Friday, February 12, 2016

# Perth| Pt 2 Mandurah & Fremantle





Hari kedua, selepas bersarapan, aku (dan keluarga) bersiap sedia untuk meninggalkan apartment sementara, untuk meneruskan perjalanan ke tempat pertama iaitu Mandurah.  Kami meneruskan perjalanan sebaik abang Araz datng pick up kami di apartment. Jarak dari Perth ke Mandurah lebih kurang 65 km.  Perjalanan mengambil masa selama 1 jam juga lebih kurang. 

Sesuatu yang agak sukar untuk dilakukan bagi aku dan keluarga adalah, setiap kali naik kenderaan, kami terpaksa di ingatkan untuk memakai tali pinggang. hahaha. yelah kalau di tempat kita,  yang pemandu dan sebelah pemandu je ala-ala WAJIB pakai, tapi kadang-kadang tak pakai juga an. Hiks. Dekat sini, Kalau tak pakai, polis diorang cepat je detect.  


MANDURAH CRUISES


pemandangan dari arah bertentangan. Bangunan putih, The Sebel East Perth, sebuah apartment.

Pemanduan yang agak berhemah, membuatkan aku me-layu di dalam kereta. lol Tiba di Mandurah, hampir jam 10 pagi. Setelah selesai urusan dengan pihak cruise. Kami satu keluarga menaiki cruise yang dipandu oleh Abang Araz. Hanya seketika sebelum masing-masing dapat pengalaman mengendalikan cruise. 





sepanjang menyelusuri Mandurah river ni, aku dapat simpulkan bahawa Mandurah ni terkenal dengan kampung nelayan kelas tinggi, bertaraf lapan puluh juta bintang luar petala. kira habis petala la cerita dia. ikut apa yang diterangkan oleh abang Araz. Kebiasaannya pemilik rumah persinggahan ini dimiliki oleh orang -orang yang dah tak tau nak buat apa dengan duit depa. haha
setakat pemerhatian aku, setiap Villa sekurang-kurangnya memiliki speedboat dan segala jenismaneka boat yang ada. Kagum dari jauh je la. 


sebenarnya tujuan menaiki cruise selama satu jam di Mandurah ini adalah untuk melihat dolphine berenang renang dengan penuh bergaya tapi sepanjang duk bawak cruise tu tak nampak langsung dolphinennya. sampai ke sudah tak menjelma dolphine dolphine sekalian. Mogok ke hape ha?! hahaha. Frust tau.Sobss. *kesat hingus*

Tak jumpa dolphine? Chill lah! Haha


Selepas satu jam menaiki cruise, kami teruskan perjalanan ke Masjid Ar-Rukun  yang terletak di Rockingham WA bagi menunaikan solat Zohor. Masjid Ar-Rukun terkenal dengan sebuah masjid yang sangat aktif dalam mengadakan pelbagai aktiviti perayaan Islam dan juga aktiviti yang bermanfaat buat muslim di Perth. Masjid Ar-Rukun juga menjadi tempat berkumpulnya muslim Malaysia yang menetap disini. 


PRAY @ MASJID AR- RUKUN


gambar depan masjid. 

Ketika tiba di Masjid ini, ada beberapa lelaki  yang sedang membaca Al-Quran sambil menanti solat Jumaat dan  Imam masih menanti kedatangan penduduk setempat untuk menunaikan Solat Jumaat. Ruangan solat yang agak luas walaupun tidak seluas di masjid masjid di Malaysia. Kondisi tandas dan ruangan solat yang  bersih sangat mengagumkan diri aku sebenarnya. Aku tak tahu kenapa. Tapi aku kagum la. 

Sapaan dari beberapa penduduk setempat yang friendly juga buat aku senang dengan mereka. Walaupun tidak kenal tapi approach yang mereka guna sangat lah memberi kesan kepada aku. 


Ar-Rukun Mosque @ Rockingham Perth

seterusnya, aku (dan keluarga) ke,

HARBOUR FREMANTLE

sebelum makan, kita posing sikek =p 

sempat lah rakam beberapa gambar sekitar Fremantle. cuaca yang agak baik bagi aku apabila tiba di Fremantle sebab summer di Perth memang hangat dia lain macam. Tapi bila di Fremantle, rasa hangat tu kira kena cover dengan angin yang menderu kuat. menampar-nampar muka. Feh heaven ja rasa. Heh. Kalau tak, rasa macam kulit muka kena tarik. 






