Posts

Showing posts from 2016

Bookhaul (Disember) 2016

Image
Aku terfikir untuk membanjiri TL blogger lain dengan post-post berkaitan  expo buku 1 Malaysia dan bbw  sekejap lagi. Tapi memandnagkan wifi dekat rumah ni sekejap ada sekejap tade. Macam biskut chipsmore, jadi aku buat satu post sajalah.



--

14 Disember 2016

minggu lepas, aku perasan ada banyak 'pesta buku'. Ada expo buku 1 Malaysia dekat pwtc, bigbadwolf (bbw) di miecc, jualan murah untuk penerbitan tertentu menerusi online,dan lain-lain. tapi aku hanya berkesempatan ke pwtc dan miecc.

--

aku rushing ke pwtc untuk beli KIEF, novel yang ditulis oleh Dhiyazafira, dalam masa yang sama aku cuba ambil peluang untuk berjumpa dengan penulis romance thriller ni. Tapi apakan daya aku hanya mampu beli KIEF tanpa  bertemu dengan dhiya zafira. disebabkan jadua bertuga dhiya zafira pada hari jumaat.

--

aku masuk ke bilik Kedah (kalau aku tak silap) Karya Seni punya koleksi novel terbaru sangat lah menarik perhatian. Banyak sangat yang best-best ( refer kepada penulis)  tapi aku mampu beli…

Review Novel : Demi Cinta, Farisya Natasha

Image
Novel yang bakal di review ni merupakan novel edisi terhad yang di tulis oleh Farisya Natasha. Novel, Demi Cinta ini aku beli sewaktu buku expo 1 Malaysia tempoh hari. Aku bukan nak kata, tapi kalau korang peminat novel melayu tegar, agak rugi lah kalau tak menjengah ke expo tersebut. Aku rasa harga yang ditawarkan sangat lah berbaloi-baloi. 


Eheh.
Ok. Nak cakap lebih pun, expo tu dah berlalu. Haha. Jadi, aku teruskan je lah dengan review ringkas ini. Nak mengarut panjang, aku tak rasa semua orang sudi nak baca. Sobs.
--



Demi Cinta  merupakan novel edisi terhad yang aku kira ia sebagai pengubat rindu pembaca kepada Farisya Natasya sendiri. Gaya penulisan yang santai, penuh dengan peristiwa yang menyentuh hati, sarat dengan tema kekeluargaan dan cinta serta ilmu baru tentang postpartum depsression merupakan kekuatan novel ini.
Penulisan yang bersahaja ni buatkan aku mampu menghabiskan pembacaan dalam beberapa jam. Beli tengah hari, aku baca petang, tengah malam sadaqallahu a’zim. Begitula…

Switzerland : Onion Market & pesta confetti!

Image
Hari ketiga adalah hari yang menggembirakan walaupun hanya berada di sekitar Bern. Jam 9.30 pagi, berjalan-jalan di sekitar Zytglogge dan Barenplatz untuk merasai kemeriahan event tahunan di Bern iaitu 'onion market'
sampai je dekat Zytglogge tu, amboi bau bawang boleh tahan. Semerbak! haha.
Ada berpuluh-puluh kiosk yang menjual bawang. Aku tengok bawang dekat sini dah macam masuk fashion show dah. Dari bawang biasa itu, di hias macam-macam style. Dan harga bawang-bawang tersebut boleh cecah 10 CHF. Kalau convert cam tak berbaloi nak beli. hahahs. 


Selain kiosk yang menjual bawang, ada juga kiosk lain, yang menjual makanan, shawl@mafla, coklat, dan macam-macam lagi, 




dan ada jual yang menjual confetti! 
dekat bern ni baru aku tahu confetti tu apa. gigih tau aku cari kat google. hahahs. confetti tu semacam kertas warna warni yang di gunting-gunting halus itu. diorang jual ikut paket. Paket kecil harga dia 1CHF , paket besar 8 CHF. 



















si penjual confetti yang comel dan confettinya…

Switzerland : Interlaken - Kleine Scheidegg

Image
Hari kedua pula, perjalanan kitaorang start selepas breakfast. lebih kurang jam 10.30 pg naik SBB train dari Bern ke Interlaken Ost. Lebih kurang satu jam dalam train, sampai di Interlaken Ost. Interlaken(, Lauterbrunnen)tempat- tempat yang aku teringin gila nak pergi bila duk search dekat internet.

