Posts

Showing posts from February, 2016

Review Novel : Antologi Cinta Dia

Image
Antologi Cinta Dia 
Penerbitan : Poreng Kertas  Harga: 27.00  Penulis : Hezzy Azra, Lyn Dayana & Dhiya Zafira



Sememangnya aku menanti Antologi Cinta Dia tiba di tangan dengan penuh sabar. Sebelum ini, aku hanya mengikuti beberapa teaser yang di tulis oleh tiga penulis yang tidak perlu di perkenalkan lagi, kerana ternyata mereka sudah menempa NAMA di hati pembaca tegar seperti aku. Heh. 

Beberapa hari selepas menerima parcel yang berisi ACD dan seutas tasbih berwarna pink ungu. Aku tak menunggu lama untuk membacanya. namun atas beberapa sebab, aku terpaksa membahagikan masa untuk baca satu cerita demi satu cerita. 

Hezzy Azra, Aku memulakan pembacaan aku dengan Melodi Kasih 2, sambungan kepada novel Melodi Kasih sebelum ini. Kisah antara Zahara Inas dan Fariq! Sejak dulu, aku suka penulisan Hezzy Azra yang membuai-buai. Terbuai-buai dek pengembangan watak yang teliti. Kita dapat bayangkan, satu watak itu berkembang dengan baik. Tidak lah bila dah syok baca, tiba-tiba... blur.


bertambah…

#Perth | Pt 3 Kings Park & K2

Image
Caversham Wildlife Park 

hari ketiga di Perth, adalah hari paling lepak dan chill. heh. gerak dr apt. ke caversham wildlife park yang ambil masa lebih kurang setengah jam. dengan perjalanan yang sangat berhemah, kitaorang sampai di caversham wildlife park yg waktu masih awal. masih tak ramai orang. 

 jap.jap.gambar kenangan sekeping. heh 






dah bayar entrance fee, kitaorang pun jalan melepak je lah dalam park yang dipenuhi pokok-pokok hijau yang redup dan juga dipenuhi binatang nih. 
nak rush pon takdek benda nak kejar. so masuk je terus ke farm show. farm show dia best! Sebab kambing biri-biru tu sangat comel. 
bila berlari kena kejar anjing hitam nama apa tah.  ala-ala show nak bgtahu macam mana nak hambat biri biri masuk kandnag balik la kot. tapi sumpah comel kot tengok biri-biri tu berlari terkedek-kedek gitu. atau
sebenarnya, aku je yang mudah terhibur. heh. 
bila sampai part show yang kulit biri-biri nak ditogelkan itu memang aku tiba-tiba jadi emo sikit. aku rasa biri-biri tu sa…

Review Novel : Signal Hati Oleh Sha Ibrahim

Image
novel sha ibrahim setakat ni tak pernah mengecewakan aku. dulu sha & shah , sekarang signal hati. tema tentang persahabatan dan keluarga yang digarapkan oleh sha ibrahim sememangnya mampu memberi kesan kepada pembaca. aku tak tahu orang lain. tapi aku suka gaya penulisan dan penggunaan ayat yang satu persatu menceritakan seseorang atau sesuatu peristiwa. 

walaupun tema yang diguna adalah sama, namun cerita sha ibrahim di olah dengan sedikit kelainan. kalau sha dan shah persahabatan berakhir dengan perkahwinan. kali ini persahabatan berakhir dengan perkahwinan sementara sebelum masing-masing membawa haluan masing-masing. 

konflik antara keluarga Qaisara yang lepas satu satu. menambah rencah. Bagi aku, ia sesuatu yang boleh di kaitkan dengan kehidupan kita. tambah lagi bintang, apabila watak gelap yang diketengahkan bukan seperti 'watak perempuan jahat' yang sering di gambarkan di dalam novel2 lain. bagi aku ia hanya selingan untuk menyedapkan rasa. 

lebih menarik watak Naqib …

# Perth| Pt 2 Mandurah & Fremantle

Image
Hari kedua, selepas bersarapan, aku (dan keluarga) bersiap sedia untuk meninggalkan apartment sementara, untuk meneruskan perjalanan ke tempat pertama iaitu Mandurah.  Kami meneruskan perjalanan sebaik abang Araz datng pick up kami di apartment. Jarak dari Perth ke Mandurah lebih kurang 65 km.  Perjalanan mengambil masa selama 1 jam juga lebih kurang. 
Sesuatu yang agak sukar untuk dilakukan bagi aku dan keluarga adalah, setiap kali naik kenderaan, kami terpaksa di ingatkan untuk memakai tali pinggang. hahaha. yelah kalau di tempat kita,  yang pemandu dan sebelah pemandu je ala-ala WAJIB pakai, tapi kadang-kadang tak pakai juga an. Hiks. Dekat sini, Kalau tak pakai, polis diorang cepat je detect.  

MANDURAH CRUISES



Pemanduan yang agak berhemah, membuatkan aku me-layu di dalam kereta. lol Tiba di Mandurah, hampir jam 10 pagi. Setelah selesai urusan dengan pihak cruise. Kami satu keluarga menaiki cruise yang dipandu oleh Abang Araz. Hanya seketika sebelum masing-masing dapat pengalaman m…

#Perth, Australia 2016 | pt 1

Image
Alhamdulillah. 
9 Feb 15, jam 9.30 malam, bila dengar kapten Nadishah announce ' kepada warganegara Malaysia, selamat pulang ke tanah air dan bla bla bla' otak aku terus teringat nak singah kedai mamak nak tapau nasi putih dengan kari ayam. hahahaha| perut melayu yang tak boleh nak antarabangsa langsung! 
6 Hari 5 Malam di Perth,