Sunday, September 20, 2015

#Krabi |3H2M| Krabi Night Market.




4 Sept 2015


Sebelah malamnya pulak, lepas solat dan rileks sat ingatkan nak keluar cari transport ke Emerald Pool esoknya, petang tu, tapi cuaca tak mengizinkan. Hujan turun selebat-lebatnya so only after lepas maghrib kami keluar dari hotel untuk next adventure. Kami jalan-jalan dan tanya banyak jugaklah tour agency  yang menawarkan harga berpatutan. Tapi agak komplikated siket sebabnya, 

cerita dia kami nak balik next day, so kami tak boleh pilih untuk join half day tour Emerald Pool yang also included Hot Spring and Tiger cave or Elephant Tour sebab tour tu akan habis pukul 12 pm lebih dan kami terpaksa ada kat Hadyai by 4.30 pm at least. 

So, survey punya survey, kami pilih satu tour agency ni yang sanggup nak bawak kami berlima satu kereta. bertolak pada awal jam 7.30 pagi next day,and harga dia paling murah antara semua. Satu kereta untuk bawak 5 orang  dari Ao Nang ke Emerald Pool then balik hantar kami semula ke Stesen Bus Krabi Town dia bagi 1800 Bath, so bahagi lima seorang kena bayaq 360 bath. 

Lepas settle semua, kami pon nak gerak ke Krabi Night Market. Sebenaqnya ada banyak ja van yang boleh bawak dari Ao nang ke Krabi night market ni dengan harga 250 Bath seorang pergi balik and dapat masa 3 jam kat sana ( info dari sepasang mak cik pak cik orang Malaysia yang baik hati bagitau kat kami) 

Tapi sebab sis sis nak berbajet kental, so sis sis naik tuktuk pi sana. Tanya sorang abam ni, dia pon setuju la nak bawak ke sana dengan harga 180 Bath sorang pergi balik. Tuk-tuk dia ni jenis motor pastu ada cart kat tepi tuh, Naik lima orang seriau jugak lah larat ke dak nak pi kan? Hahaha. Ya. Sangkaan memang tak meleset sebab memang tuktuk tu tak larat nak angkut kami. Kahkah. Lepaih 100 meter, dia tanya kami 

" Can we ride car?"

Kahkah. sekali lagi.

Kesian dia, sanggup telefon makwe dia kerja nurse, nak pinjam kereta. Honda uolss. Wahaha! Perjalanan kami mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke Krabi Town. Pasaq malam Krabi memang gempak siot. Gempak sebab makanan-makanan dia VOOM! Best gila. Ais krim nyioq dia boleh buat kita menangeh tau dak saat satu suapan masuk ke dalam mulut. Satu ais krim nyioq berharga 30 Bath.




Seterusnya, makanan yang hangpa wajib rasa, Thai Pancake! Boleh pilih gais nak perisa apa, nak campur nutella ka, cekelat ka, banana saja ka. Memula  sis ingatkan tak berapa nak berkenan sebab sis tak suka benda manis tapi pergh  best gileww nak habaq pancake nih. Kalau tak best tak kan sis Tirah boleh repeat order. sanggup pusing night market semata nak order lagi tapau bawak balik. Kahkah.Tapi just nak remind la, time kat night market ni, kena usha gak lah gerai-gerai dia halal ka dak? sebab gerai depa ni bercampoq halal dengan non- halal.  Selalunya yang halal, dekat gerai dia ada bulan dan bintang dan dia tulis halal dan pekerja perempuan dia pakai tudung.Kebiasaannya la.




Tips : Untuk beli souvenirs, cari gerai souviners nama apatah tak ingat tapi kat night market ni lah untuk dapatkan harga souviner yang murah gileh. berbeza sangat harga dia dengan sekitar  Ao Nang. biasalah tuh. Contohnya tote bag " I love Krabi", dekat Ao nang jual satu = 90 bath tapi dekat night market 3 = 200 bath Benda-benda tipikal orang selalu duk beli, macam fridge magnet campoq keychain  boleh dibeli dengan harga 11 biji campuq-campuq = 100 Bath.  T-Shirt area 100 - 200 Bath depends lengan pendek ka lengan panjang. Tapi nak kata Krabi Night Market ni menang Best!




Hampir dua jam jugak lah kami kat pasaq malam ni, Kalau hangpa pi tak ramai, hangpa boleh ja sewa  motor untuk pi pasaq malam tuh sebab sewa motor kat Ao nang murah ja. Sampai Ao nang, kami decide untuk dinner lagi walaupun dah bedal memacam dekat pasaq malam tuh. Hahaha! Tapi kedai banyak full, so kami decide untuk tapau balik makan kat bilik. Lepas itu sis Tirah, Zek dan Edah pi buat  massage. Full massage milky + oil harga dia 250 bath. 


Tapi sis Farah dan sis Pikah decide untuk tunggu makanan sambil lepak depan Family mart bersama kopi murah di tangan. Deep talk sikit.Lol. Lepas itu, terus balik.Kemas-kemas barang.makan dan bersedia untuk hari besok yang boleh tahan dia punya gelabah. 

Tips : Kalau nak tukar duit, boleh pi money changer yang dekat Family mart sebab situ macam lagi better dari yang satu lagi, yang deret sama. (macam tak membantu ja bunyi dia. hahahahaha)




Tulisan Asal : Sis Farah
Ihsan Gambar : Sis farah, Pikah, Edah, Zek, Tirah
Peng- edit: Sis Tirah.





Next Entry featuring seorang Pikah. Kahkah.

Thank you sudi baca. Love you. XOXO

No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...