Bern  - Interlaken Ost  ( Bahnof Bern – Thun – Spiez – Leissegen – Interlaken West – Interlaken Ost )

Keadaan ruang  2nd class di dalam train SBB


Interlaken Ost, ni tempat yang memang orang datang singgah sebelum gerak naik ke mana-mana tempat yang tinggi macam, harder kulm, schiltorn, kleine scheidegg, jungfraujoch... dan lain-lain. (bergantung kepada route yang kita nak.)  sebelum aku tulis lagi panjang,

Switzerland : Zytglogge, Einstein haus, rendez- vous Bundesplatz

Image
Selepas hampir 14 jam berada di dalam pesawat etihad. Transit lebih kurang 2 jam di Abu Dhabi. Kitaorang sampai di Zurich Flughafen pada jam 6.45 pagi. Dari Zurich, aku dan family bergegas kejar train ke  Bern. Seboleh-bolehnya nak kejar train paling awal dan direct train! First time naik train dkt tempat orang, rasa jugaklah cuak

Switzerland : Itinerary sepanjang 8 hari di Switzerland

Image
*MAKANAN HALAL DI SWITZERLAND

----

"Nah ambik ni. " (bil, travel pass, maps and semua benda psl Switzerland.)
"mana tahu boleh masuk dlm blog nanti"

eceh. ayah pun dah paham perangai anak dia. haha.

---

Alhamdulillah semua urusan, dari sebelum pergi, semasa di sana dan selepas balik, dipermudahkan. semoga allah redha dengan perjalanan aku dah family di sana. So gais ni entry basic saja. entry pengenalan sebelum aku tulis entry yang lebih panjang lebar tentang Switzerland. 
dalam entry kali ini, aku cuma share apa yang aku buat before ke switzerland dan juga share tentang tempat penginapan, pengangkutan dan destinasi pilihan. 

@jungfraujoch ski region tu aku rembat dari kedai makan >.< hahaha
benda-benda yang aku buat before pergi sana :

Jogja : Aktiviti Adrenalin Gondola, Pantai Timang

Image
kalau orang tanya aku, aktiviti mana yang aku tak kan lupa sampai bila-bila, aku tak teragak-agak untuk jawab aktiviti di pantai timang!!!!!!!Apa lagi kalau bukan naik gondola adrenalin! wehoo! sampai ke hari ini pun aku masih terbayang-bayangkan perasaan, suasana dan keadaan dekat sana!  
aku sampai di pantai timang lebih kurang jam 2 petang. waktu yang sangat cun untuk menyeberangi laut dan ombak besar. 

untuk sampai ke pantai timang ni, aku kena naik ojek.

Jogja : Keraton Palace & Taman Sari

Image
setelah berzaman zaman, aku balik dari jogja, baru hari ni pulak aku dapat mood nak update entry! haha. tapi ini entry paling pendek aku cuba buat. tak dek apa sangat pun untuk entry entry terakhir ini. sebenarnya, Taman sari dan Keraton Palace ni adalah tempat untuk memenuhkan iti. sebelum gerak ke airport! haha.
so korang layan gambar  je lah.
Taman Sari 


dengar cerita dari orang yang bawa kitaorang tu,

#bookhaul : Apa buku pertama korang?

Image
aku sangat percaya, setiap dari kita yang suka membaca mempunyai titik permulaan dalam aktiviti tersebut. iyalah, bila kita start membaca, apa buku pertama yang kita baca, kenapa kita boleh suka pada satu genre tertentu, siapa yang bagi galakkan ...

semua itu mesti ada alsan-alasan yang tersendiri.
yang tahu sudah pastilah, tuan empunya badan.

jadinya, apa buku pertama aku?

Window & shopping di Kaison!

Image
semalam aku terfikir nak kemas-kemas sikit lemari buku dekat ruang tengah,
hari ni terus drive pergi setapak dengan ibu. pergi mana lagi kan, tempat jual barang yang cecantiks, lelawo gila, dan yang sedap mata memandang dengan harga yang murah kalau nak di bandingkan dengan tempat lain.

mana?