FISH & CHIP TIME

Beberapa orang kenalan yang tahu aku akan ke Perth, menyuruh aku ke Fremantle untuk merasai sendiri kenikmatan dan kesedapan  Fish & Chip yang original. Lalu aku berpuas hati apabila Abang Araz memasukkan nya ke dalam tentatif program. hahaha.  Bab makan beb , mana boleh tak rasa. Rugi la kan. 


Sebaik tiba di Fremantle, memang bersepah la restoran Fish & Chip depa. So abang Araz bawak kami pi makan di Kailis' Fish Market Cafe. Memandangkan restoran tersebut menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia dan juga muslim Malaysia yang menetap di Perth. Memandangkan portion yang ditawarkan boleh tahan gedabak. Jadi kami pesan 2 set seafood platter. Itu pun tak larat nak habiskan beb. Jenuh makan. 

Di Kailis' Fish Market Cafe ni banyak pilihan, sampai ke ais krim perisa fish & Chip pon ada. Haha. 
Sos pun banyak pilihan dan mungkin sebab tu sos dibayar mengikut jenis sos yang dipilih. Apa-apa pun enjoy je lah makan dekat sini. Yang pastinya Sedaplah! Serius tak tipu. Aku paling suka scallops dia. Masa gigit tuh peh, rangup je pastu rasa manis. Segar gila. 

seafood platter : ikan, calamari, scallops, kupang masak tomato ( rasa ala-ala kuah spegeti )


Boleh ke habis ni gais? Ops.




E SHED MARKETS

http://petanipintar.blogspot.my/


Tempat terakhir utnuk hari kedua, merupakan gudang penjualan souviner. Jarak Dari Kailis Cafe ke E Shed Market tidak lah jauh. Di  dalam E Shed Market ni,banyak  je kiosk yang jual cenderahati, t-shirt, jacket, key-chain, topi, poskad, apa apa saja yang di panggil cenderahati , Insya-Allah ada.

Di bawah ini, merupakan kedai yang aku sempat terjah. Kedai yang dimiliki oleh orang Malaysia. dan rata-rata harga antara satu kedai dengan kedai yang lain tidak jauh beza. Jadi anda yang ke sini boleh la buat pilihan dengan tepat.



Sebenarnya, terlalu banyak barangan yang unik yang banyak kali aku terfikir untuk rembat. Tapi hmm, hmm, terfikir juga duit mengalir bagaikan air terjun. mungkin aku patut simpan nafsu membeli aku dekat tempat lain. kahkah barangan hiasan bilik diorang pon boleh tahan style gileh.



Apa yang aku boleh katakan. Sememangnya E-Shed Markets ni tempat paling win untuk memborong cenderahati buat kaum keluarga sanak saudara. ahh sapa sapa jelah. Sebab aku tak sure kalau dkt tengah perthcity ada jual ke tidak souviner yang beraneka jenis nih. Kalau ada pun, harga yang di kenakan  mungkin sedikit tinggi dan agak sukar untuk tawar menawar. Hmm hmm.


Selesai membeli sedikit cenderahati, kami bergerak pulang ke Mill Point Rd. Aktiviti malam adalah melepak di swimming pool dan masak untuk makan malam. Satu perkara yang jarang aku (dan keluarga) buat apabila travel. Rasanya sepanjang aku (dan keluarga) travel ke beberapa buah negara yang lain belum pernah lagi ada aktiviti memasak. Masak gais. Haha. Pengalaman yang bagi aku mampu mengeratkan ukhwah keluarga. Kalau tak bercuti sekali, susah juga nak kumpul ramai-ramai dalam satu ruangan yang sama. 

Tiba di apartment jam 5.45 petang. 

BACA : PERTH PT 1

Insya-Allah, sekiranya vitamin rajin aku masih di tahap selamat, Sambungan  akan dibuat di entry yang lain. Lols. Kalau tak, sabar menanti. Kepada yang membaca entry ini, terima kasih. semoga dapat manfaat.

p/s: aku kejar bateri laptop nak mati gais. so tak sempat nak check ejaan beriya. ok babai. 





No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...