,…