Kaison la! haha


aku tak boleh tengok barang ceceomel. aku terus rasa nak beli semua! haha

Salina, kahwin ikut wahyu atau nafsu....

Image
gempak gak eh.




salina ni kahwin ikut wahyu ke nafsu hah? wow!

Birthday Stories, Birthday Far

Image
10 November hari itu, birthday far.

sebelum ini, aku bukan la jenis yang alert sangat dengan tarikh birthday kawan-kawan aku, (ya ya aku tau aku sejenis kawan yang hampeh) tapi mula tahun ni, aku cuba untuk ingat tarikh birthday dan appreciate mereka.

tapi itulah, kadang-kadang tu lupa jugak. haha

aku taktahu macam mana aku boleh tersedar dari hakikat ini, mungkin sebab adalah aku terfikir, yang kita sendiri tak sedar bila kita akan pergi, kita tak kan pernah tahu, atleast if kita celebrate, mendoakan kawan-kawan kita, (yang selalu ada susah dan senang) selalu tanya khabar, kalau jadi sesuatu, kita tak akan menyesal?

harap-harap.
dan bagi aku, salah satu waktu yang sesuai  untuk appreciate mereka adalah time birthday!

----

sebab yang lain jugak adalah kerana, mereka pernah buat surprise dekat aku febuari hari itu.


bayangkanlah.

kalau depa wish macam biasa pun, aku dah terharu apatah lagi bagi suprise cemtu kan? siap dengan bunga, cekelat-cekelat & kad ucaptama (kahkah). siap guna…

Review Novel : Lelaki Bona Fide, Xenia Zidane

Image
" Xenia Zidane melakar kisah cinta Azri dan Dayana yang penuh liku dengan  bahasa yang baik dan menarik"



Salam alaik! 
hai gais. Haha. malam ini aku nak review sebuah novel yang di terbitkan oleh jemari seni pulak. tajuk, lelaki bona fide yang ditulis oleh xenia zidane. novel ini aku beli dah lama, dan dah baca separuh bab. tapi boleh pula terberhenti sekerat jalan. apa cerita kan?
tapi
semalam, aku di seru semangat-membaca-di-bulan-november.
apalagi, aku pulun lah habiskan. dah jadi kerja, aku sambung baca sampai tamat, lepas tu aku baca semula dari bab awal sampai bab yang aku dah terberhenti tu. (semata nak recall) haha. caca merba betul cara aku baca lelaki bona fide ni. 

-----

aku suka tajuk dia. aku takde reason tertentu melainkan perkataan suka tu sendiri. bagi aku tajuk dia itu menarik perhatian seorang perempuan seperti aku. eceh. aku terasa nak tahu, apa yang  penulis cuba nak sampaikan. ye lah selama ni, novel ni orang relate dengan kaum hawa saja kan. 
okay okay,…

#Bookhaul (November) : Buku-buku yang menanti untuk di baca. Eh.

Image
Salam alaik.

Sebenarnya aku tak dek buat apa sangat dekat rumah, semenjak aku jadi penganggur terhormat ni. cuma itu lah, dah tak dek kerja pun still malas lagi nak update blog. haih. Sedih dengan perangai diri sendiri. haha.

tapi takpe.

tiba-tiba je

#Bookhaul (November)

Image
Salam alaik.

Sebenarnya aku tak dek buat apa sangat dekat rumah, semenjak aku jadi penganggur terhormat ni. cuma itu lah, dah tak dek kerja pun still malas lagi nak update blog. haih. Sedih dengan perangai diri sendiri. haha.

tapi takpe.

tiba-tiba je

Review Novel : Serendipity, Sharaina

Image
Hai.

Aku nak review novel Serendipity hari ini. Tapi aku dah habis baca novel itu masa 1 November lagi. cuma macam itu lah, macam biasa lah kan aku selalu macam ini. selalu malas nak buat review. Hahaha. Tapi petang ni aku rajin sikit. 
so silakan membaca review.
First impression aku bila tengok novel ni. "Hmm mesti rasa relax je bila aku baca novel ni nanti."

