Friday, January 29, 2016

#Perlis 2016 : Last day




Hari terakhir di Perlis.

1. Muzium Kota Kayang

Kami bawah zahroh pi Muzium Kota Kayang sebab dia request nak pi sini. budak sejarah memang suka pi tempat cemnih. baguih la hang zahroh. hewhew. macam- macam jugak lah dia tanya aku pasal Perlis. kenapa camni, kenapa camtu. bla- bla. sampai aku speechless la. Last-last aku pass dekat fathiah. Bahahaha. biaq fath ja jawab soalan si zahroh ni. kehkeh








2. Ladang Nira Kipli

Next, kami pi makan laksa dekat Ladang Nira Kipli. Tapi yang special nya dekat sini dah tentu la ayaq Nigha. Depa kata air nira tu sedap. Nasib juga Zahroh cakap sedapp. ahaha. yang lasi best, ampa boleh makan dalam ladang nira tu sendiri. ampa nampak dak pokok nira keliling pondok tempat kami makan tu. huih best gila kot. please. dah sampai Perlis, mesti pi sini k? (:


3. Kuala Sanglang. 

Lepaih makan, kami gerak pi arau sebab train kami ke KL jam 4.30 petang. tapi masa tu baru 2.30 macam tu kot. so fath bawak kami pi tempat yang aku sendiri pon tak pernah tahu (walaupun aku pernah tinggai dekat Perlis hampir 10 tahun. kesian kan? ) Ada spot-spot menarik hati sepanjang Kuala Sanglang ni, kami berhenti keta. dan turun pi amik gambaq. gigih ke tidak? heh.


berdiri menghadap laut, pejamkan mata, tarik nafas. dan lepaskan perlahan-lahan. eh. nescaya anda akan rasa fresh kembali.
Add caption
misi hang nak sampai Perlis dah tercapai.,zahroh. haha


kg. nelayan yang kami jumpa dekat Kuala Sanglang. haha. ampa bole lepak-lepak tenangkan fikiran dekat sini juga.


 4. KTM Arau


Menanti ETS ke KL.

Trip kali ini  bawa beribu kenangan bagi aku walaupun Perlis pernah menjadi 'tempat' aku dulu. Kenangan stay di negeri yang no traffic jam. pagi petang hadap pemandangan hijau biru terus rasa tak nak balik. tapi kalau tak balik aku nak buat apa kat sini. Hope to see you again, Perlis! wuuuuu!






thanks Zahroh sebab percaya kat aku untuk bwk hang. dan thank youuu tiga org lembaga kat belakang plus seorang Farah yang sedang bekerja waktu ini. Thanks for everything! bagi lepak rumah, bagi sea kereta, teman pi semua tempat.SEMUA k. jadi tourguide kami. dan kuih bahulu tu pon dah selamat kena sebat. HAHAHA! 

Aku cuma nak bagitau, Perlis ni tempat yang paling sesuai untuk hang larikan diri dari segala kekusutan/kesibukan. Serius. Dari entry sebelum ini aku dah bagitau tempat-tempat yang sesuai untuk hang escape seketika. hang just pi tempat yang hang suka dan hang boleh la nak 'sleep' ka 'hibernate' ka 'restart' ka atau 'shut down' teros.

cuma, aku mengharapkan pihak tertentu dapat memastikan kesemua tempat yang best ni dari segi kebersihan, daya tarikan dan kemudahan.



Till we meet again, Perlis <3




No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...