Monday, April 20, 2015

#BLOGGERTALK : Ciri-Ciri pasangan Idaman




 tajuk #bloggertalk minggu ni, memang daebak! hihihikss 


+Pinterest 


|Aku dah beberapa kali terlepas untuk mengikuti segmen #bloggertalk ni, sebab sibuk buat assigment. (alasan cliche la weii. hahaha :p) so untuk blogger yang dah baca segmen lepas punya entry, terima kasih daun keladi ,sudi sudilah menjengah lagi ;) |


walaupun umur aku 15 tahun, tapi aku rasa tak salah kalau aku nak berkongsi ciri-ciri pasangan idaman aku. wuu gatai  nah. dak ni bukan masalah gatai. ni masalah optimis terhadap masa hadapan. XD  jujur kata, untuk umur aku sekarang, aku takdek lah letak ciri-ciri lelaki idaman aku, nak yang macam mana? sebab aku ni unpredictable punya manusia.so sekejap aku rasa nak macam ni, sekejap aku rasa nak macam itu. *masalah*





sekarang kalau nak cerita pasal pasangan hidup,  aku prefer seseorang yang :


  1. Memahami- Saling memahami. Aku dan dia saling memahami dalam setiap perkara. Dalam hubungan, peranan, hobi, makanan kegemaran, do's and don'ts dan ect. memahami ni, penting. sebab kalau kau tak faham hobi aku yang minat baca novel cinta, kau kutuk2 aku baca novel picisan, tak lama je kau nak rasa, aku teranjang kau.itu je citer dia. hahaha. *tade ahh. aku baik kot =p * 
  2. Percayakan pasangan -  Untuk hubungan jarak jauh/dekat.kepercayaan sangat penting bagi aku. Nak-nak untuk orang yang banyak kawan lain jantina walaupun dah friendzone, tapi boleh je jadi kes curang, khianat,apekebenda so. kalau kau cepat percaya orang lain dari,pasangan, kau boleh blah. 
  3. boleh share apa sahaja - dari seremeh-remeh sehingga ke berat-berat cerita. *susah nak cari lelaki* ada masa, kau akan rasa, kau nak luahkan something, tak kesah lah, through email ke inbox ke. tapi yang penting kau boleh share anything ke evrything ke. dan dapat respon dari dia.
  4. ada keinginan untuk berubah jadi lebih baik-  manusia, takde yang sempurna.sebab tak sempurna,kita kena banyak fikir, take action untuk jd lebih baik.  tak kan dari kawan,sampai bertunang ,dah kawen nak statik kat takuk yang lama. kemon, just like seasons, people change kot.  
  5. cinta? - aku akan pilih orang yang cintakan aku dari pilih,orang yang aku cinta. i don't have any reasons about this. 
  6. kelakar - maybe la.sebab aku jenis yang serius dan skema maut. hahahahahahhaha hambar.

kalau nak cerita  pasal ciri-ciri pasangan idaman ni memang sedap lah nak senaraikan ye dak? Kau goreng semua benda yang kau nak, yang bestnya kau nak yang cool-cool je tapi lupa lak yang kau bukan la cool mana pon. tapi orang kata berangan tak salah =P 

Kalau tanya aku lagi sekali : ni jawapan paling win oke. aku prefer ni ahh. :) 

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a: Dari Nabi saw. beliau bersabda: "Wanita itu dinikahi karena empat perkara; kerana harta bendanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, maka kamu akan beruntung."
(Shahih Muslim No.2661)




# semester ni aku ambik subject perkahwinan, keluarga dan kekerabatan. so aku memang aim la kelas ni. aku suka gila dan aku tak pernah ngantuk lagi la dalam kelas. kahkah  subjek yang aku tau aku  tak guna untuk exam semata tapi untuk  aku guna untuk future jugak. meh sini aku share sikit.

basically, sebelum berkahwin, cinta is not everything pun. so  i dont mind kalau ada member aku duk couple macam org gila, and 24/7 tak renggang. haha. (semak seyh) well, aku setuju yang cinta itu bukan segalanya, dengan tgk fakta dan data-data yang aku belajar dalam kelas. tentang penceraian semakin meningkat, mostly pasangan  yang bercerai  itu, bercinta lama gila kot. ada yang 10 tahun, tapi tak kenal-kenal lagi. sebenarnya, most important thing is, macam mana kita nak sesuaikan diri lepas kahwin. nak maintainkan hubungan for 5 , 10 , 15 years kan,kalau boleh sampai syurga lah.

dulu bila, aku tengok member aku ada pakwe's aku rasa macam stress,sikit sebanyak ,aku rasa loser gak ahh. tapi bila aku masuk kelas formal- aku belajar-sedikit sebanyak, dan aku mampu buka mata aku luas-luas untuk lebih berpijak dibumi yang nyata.

yang aku perlukan seorang lelaki- untuk  melengkapi antara satu sama lain bukan untuk huhah hua tak tentu pasal.

Jap? Asal aku serius sangat neyyyyyh. HAHA sebab benda ni dah menjadi current issue dalam hidup aku. 

so aku kenalah fikir secara serius. 

padahal umur baru 23, tapi kalau ikut kata ustazah aku masa sek.men. dulu, kalau nak cari pasangan hidup dengan segala ciri-ciri menaka yang kite ada- kite kena doa sejak kita kecik lagi. dan istikharah. bukan esok nak kahwin, malam itu baru nak istikharah. hee. 

dan ustazah aku pesan lagi- kalau kite nak seseorang yang  baik,baik dan baik. kita kena berubah dulu
because we don't know, percaturan Allah kan? :) 

yang kat atas tu semua retorik je tau. haha. pendapat aku je. aku percaya setiap orang ada pendapat yang diorang pegang. so tak yah nak meng-haq-kan pendapat kite dan mem-batilkan pendapat orang lain. kehkeh. 

p/s : time tulis ni, aku layan oasis- wonderwall ?bapak feelnya woi. hahaha







4 comments:

  1. Aamiin.. Semoga pasangan yang di idamkan menjadi teman hingga ke syurga. Suka yang bab nak org yang baik kita kena baik. Hehe..
    .
    Tq join segmen bloggertalk ni yer dik..
    .
    www.papaglamz.com

    ReplyDelete
  2. Semoga pasangan yang adik idamkan akan tercapai..insya allah :) kite pun baru 2 entry join BT ni..best :)

    ReplyDelete
  3. Semoga lelaki idaman adik tercapai... inshaAllah Allah dah tentukan JoDohnya tu...

    ReplyDelete
  4. semoga Allah memakbulkan impian kita...yang penting skang kumpul ilmu dan luangkan masa bersama keluarga...

    ReplyDelete

Thank you!

Trip He's just not that into you