Thursday, February 25, 2016

#Perth | Pt 3 Kings Park & K2



Caversham Wildlife Park 

hari ketiga di Perth, adalah hari paling lepak dan chill. heh. gerak dr apt. ke caversham wildlife park yang ambil masa lebih kurang setengah jam. dengan perjalanan yang sangat berhemah, kitaorang sampai di caversham wildlife park yg waktu masih awal. masih tak ramai orang. 


 jap.jap.gambar kenangan sekeping. heh 







dah bayar entrance fee, kitaorang pun jalan melepak je lah dalam park yang dipenuhi pokok-pokok hijau yang redup dan juga dipenuhi binatang nih. 

nak rush pon takdek benda nak kejar. so masuk je terus ke farm show. farm show dia best! Sebab kambing biri-biru tu sangat comel. 

bila berlari kena kejar anjing hitam nama apa tah.  ala-ala show nak bgtahu macam mana nak hambat biri biri masuk kandnag balik la kot. tapi sumpah comel kot tengok biri-biri tu berlari terkedek-kedek gitu. atau

sebenarnya, aku je yang mudah terhibur. heh. 

bila sampai part show yang kulit biri-biri nak ditogelkan itu memang aku tiba-tiba jadi emo sikit. aku rasa biri-biri tu sakit kot. ce bayangkan kalau kulit kita disiat siat. ahh damn sakit kot. tapi ibu aku cakap, biri-biri tu tak sakit selagi cara orang tu togelkan kulit dengan cara yang tak sakit lah. tapi aku tetap cakap biri-biri tu sakit. *emo emo* 



habis  je show,kitaorang pergi jenguk koala. koala ni tak best. aku sikit datang punya jauh dari m'sia, dia bantai tdoq gais. sangat tak meraikan tetamu. tak friendly pulak tuh. huh. penjaga dekat situ cakap, hanya koala yang aku bergambar ni je yang boleh di belai belai sayang manjamanja gituh. 









lagi beberapa ekor. "don't you ever touch meh

sekali kau sentuh aku, aku tampar kau! 

HAHAHAHA agaknya tu kot si K ni cakap dalam hati.



info: koala sejenis binatag yang memelukan tdo yang cukup, kalau tak, dia akan stress memanjang. 

bila penjaga koala ni bagi info mcm tuh, aku macam dapat kaitkan diri aku dengan koala. aah kaitan sgt. 

"ibu, koala ni macam along kan?" 

ibu angkat kening. 

"Ya lah. Tak cukup tdoq ja , stress." 

"Tahu takpa! Hg tu kalau tak cukup tdoq bukan takat stress, semua orang pun hang hambat." 

har har har,






seterus kitaorang pi jumpa si K 

kanggaru jugak yang best. Sudahlah friendly, meraikan tetamu pulak tu. bagi makan pun sauk je. habih meleleh air liur. k tu aku tipu ja. aku takut juga dgn si K nih, buatnya dia tendang aku ke belakang tak kenaya. 

info: kandang depa luas. bleh masuk  bagi makan. ambik gambar pon boleh. tapi kena hati hati di jalanan, dengan najis dia . haha. banyak kot. 



bila dia dah kenyang, dia lepak la...

caversham wildlife park ni best , dari segi penjagaan semua binatang yang ada dekat sini., farm show dan banyak lagi lah show depa yang best tapi tak sempat nak tengok., bersih plus tak dak bau yang kurang menyenangkan. setakat la ni, CWP ni lah yang paling bersih dna tidak berbau, tidak seperti di kebanyakan zoo yang lain. pokok-pokok yang rendang di sekeliling WCP ni dapat menyejukkan cuaca yang hangat. redup je rasa.

ok habis di WCP.

seterusnya, kita ke Margaret river chocolate Co. sebuah kilang cekelat yang lengkap dengan cafe dan kiosk penjualan cekelat-cekelat yang wow! haha. penggemar cekelat wajib mai sini! dia tak jauh pun dari Caversham park. 


masuk ja tempat cekelat nih, apa lagi sauk je lah cekelat depan mata. dak2 bukan curi ka apa. memang depa bagi free utk rasa. tapi jangan lah buat perangai sesetengah 'orang kita' dah tau free, sauk lapan juta kali. malu weh. haha. w/pun depa tak marah but still tak proper kot. 

boleh jugak beli untuk sedare mare

adik beradik aku cakap cekelat dia memang best. aku tak tau lah. aku tak minat cekelat sangat. 
haha.



ibu , belanja mint ice creammmm kegemaran. so yeayyy.


pasal itu hg suka makan ice cream mint. masa mengandung kat hg dulu, ibu duk ulang makan ice cream tu ja. *peh*


sebelum ke kings park utk relax dan makan tengah hari,abg aras bawak kitaorang pi Yahava KoffeeWork. tempat coffee-lover. aku tak minat snagat tapi boleh layan la. Tak rugi pon pergi even kita tak suka coffee. pasal belakang kiosk coffee tu ada satu port yang peh mendamaikan hati betol.

nyaman je hati kalau dapat pi port tu selalu.




Kalau lah tetiap petang boleh cenggini, lepak tepi tasik, sambil hirup coffee, angin lembut tampar pipi, random sharing dengan member di tepi, peh peh peh. sangat heaven rasanya. tapi itu la. itu semua cerita kalau.



Kings Park 


makan tengah hari. Yeahhh! masak nasi putih ayam goreng, sambal telur dekat apt. dah pack bawak. now masa untuk makan.



Be there for others, but never leave yourself behind - Dodinsky




jangan nak sparta sangat gais tengah panas pon menjadi dua manusia nih. 
*bonding time*

Kings park ni tempat paling tenang dan nyaman. walaupun cuaca agak panas dan hangat masih terasa tapi sesekali angin dapat menyapa pipi tuh rasa sejuk mendamaikan ja. agaknya tone hijau dan biru tu sememangnya  sinonim  dengan tempat tempat yang mampu mendamaikan hati, meredupkan mata. 



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...