Monday, January 18, 2016

#PERLIS 2016 | Kuala Perlis



Salam gais. and Yo? 
Ahaks ahaks. walaupun dah  sebulan tak hapdet blog. tapi.. chill lah, baru sebulan je kot.
-__-

Ya ya. Aku dah lama tak update blog. Sebab aku busy sikit dengan final year. Alhamdulillah. FYP dan final exam berjalan di atas track yang BENAR walaupun banyak kali nak tergelincir. haha. Semuanya telah di permudahkan-Nya. *itu hmpa kena tau  k* 

Jadi, untuk memeriahkan blog aku pada pada tahun 2016 ni,  aku akan berkongsi beberapa entry short trip  ke Kota Kinabalu (Disember 2015) dan Perlis (Januari 2016)

Aku start dengan entry ke Perlis,sebab aku baru je balik. So laju lah sikit aku nak menaip. herher. Member flashpacker aku kali ini ialah seorang member dari fakulti yang sama -jabatan berbeza dan dari negara yang berbeza. Zahroh member yang aku kenal melalui Sya. If korang baca entry di Singapore, then korang kenal la Sya. 

Zahroh tanya sama ada aku boleh teman dia ke Perlis. Then aku cakap, aku okay je. Since aku dah lama tak pi Perlis selepas pindah ke KL. kiranya aku dengan rela hati untuk menemani beliau.ahaks. lepas final exam 9 hb Jan tu, aku plan dan kawtim dengan member kamceng aku dekat Perlis. Dah kawtim kira, mudah la.


dalam ETS, amik gambaq luh,haha

Aku prefer naik ETS pasal dia pengangkutan yang selesa dan affordable. Jangan tanya kenapa aku suka sangat naik ETS. Sebab aku suka dia punya staff friendly, then toilet dia besih dan wangi! haha. makanan dekat cafe pon not bad la. Sedap. Naik ETS jam 9.30 pagi, sampai Arau 3.00 ptg. Tiket ETS KL Sentral - Arau , Rm 76 dan pergi balik, RM152. Boleh check availability seats dekat sini KTMB E-tickets



Zahroh -sedang- menikmati- pemandangan -yang -menghijau. gitew.


yang bestnya naik ETS, bila dah bosan gila naik tak sampai-sampai jugak, kau boleh main kejar-kejar dalam ETS.Aha. Dak-Dak. Tapi boleh lah nak jalan jalan pi cafe,pi toilet, lepak tengok scenery sambil borak-borak kan?


Jam 3 lebih sikit, kami sampai di stesen Arau.

Tikah dah ready ambik kami dan nak bawak pi meronda yeay!

Tempat Pertama,

Tikah bawak kami pi pekena laksa dengan ais kacang dekat Kuala Perlis. Banyak ja tempat yang best ataupun laksa yang sedap tapi kalau nak makan sambil duk bawah pokok yang rendang,di hembus angin-angin sepoi bahasa, pi lah tempat yang kami pi nih. Haha.

ais kacang aku tinggai separuh pasai aku gelojoh sangat nak hancoq kan ais. 


lepas dah sembang sembang. kami pon nak check in tempat tidoq. so sepanjang nak ke kangaq tu, lalu lah jalan jalan yang kiri kanannya ada bukit bukau, sawah padi ke eh? aku pon tak sure sangat. Tapi Zahroh nampak teruja sampai suruh kami berhenti.

 " kalau nak bergambaq, bagitau ja lah, satgi kami berhenti." Tikah.seorang yang baik hati, Jadilah seperti Tikah.Heh.


okay zahroh, u can do it!. hikhik




okay- depa buat iklan colgate pulak. ok fine.

Perlis, bagi aku sebuah negeri yang kaya dengan alam semula jadi, pemandangan yang susah nak dapat kat mana pun, suasana yang -tak -rushing-kesana-sini. Itu yang buat Perlis special bagi aku lah. Mungkin bagi orang lain, apa je yang ada dekat Perlis kan, tapi bagi aku, Perlis ini lah negeri paling best sekali! Tak sesak. Tak jam. Nak pi mana pon dekat ja. Tak gaduh la nak pikiaq lama kan. Lepas itu, takdak bangunan tinggi-tinggi. semuanya sedang-sedang saja. haha.


since kami flashpacking, so aku dah kawtin dengan Farah untuk check in rumah beliau dengan sewa kereta beliau. Alhamdulillah, beliau dan keluarga beliau sangat meraikan kedatangan kami. Haha. Meraikan kedatangan Zahroh, pasal aku dah biasa pi. kehkeh. ( so issue aku stay mana semua takdakla. Just tong-tong duit minyak ja.) 

Hari pertama, kami menikmati keindahan alam yang Tuhan ciptakan untuk kita ambik ibrah dari tiap tiap satu nikmat-Nya. Dan soal cuaca, masa kami sampai itu , cuaca dekat Perlis dan start panaih-terik macam mana tak tau.Dan baru tau , depa dah dapat notis cuaca panaih tu mungkin akan berlanjutan sehingga ke bulan Mac. so kena banyak minum air ye.

Sebelah malam, kami lepak dan makan semakan makannya dekat steamboat n grill dekat .... (tak ingat pulak nama kedai tu.haha). Kiranya sesi taaruf la. Haha. Alhamdulillah, #gengperlis boleh ngam dengan Zahroh! ho yeayy!.





so far, untuk hari pertama itu lah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsi. Nothing sangat lah pon.Tapi sajalah nak share.Ahahaha.

so next entry, I sambung nanti ok? IA. 




No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...