Monday, April 20, 2015

#BLOGGERTALK : Ciri-Ciri pasangan Idaman




 tajuk #bloggertalk minggu ni, memang daebak! hihihikss 


+Pinterest 


|Aku dah beberapa kali terlepas untuk mengikuti segmen #bloggertalk ni, sebab sibuk buat assigment. (alasan cliche la weii. hahaha :p) so untuk blogger yang dah baca segmen lepas punya entry, terima kasih daun keladi ,sudi sudilah menjengah lagi ;) |


walaupun umur aku 15 tahun, tapi aku rasa tak salah kalau aku nak berkongsi ciri-ciri pasangan idaman aku. wuu gatai  nah. dak ni bukan masalah gatai. ni masalah optimis terhadap masa hadapan. XD  jujur kata, untuk umur aku sekarang, aku takdek lah letak ciri-ciri lelaki idaman aku, nak yang macam mana? sebab aku ni unpredictable punya manusia.so sekejap aku rasa nak macam ni, sekejap aku rasa nak macam itu. *masalah*





sekarang kalau nak cerita pasal pasangan hidup,  aku prefer seseorang yang :


  1. Memahami- Saling memahami. Aku dan dia saling memahami dalam setiap perkara. Dalam hubungan, peranan, hobi, makanan kegemaran, do's and don'ts dan ect. memahami ni, penting. sebab kalau kau tak faham hobi aku yang minat baca novel cinta, kau kutuk2 aku baca novel picisan, tak lama je kau nak rasa, aku teranjang kau.itu je citer dia. hahaha. *tade ahh. aku baik kot =p * 
  2. Percayakan pasangan -  Untuk hubungan jarak jauh/dekat.kepercayaan sangat penting bagi aku. Nak-nak untuk orang yang banyak kawan lain jantina walaupun dah friendzone, tapi boleh je jadi kes curang, khianat,apekebenda so. kalau kau cepat percaya orang lain dari,pasangan, kau boleh blah. 
  3. boleh share apa sahaja - dari seremeh-remeh sehingga ke berat-berat cerita. *susah nak cari lelaki* ada masa, kau akan rasa, kau nak luahkan something, tak kesah lah, through email ke inbox ke. tapi yang penting kau boleh share anything ke evrything ke. dan dapat respon dari dia.
  4. ada keinginan untuk berubah jadi lebih baik-  manusia, takde yang sempurna.sebab tak sempurna,kita kena banyak fikir, take action untuk jd lebih baik.  tak kan dari kawan,sampai bertunang ,dah kawen nak statik kat takuk yang lama. kemon, just like seasons, people change kot.  
  5. cinta? - aku akan pilih orang yang cintakan aku dari pilih,orang yang aku cinta. i don't have any reasons about this. 
  6. kelakar - maybe la.sebab aku jenis yang serius dan skema maut. hahahahahahhaha hambar.

kalau nak cerita  pasal ciri-ciri pasangan idaman ni memang sedap lah nak senaraikan ye dak? Kau goreng semua benda yang kau nak, yang bestnya kau nak yang cool-cool je tapi lupa lak yang kau bukan la cool mana pon. tapi orang kata berangan tak salah =P 

Kalau tanya aku lagi sekali : ni jawapan paling win oke. aku prefer ni ahh. :) 

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a: Dari Nabi saw. beliau bersabda: "Wanita itu dinikahi karena empat perkara; kerana harta bendanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah wanita yang beragama, maka kamu akan beruntung."
(Shahih Muslim No.2661)




# semester ni aku ambik subject perkahwinan, keluarga dan kekerabatan. so aku memang aim la kelas ni. aku suka gila dan aku tak pernah ngantuk lagi la dalam kelas. kahkah  subjek yang aku tau aku  tak guna untuk exam semata tapi untuk  aku guna untuk future jugak. meh sini aku share sikit.

basically, sebelum berkahwin, cinta is not everything pun. so  i dont mind kalau ada member aku duk couple macam org gila, and 24/7 tak renggang. haha. (semak seyh) well, aku setuju yang cinta itu bukan segalanya, dengan tgk fakta dan data-data yang aku belajar dalam kelas. tentang penceraian semakin meningkat, mostly pasangan  yang bercerai  itu, bercinta lama gila kot. ada yang 10 tahun, tapi tak kenal-kenal lagi. sebenarnya, most important thing is, macam mana kita nak sesuaikan diri lepas kahwin. nak maintainkan hubungan for 5 , 10 , 15 years kan,kalau boleh sampai syurga lah.

dulu bila, aku tengok member aku ada pakwe's aku rasa macam stress,sikit sebanyak ,aku rasa loser gak ahh. tapi bila aku masuk kelas formal- aku belajar-sedikit sebanyak, dan aku mampu buka mata aku luas-luas untuk lebih berpijak dibumi yang nyata.

yang aku perlukan seorang lelaki- untuk  melengkapi antara satu sama lain bukan untuk huhah hua tak tentu pasal.