Review Novel: Antara Langit, Bumi Dan Dua Hati

Image
"Carpe Diem, Follow your heart and I will follow you"






Review :
Antara Langit, Bumi dan Dua Hati merupakan novel yang di tulis oleh saudara M Hany Hisham. Sejujurnya aku tak pernah tahu kewujudan novel ini sehingga lah di cadangkan oleh penulisnya sendiri. Aku dapatkan novel ini di Popular. Di kenali sebagai novel tripfiction kerana latar tempatnya yang pelbagai (Eropah) 
Bila baca novel ini, kita akan dapat dua perkara dalam satu masa. Kisah cinta yang di cipta atau sememangnya ada sejarahnya tersendiri oleh penulis dan yang kedua, kisah travelog dua insan yang mengembara ke Eropah.

Officially graduated - 5komrad

Image
Happy graduation day sayang sayang sekalian :') 



"Close friends, that Day, will be enemies to each other, except for the righteous" 43:67 



aku tiada kata-kata yang lebih baik selain terima kasih untuk tiap-tiap  nikmat yang dikurniakan-Nya buat aku. Tuhan mengumpulkan hati-hati kecil kita supaya kita dapat merasai hikmah taaruf. Sepanjang tiga tahun setengah, aku berdamping dengan mereka, walaupun di penuhi suka dan duka tapi mampu membuatkan aku membuka mata untuk melihat sesuatu dari sudut dan sisi yang berbeza.
Jazakillah kheir untuk setiap teguran tunjuk ajar,kasih sayang, sokongan, senyuman  Mabrouk bi kheir kerana sama-sama berjaya selesaikan degree dengan penuh bergaya, ehe. 
aku mengharapkan yang baik-baik buat kalian.  semoga Allah redha dengan persahaban kita :') 


2 November 2016,  Kuala Lumpur, 11. 45 malam. 





























































Aku ingat cooling gel pad ini untuk demam je.

Image
Aku tak tahu la. Lately, banyak gila benda jadi. Tapi aku tak tahu nak share dekat mana. Kalau tweet dekat twitter, ada yg menyampah, kalau share dekat fb lagi orang meluat, so aku rasa dekat blog je yang orang boleh chill. Nak baca, baca . Tak nak baca, abaikan. Tak gitu?

masyarakat blog juga yang best! Haha

last week, aku baru balik Bukit tinggi. Kalau nak tahu mana tempat yang best dekat Bukit Tinggi, korang boleh usha dekat entry sini. Tapi hari ini aku bukan nak sambung cerita pasal bukit tinggi tapi aku nak cerita malang itu tidak berbau. sungguhpun!

aku sampai di KLIA 2, jam 10. 30 pagi, lebih kurang la eh. Dah la mengantuk ya amat, tapi dah perut lapar, pergi la makan kejap. Dah makan itu, kitaorang tunggu abang Is ambik.

masa abg Is dah sampai, aku apa lagi tolak lah beg roda itu. Bayangkan mood ke mana, dengan ngantuk macam dengan apa la kan, tolak punya tolak,

waktu kaki jejak (macam tangga) tp bukan tangga sebenarnya, aku pun tak tahu nak panggil apa. sekali bunyi PRAKKKK…

Review Novel : Wedding Debt, RatinatiF

Image
Sinopsis.

Laki laki tinggi bermata biru itu datang dan mengubah seluruh hidupku. Dia berutang lima miliar! Lima miliar, bayangkan apa saja yang bisa kubeli dengan uangan sebanyak itu? Laki-laki jahat itu memintaku menikah dengannya, dan utang ayah akan dianggap lunas.

Masa depanku terjual, tetapi benar-benar tak ada cara lain. Aku tak mau Ayah menanggung semuanya sendirian. Akhirnya, aku rela menikah dengan laki-laki dengan wajah di penuhi cambang itu. Aku rela demi mama dan ayah.

Namun, benarkah semuanya demi Ayah dan Mama? Llau, mengapa aku jadi begitu resah saat tahu laki-laki itu ternyata menyimpan rahasia? Tentang perempuan bernama Clara dan perempuan lain ia tunggu dari masa lalunya?

Aku hanya menikah kerana utang Ayah, aku tahu itu. Aku tak akan pernah jatuh cinta kepadanya.

