Saturday, September 19, 2015

#Krabi | 3H2M| Island Hopping






 Yang belum baca Entry pertama di Krabi, jemput baca. #Kabi |3H2M| JHotel.

So, kami meneruskan aktiviti yang wajib buat kalau pi Krabi....

4 Sept 2015

Hari kedua ni kami habiskan trip ala-ala island hopping la.Nama tour yang kami pilih ni Phi Phi Island Tour. Kami ambil tour ni dengan harga 1000 Bath. Berdasarkan survey yang kami buat menerusi Encik Google, harga ni termasuk dalam kategori okay la. Maybe sebab time kami pi nih adalah low season. Untuk dapatkan best price, korang boleh survey dulu harga yang tour agency bagi, sekitar Ao Nang. 

Tips : Jangan lupa tanya, adakah harga yang diberi sudah termasuk dengan fee national park sebab if belum include sekali nanti, hangpa kena bayaq lagi fee tersebut sebelum depart which is 200 bath seorang. 


7.20 pagi gaiss. kami tunggu awai. lambat makan asap la wei. 


Okay mari mulakan aktiviti hari kedua. Kami disuruh tunggu oleh akak tour agency tu seawal 7.20 pagi (waktu Thailand) Around  pukul 7.40 pagi macam itu, datang seorang abam boleh tahan kacak ambik kami dari hotel. Kami menaiki tuktuk. Lepas itu dia pick up lagi tourist dari hotel lain jugak. Adala dalam 4 ke 5 hotel juga sampailah penuh tuktuk tersebut. Then kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke pelabuhan dan diberi  gelang tangan untuk menentukan bot mana yang kami perlu naik satg. Ada juga briefing pasal jadual aktiviti hari itu. Kami naik speedboat and just untuk info, hangpa sebenaqnya boleh juga pilih untuk naik long tail dimana harga dia lebih murah dari speedboat cuma speed dia ja lah yang lambat sikit. Tapi menurut akak tour agency tu, dia habaq kata kalau pakej Phi Phi Island ni semua pakai speedboat pasai dia jauh. 

Tuktuk ka nih? Aku tak pasti sangat nama dia apa sebenaqya. hew

muka-muka bahagia x sabaq nak snorkelling.

Gelang-tangan-getah- kena-pakai- habis tour nanti-pulang balik-tau-kalau-dak-kena- charge- 100Bath.


muka-muka tetap selamba walaupun tak mandi lagi.  Wahahaha!



Kemudian, lepas settle semua, kami pon follow tour guide kami hari tu, nama dia Amy. Dalam boat itu, kami duk campuq dengan macam-macam orang. Orang melayu tengah honeymoon ada, Cina malaysia, Cina China, Korean, Omputih, Indian and also orang Thailand. Pulau pertama yang kami tuju ialah, Bamboo Island yang mana memakan masa hampir 30 minit untuk sampai. MasyaAllah. Cantik ya Amat pulau ciptaan Tuhan ni. Konfem kelu ja lidah hangpa. Nganga pon boleh jugak. 

                









Tips : Bila hangpa turun bot tu, jangan pi belah kanan boat tu, sebab  area situ agak berbatu so macam first hangpa berenang-renang ketepian  kat situ bagi bad impression la kat hangpa. Pasai banyak gila batu batu. Kat situ. Better hangpa pi belah kiri boat sebab situ air dia lebih cantik, lebih dalam dan lebih best. Dekat sini kami cuma diberi masa selama 30-40 minit. 



Storysiket : Lepas 40 minit, kami semua dah naik boat kecuali beberapa orang Cina dari China lambat. depa lambat dalam 15 minit lebih kurang camtulah. Lepas 15 minute, depa naik boat, Amy punya lecture mak aih, sampai semua dalam boat tu terkelu. Aku pulak macam, watdehek kan. aku datang bercuti kot takkan nak dengaq kuliah lagi kot. Tapi ada satu benda yang aku belajaq dari Amy, Salah tetap salah. Dan bila kita salah, kita kena minta maaf. Chinese tu minta maaf  pada Amy, Amy cakap " Jangan minta maaf pada saya, minta maaf pada mereka yang dah tunggu kamu" Lepas diorang minta maaf, masing-masing senyum dah angukkan kepala. Semua pun kembali bersembang macam tak dak apa. Aku agak depa yang lambat tu terlalu wow dengan kecantikan pulau dekat Krabi tu ja. haha khusnuz zhon gila aku. Moral of the story : Pastikan hangpa alert dengan masa dan tempoh masa yang diberikan sebab para tour guide sini memang sangat menepati masa. 


Selepas Bamboo Island, kami bergerak pula ke Viking Island. Sampai sini, kami tak dibenarkan untuk turun pon disebabkan strukturnya yang tak kukuh. Pulau ni terkenal sebagai tempat mengumpul sarang burung. Tapi pemandangannya sangatlah sejuk mata memandang. Selepas berhenti 10 minit  di Viking Island,  kami bergerak pi Phi Ley Bay. 


Viking Island. 