Jap? Asal aku serius sangat neyyyyyh. HAHA sebab benda ni dah menjadi current issue dalam hidup aku. 

so aku kenalah fikir secara serius. 

padahal umur baru 23, tapi kalau ikut kata ustazah aku masa sek.men. dulu, kalau nak cari pasangan hidup dengan segala ciri-ciri menaka yang kite ada- kite kena doa sejak kita kecik lagi. dan istikharah. bukan esok nak kahwin, malam itu baru nak istikharah. hee. 

dan ustazah aku pesan lagi- kalau kite nak seseorang yang  baik,baik dan baik. kita kena berubah dulu
because we don't know, percaturan Allah kan? :) 

yang kat atas tu semua retorik je tau. haha. pendapat aku je. aku percaya setiap orang ada pendapat yang diorang pegang. so tak yah nak meng-haq-kan pendapat kite dan mem-batilkan pendapat orang lain. kehkeh. 

p/s : time tulis ni, aku layan oasis- wonderwall ?bapak feelnya woi. hahaha







Port Dickson : Short escape



menjadi seorang anak sulung dalam family, kadang-kadang sukar (sebab ada je benda yang dipertanggungjawabkan. tapi jadi anak sulung juga ada advantage-nye tersendiri. aha iaitu apabila dalam sesetengah perkara, kadang-kadang apa yang kita minta, akan di beri green light (tanpa perlu solat hajat .hahahaha :p )  sebenarnya entry ni tade kaitan,kau anak sulung ke anak tengah ke, anak mak ke,takde takde kene mengena ponggg. hahaha 

 ayah,,,,  kita dah lama tak lepak tepi pantai kan? hmm, along rasa pd macam best je.

dannnnnn...



 taraaa! kat sini la kite satu keluarga. ( nampak kan? berkesannya ayat-ayat aku?) bahahaha. 


The Regency Tanjung Tuan Beach Resort! jadi pilihan aku dan ayah masa review hehotel  yang ada dekat pd.review la dekat agoda.com  jyeahhh. disebabkan ayah cakap,dia nak tenangkan fikiran dari kesibukan , dan nak satu family selesa, so ayah decide utk pilih apartment 3 bilik. kalau ada sesiapa yang nak datang satu family, kengkawan baik ke, apartment ni recomended! (sebab selesa gila! and awesome  bila dapat tgk view  pantai dari apartment.. memang tak berkelip mata ahh cerita dia.haha) satu ruang tamu, 3 bilik yang besar dan juga dapur, untuk kita main masakmasak after dah berkubang dekat pantai dan swimming pool! plus pantai dekat- tennis court dekat,swimming pool ,kafe semua dekat lahh.. so yeahhhh..







  




waktu kitaorang sampai pd, memang dah ngam-ngam untuk berkubang sakan! HAHA. paling eksaited aku dan iddin. sebab aku dah lama tak lepak pantai. last time aku pergi masa darjah 6, kau bayangkan???  lama tak lama aku puasa pergi pantai. 

 

memula kitaorang lepak main pasir, amik mood orang kata. lepas itu, kitaorang try banana boat. honestly ini kali kedua aku naik banana boat-,iddin merupakan manusia paling kecoh dan super eksaited, sebab dia dah boleh merasai apa itu erti keronokkan. bahahaha.  

aku : how do you feel? ( apa iddin rasa bila kita cuti-cuti macam ni?) 

iddin : ketakutan.keseronokkan.kebest-an

dia takut naik banana boat for the first time, wuhuuuu. haha. seronok,sebab dia boleh jadi dugong sampai senja. kesian adik aku neh :3 afterall, memang kitaorang rasa happy gila babeng. syukur2 ada peluang lagi lepak2 dengan family dekat tepi pantai. 




 



lepas pekena banana boat-kita pekena jetski. awesome experience! 
"dik, kau boleh speed sampai 50.. tapi kalau kau korner terus, kau terbalik! ahaha - abang pantai. 

"bro,kenapa ada jetski yang keluar air dekat belakang? yang kitorag tak de keluar air pon.."- aku
"oh jetski ni ikut model. ni model lama."- abangpantai.

"enjin dia camne?"- aku
"mostly kalau jetski atau boat ,memerlukan air pada enjin.dia lain dengan kenderaan dekat darat, tak leh kena air,kalau tak jahanam- abang pantai. 


secenry -senja- 

sampai maghrib, dia berkubang! eksaited kan? 

sementara tunggu iddin dengan berkubang dalam air, kitaorang pekena pisang goreng + teh tarik! lepas dah mandi manda, kalau tak lapar - memang abnormal kayh!


lepas makan malam, kitaorang lepak main foosball. boy band vs girls generation. of course ahh girls generation menang! izzat tak puas hati sebab kalah, kalah sebab iddin layan lagu awan nano. khusyuk sangat layan awan nano,sampai lupa nak tahan bole. sorry izzat! haha. haha. haha.
 



ahad pagi, lepas breakfast nasi lomak,sambal kupang super mabeles, kitaorang lepak swimming pool sat sebelum naik boat. pusing pusing la area teluk kemangggg yang crowded gila bila time sabtu ahad kan. alhamdulilah, time tu perasaan aku macam-macam. happy seronok- rasa syukur sebab dapat spend time dengan family, sebab bila anak-anak dah besar masuk uni, cuti tak sama- agak susah nak cuti camni.aku rasa cuti kali ni, memang aku sakan ann... no phone!!!, kecuali bila dah malam- iyo la.nak hapdet kat intagrammm :PPPP tak gitu? syukur dapat pengalaman naik banana boat- jetski-keliling pulau. Alhamdulillah. Thanks Allah. 







Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...