Kita bisa saja terus mengingkarinya, terus mengingkari keberadaannya. Namun, diam-diam kita tahu, cinta tak akan pernah bisa terbayar lunas.

Review 

1. Cover berbunga-bunga!

Salah satu sebab kenapa aku pilih…

Review Novel : Shhhh... I Love you, Farisya Natasha

Image
"Awak sanggup terima apa saja risiko bila awak kahwin dengan saya nanti?" - NADIA "Bukan ke itu yang husband and wife should be doing?"- AIDAN 







Hai gais.

Hari ini aku nak review Shhh... I  Love you, yang ditulis oleh saudari Farisya Natasya. Di terbitkan oleh Penulisan Enterprise. Aku pernah nampak novel ini tersusun rapi di kebanyakkan bookstore tapi aku tak tergerak hati nak membeli sehinggalah aku terbaca sebuah review yang di muatnaikkan di Instagram milik Farisya Natasha sendiri.

sebelum ini,

mungkin di sebabkan oleh cover dia yang seolah-olah menunjukkan jalan cerita yang cliche. sebab itu aku tak beli. Aku bukan apa, aku cuma dah jemu nak baca pasal kawen paksa. (yang dalam cerita itu, cuma nak kisahkan akhirnya mereka kahwin dan bahagia) Aku dah terlalu tua untuk itu. aku perlukan novel bertemakan cinta tapi yang informatif.


Tapi itu lah orang dah kata. Don't judge a book bt its cover. Kan dah rugi beberapa bulan. heh.

Jadinya,selepas aku baca review di …

Short Vacay # 10 tempat menarik yang boleh di kunjungi di bukittinggi

Image
scenery @ Kopi Kiniko Batu Sangkar

Alhamdulillah.  Alhamdulillah. Alhamdulillah. 

Entry terakhir aku, adalah pada 20 September yang lepas. Rasanya tak dek lah lama sangat aku tak menulis kan. Selepas balik dari Jogja, hari itu, aku rehat sat. (ikutkan banyak lagi tentang Jogja aku nak tulis) tapi macam biasa la aku pending la sat. (Aku mengharapkan level kerajinan aku sentiasa ada! Doakan. Haha) Spend time dengan family macam biasa. Bergelumang dengan novel-novel yang aku dah beli tapi baru nak baca, 
baru-baru ini pula, aku ke Bukit Tinggi dan Padang. Tapi kebanyakkan masa di Bukit Tinggi la. (Ikut trip ibu dan kawan-kawan) Tiada dalam perancangan aku langsung. Tapi orang kata rezeki. Alhamdulillah dapat tengok Indonesia dari sisi yang berlainan pula. Perbandingan mungkin tak patut berlaku, apabila setiap tempat mempunyai keistimewaannya tersendiri tapi aku lebih suka untuk highlightkan apa yang 'famous' yang ada di negara yang aku pernah sampai. 

---
Selama 4 Hari 3 malam, …

Review hostel : Edu Hostel, Jogjakarta

Image
KENAPA EDU HOSTEL?

Malam ini, aku terfikir nak review hostel yang aku duduk dekat Jogja hari itu. Apa yang bestnya Edu Hostel ini?

Umumnya, Edu hostel ini hostel backpackers yang menawarkan bilik-bilik dengan harga yang murah. Memang murah, kalau trip  hari itu, aku stay 4 hari 3 malam, aku cuma perlu bayar RM74. Bagi aku itu dah cukup murah. 
1. JENIS BILIK
Ada pelbagai jenis bilik yang disediakan antaranya :
1. 6 Bed Private Dorm 2. 4 Bed Private  Dorm 3. Single Bed Shared Male Dorm 4. Single Bed Shared Female Dorm
dan family room.

---



Bilik kitaornag hari itu. Bilik ini tidak besar dan tidak terlalu kecil tapi sudah cukup selesa bagi aku, dan boleh memuatkan 6 orang, dengan jenis katil double decker. Tuala, selimut dan locker peribadi disediakan. Tak perlu risau. 
Tips : 1. Beli kunci mangga untuk locker.             2. Bawak tuala besar sikit, tuala dia bagi sebesar alas kaki >.<
Macam mana nak tahu katil dan locker kita yang mana satu? Senang, masa daftar masuk, receptionist akan…