Phi Ley Bay adalah satu kawasan salah satu dari Bay yang ada di Phi Ley island. Phi Ley ialah gugusan Phi Phi Island yang mana lagi satu main island adalah Phi Phi Don. Di Phi Ley Bay, pemandangan sangatlah meletop. Kami tengok satu benda yang amazing which is air disekitar kawasan ini terdapat dalam 3 warna biru turquoise, hijau, dah hijau zamrud macam tu. Katanya warna air ni yang terdapat dalam pelbagai warna disebabkan suhu air yang berbeza. (Boleh google)






Selepas menyaksikan breathaking scenery kami gerak pi Maya Bay pulak. Maya Bay ni famous sebab movie The Beach difilemkan disini. Semangat tau tour guide kami si Amy tu cerita explain filem Leonardo Di Caprio berlakon kat situlah. Dekat sini pon boleh tahan lawa, boleh berenang kat kawasan yang dah disediakan, untuk tujun keselamatan. Di Maya Bay jugak, ada tandas. So If sapa yang dok tahan nak melepaskan hajat dari sebelum sampai maya Bay, bolehlah berbuat demikian disini. hahahaha. Kami diberi masa selama 50 minit. 


Maya Bay


Tadah muka cepattt.haha


sisterhoodnyeww mereka. Hahaha! sisterhood zek, sampai salah orang. =p


Okay Done Maya Bay. Sebelum gerak pi snorkelling point, kami singgah di MonkeyIsland. Adalah monyet 3 ke 4 ekor tapi sama je lah dengan monyet kat Malaysia dengan Thailand. Hahaha. Kemudian, kami pon pi lah snorkeling point. Serius, tak boleh nak recall nama dia apa, tapi boleh dikatakan an open sea yang lebih kurang 10 minit dari Maya Bay. Kami pon berkobar-kobar turun nak snorkeling and of course la pakai life jacket sebab skil berenang  yang tahap budak tadika (Zek sorang ja yang terbaik)  

Nak dijadikan cerita time kami pi tu, cuaca tak memberansangkan so laut dia punya bergelora mak aih. boleh tahan antara hidup dan mati. heh. Tapi kami tetap gigih ber-snorkeling  and punyalah ralit sampai tak sedaq group kami berlima ni lah yang paling jauh dari bot. Rasa macam nak menangeh la jugak berenang balik pi kat bot. dengan ombak dia yang tinggi boleh tahan. Rasa macam, ya tuhan mati ke hidup nih. Berenang-berenang tang tu jugok. hahaha. So juara snorkelling sudah pastilah sis Farah dan sis Tirah ( ye ye pemilik blog ni)  sebab kami dua naik bot paling last aka paling lambat berenang. Kahkahkah. 

Sis Farah " Aku duk berenang-berenang, tapi pasai pa duk tang tu jugak." 

Sis Tirah " Aku ingat hidup dengan mati ja dah tadi." Kahkah. 

Lepas snorkeling, naik atas bot diam je. Energy memang Kosong. Kami gerak pi Phi Phi Don. Phi Phi don ni, merupakan sebuah pulau yang terbesar and kat sini ada penempatan penduduk, hotel, restoran dan kedai-kedai souviners. Sampai di Phi Phi Don, kami terus dibawa ke restoran dan makanan semua sudah terhidang dan course lunch ni memang dijami halal. Lepas makan, kami pi toilet, pi jalan- jalan jap  around Phi Phi Don sebelum gerak pi ke tempat snorkelling yang kedua. 

Tingkat atas restoran 

Lunch : Ayam drummet goreng, sup sayoq, tom yam ayam jernih bak Maya Bay. haha


Maaf. Muka sis tirah tahan trauma lepaih snorkeling antara hidup dan mati. 



Sekali dengan memori ikan emas ni, seorang Farah tidak tak dapat mengingati nama tempat tapi tempat tersebut mengambil masa 15 minit dari Phi Phi Don, Bila kat sini sis Tirah dah surrender takmau snorkeling lagi dah. Dia nak stay atas bot ja, So tinggal kami berempat ja lah terjun lagi sekali. Alhamdulilah. Tempat snorkeling  kali ni lebih tenang dan meyakinkan. Hew Hew. Tapi belajar dari kesilapan yang lalu, kami hati-hati so that tak pergi jauh sangat dari bot. Lepas dari snorkelling point yang kedua, kami pon gerak balik and sampai bilik hotel jam 4.45 petang. 







-------- 
Oh ya, sepanjang satu hari island hoping, korang perlukan ni gais,

Beg Kalis air gaiss. Hangpa kena ada, itupun kalau hangpa nak barang seperti DSLR, IPhone, dan barang berharga hangpa selamat dari di mamah ayaq. Ok? Kat Aonang pon ada jual benda alah. 


Tulisan Asal : Sis Farah.
Ihsan Gambar : Sis Pikah, Farah, Edah, Zek, Tirah
Peng- Edit: Sis Tirah. 


Next entry featuring seorang pikah pulak. janji jangan dicapati sis. Haha



Thank you sudi baca. Love you. XOXO.


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...