Sunday, September 20, 2015

#Krabi |3H2M| Emerald Pool





5 Sept 2015

Hari ketiga aka hari last kami di Krabi. Hari kami bermula seawal  jam 7.30 pagi, receptionist pon tak mangkit tidoq lagi. Haha. Driver yang kami dah book pada hari sebelum tu semangat betoi sampai awai kemain. Neng nama beliau. So lepas dah load barang and checkout apa semua, kami pon gerak ke Emerald Pool. Perjalanan dari Ao Nang ke Emerald Pool tu ambik masa dalam 1 jam jugak lah. Neng estimate 1 jam setengah tapi aku check memang lagi cepat dari itu. Maybe sebab still awai dan tak banyak kereta, so jalan pun lapang, kami pon penuh berhimpit di belakang Vios dan sampai di Emerald Pool around 8.30 pagi. Sampai pon awai, memang tak dak orang sangat la cerita dia.



Untuk pengetahuan hangpa, Emerald Pool dan blue pool terletak dekat kawasan yang sama yang juga kawasan hutan simpan. Tandas ada disediakan di entrance so kalau nak tukaq baju ka apa bolehlah guna tandas tu and of course la kena bayaq 5 Bath. Bayaran masuk ke Emerald Pool ni 200 Bath untuk foreigners and just 20 Bath untuk warga Thai. Depa sedia dua jalan untuk ke Emerald Pool.

Tips : Guna je lah jalan pendek sebab tak dak beza sangat pon dari segi pemandangan ke apa. Ni berdasarkan experience yang pi guna jalan jauh,balik guna jalan dekat. Hangpa kena jalan lebih kurang 1 km.






berpeluh gak lah ketiak bila sampai ke Emerald Pool tu atau nama siamnya Sra Marakot. Antara advantage tak pi ikut tour is time kami sampai Emerald Pool tu still awai dan tak dak orang sangat sebab tour punya group tak sampai. so masih tenang la kalau hangpa nak menikmati keindahan dan ketenangan suasana kat sini. Masa kami smapai itu cuma ada stau family Thai bawak anak-anak depa spent weekend  kot. Sampai Emerald pool, kami decide untuk tak mandi lagi, sebab kami nak gerak lagi mencari blue pool.



Sekali lagi gais. Sampai Blue pool.Rasa nak nangis tengok ayaq dia. Jernih nak habaq gena tak tau. Indah sungguh ciptaan tuhan, sis bagi semua bintang yang wujud kat galaksi untuk tempat ni.  Then, orang kata kalau kalau kita tepok tangan,  ayaq tu macam berbuih atau terpercik sikit camnah ntah. Buat-buat, jadi cek oi.






Lepas spent time 20 minit kat Blue pool, kami patah balik ke Emerald pool.Pasai blue pool dilarang sama sekali untuk bermandi manda. Mungkin nak jaga kejadian semulajadi. Kot. Sampai Emerald Pool, splash punya splash. Okay tak spalsh mana pon sebab duk berendam ja. Sis Farah boleh terlupa bawak tudung so memaki diri sendri je lah time tuh.








Area 10.30 pagi macam itu, Kami pon gerak keluar dari Emerald Pool. Siap tukaq baju semua, beli jajan pasai lapaq tak breakfast lagi,and lawan buat aye contact dengan anjing comel jap jam pon dah pukul 11 pagi. Time kami nak balik ni, kami perasan tour group dah start sampai. Kami pon gerak balik and Neng hantaq kami ke stesen Bas Krabi Town. From Emerald Pool to Krabi Town ambik masa dalam 45 minit jugak





Tips : Sebelum beli tiket van / minibas, korang kena pastikan nombor seat.Seat 12,13,14,15 ni seat paling belakang dan seat paling neraka sekali, sebab duduk 90 Degree gais. Tara nak sampai Hadyai boleh patah pinggang weih! lol.


Tulisan Asal : Sis Farah 
Ihsan Gambar : Semua sis-lah.
Edit oleh Sis Tirah.

---

If hangpa tanya aku, Emerald Pool ni best tang mana? Aku cuma boleh jawab tang scenery dia yang wallah! Tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Sebab Terlalu cantik! Dengan bersihnya, ayaq dia jernih tak tau nak kata lagu mana. Memang tenang gila la kat sini. 





No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...