Wednesday, October 7, 2015

Review Novel : Poskad|| Ednin





Hai.


Malam ini, aku nak review satu lagi novel yang cute je bagi aku. haha. Sapa dah baca Poskad? Best kan? Siapa tak baca lagi rugi. Hahaha. Aku dah baca lama dah, adalah beberapa bulan lepas, (lima bulan lepas kot)  tapi baru hari ni dapat semangat kubra untuk review. ihiks ihiks. walaupun novel ni diterbitkan bulan april 2015, tapi tak salah kalau aku promot lagi. haha. 

supaya peminat novel yang tak baca poskad , rasa menyesal sebab tak beli dan baca lagi. heh

korang kena baca poskad,
sebab baca banyak kali pon tak boring. kiranya boleh ulang baca, dari awal sampai akhir tanpa miss.

=P 


petanipintar



Apa yang tertulis di belakang novel Poskad itu memang aku akui la ke-santaian yang mampu memikat hati aku untuk terus steady membaca POSKAD. Haha. Memang santai habis. Sesuai untuk sejenis manusia  yang nak hilang stress. haha Baca Poskad ni, dia akan bawak kau kenal apa ertinya persahabatan,

Keji macam mana pun kau, prank member letak poskad  berlatarbelakangkan Eiffel tower  dalam beg Sun, kena gertak dengan awek Sun, sumpah  kau tak rasa nak putus kawan ke apa. sebab? sebab kau dah kenal kawan kau luar dalam. benda keji itu pun kau amik , relaks je. dan tak gelabah. sebab kau dah kenal member kau. macam aku cakap tadi, kenal luar dan dalam.  

Macam dalam POSKAD,  si Nab dengan Mardialetak poskad cinta dalam beg Sun, dan si Sarah aweks Sun , dapat tangkap, memang kena la si Ais, kena sembur bagai. padahal Ais tak bersalah pon. Tapi Ais, okay je. lepak. 

Tapi selepak-lepak Ais, jatuh jugak lah air mata dia bila Sun cakap :

" I dengan dia tak dek apa-apa. Tak akan ada apa-apa. FAHAM?"

Hah. Masa itu aku pon terasa ouch sekali. Macam kena reject oleh seseornag yang kau suka. Tak kan la kau nak happy pulak kan. Ada normal la weih. 

So, lepas beberapa tahun, diorang jumpa balik. so start la part-part antara Sun dan Maisa ni yang buatkan kau terkekeh-kekeh sorang-sorang. dan bila aku habis baca, aku cakap :

"Kenapa love story Sun dengan Maisa, walaupun tak dak kata-kata sweet tapi still nampak sweet ?"

-----

Tak boleh tulis banyak-banyak. nanti habis kemanisan diorang berdua. Ahaks ahaks. So pembaca tegar novel yang belum baca POSKAD, boleh dapatkan novel nih sekarang! ok? 

Confirm tak rugi! 


petanipintar



Terima kasih sudi baca! :)


1 comment:

  1. Ops, kak E baru baca review ni. Thank you again! <3 <3

    ReplyDelete

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...