Friday, March 6, 2015

#BLOGGERTALK : Faktor- Faktor Bergiat Dalam Blog




Assalamulaikum! ^^




Sebelum aku terus menulis entry berkaitan tajuk di atas, aku kira elok la kalau aku berbudi bahasa sikit, untuk berterima kasih pada saudara amal espraza dan geng sahabat blogger lain yang  telah melahirkan idea untuk bantu kaum blogger yang 'tak aktif' macam aku. haha. walaupun dalam kepala macam berlambak saja benda yang nak share, tapi bila nak tulis, satu persatu  idea bagaikan berterbangan begitu saja. dan ini merupakan kali pertama aku 'join' segmen dari sahabat blogger.

Okeh.


stpm 2010/2011


aku mula menulis di laman blog pada tahun 2011, dan waktu itu hanya ada satu saja sebab, kenapa aku mula bergiat dalam menggunakan blog, tidak lain tidak bukan, disebabkan aku stress gila dengan hidup aku lepas kena ambik stpm,( kalau dia tak mengalami, dia tak kan merasai, so dia boleh cakap, stpm je pon?) gituhh. so untuk kurangkan stress aku waktu tu, aku tulis la apa je aku rasa aku nak tulis,janji aku lega. kira tak de matlamat sangat lah masa itu. haha. amaran keras : jangan baca entry aku yang lelama, sumpah korang menyampah.

maria elena  the greek helen,

pencetus inspirasi aku untuk lebih banyak menulis dalam blog.bila baca blog sis maria, yang berkisarkan pelbagai theme- fesyen/reminder/ pengalaman travel/ &ect. banyak benda yang aku boleh dapat apatah lagi setiap tulisan sis maria  yang kelakar , ada je benda positif yang aku langsung tak boring. dari dia tak kahwin sampai dia kahwin, aku masih terus baca entry entry dia yang tak seirussangat  tapi tetap ada mesej.ok.

***
credit : pinterest

ada ketika, aku stop lama dari menulis. sebab otak aku macam blur.bukan macam tapi memang blur aku patut tulis apa. so bila lama-lama, aku mula fikir  yang aku patut tulis benda yang aku suka, aku tahu or something yang aku dah hadapi dan paling penting aku ber-blog untuk berkongsi. Aku pernah terfikir untuk menjana pendapatan melalui blog tapi sampai sekarang tak kesampaian (sbb aku tak tahu macam mana.bahaha) 

dalam blog aku cuma ada tiga label yang utama : | review novel | petanipintartravel | catatan harian | Ada beberapa faktor kenapa aku fokus pada ketiga-tiga ni. 

review novel : sebab hobi dan minat aku yang suka membaca novel, dan aku tak malu nak mengaku aku suka baca novel cinta. *even ada je orang pernah cakap pada aku, kau baca novel cinta, macam sampah sial* well aku tetap tenang dan  teruskan membaca novel cinta. heh. 

aku suka tulis semula pandangan aku tentang novel yang aku baca- dr segi plot/watak/latarempat dan sbginya. review novel  menyebabkan aku dapat tambah kenalan yang sama minat dengan aku. antaranya yang aku selalu bertukar pendapat tentang novel ialah ojokelalen . heww. yang best lagi, kalau buat review novel ni, aku dapatlah kesempatan untuk mengenali penulis favourite. contoh macam : damya hanna, aleya aneesa, hezzy azra dan ika  madera! 

petanipintartravel :  aku menulis entry ala-ala travelog *walaupun takde la travelogue mana pon. bila aku melawat atau melancong ke luar negara atau dalam negara. niat aku hanya satu, untuk berkongsi .sekali lagi aku berniat baik untuk berkongsi.ehe.=p bukan semua orang berkesempatan dan punya peluang untuk travel. so dengan cara ni,  aku cubalah menulis apa saja yang aku alami ketika berada ni negara tersebut, esp : tempatmenarik/makanan/lifestyle/ pantang larang/ bajet/ dan anything yang ada dlm otak aku. so, boleh la sikit sebanyak jd panduan untuk orang lain. 

dan benda yang buatkan aku rasa aku  nak juga teruskan tulis pengalaman aku ialah, mostly kawan-kawan aku yang baca blog aku, akan tanya untuk maklumat tambahan through facebook atau jumpa depan-depan gituh. 

walaupun ada hamba allah cakap pada aku, " kau tak payah la nak update sangat kalau gi mana-mana, kau riakk dowh" well, aku hanya mampu ,bertenang dan teruskan menulis. 

catatan harian : okeh untuk catatan harian, ia merupakan  tulisan  aku ketika aku terlalu kecewa atau terlalu happy. kiranya macam kau meluahkan perasaan kau yang kau tak mampu nak luahkan pada sesiapa.(janganlah cakap dekat aku, aku boleh luah  dekat tuhan) waktu kecewa,kadang-kadang melalui blog, tiba-tiba je kau boleh jadi pencipta puisi.gituh. kerana terlalu gembira ,kau boleh jadi penulis novel dengan tiba-tiba.haha secara tidak langsung, blog mampu mengcungkil bakat menulis yang terpendam lagi terendam =p


blogwalking : ini adalah faktor paling konkrit kot tapi saja letak last sekali,  sebab aku jenis suka baca apa sahaja yang ditulis oleh blogger lain (selagi bukan porno or yang tak sepatutnya lah). contoh : fesyen/masakan/love story/ photography/ atau apa saja yang keluar bila aku taip dekat google, aku layan je la. haha.


***  faktor-faktor bergiat dalam blog tu, yang aku highlightkan perkataan itu. hahahaha. yang pangjang itu huraian. kalau aku nak tulis perkataan itu je, baik aku up status dekat facebook je, tapi kalau baca macam dah lari tajuk ann? tadi ada jugaklah aku terfikir, macam dah lari tajuk je entry nih, nak share ke tak eh? tapi aku share jugaklah, nama pun tulisan blog ,kadang-kadang ia subjektif. haaa. macam itu cara nak cover.tau. 


 jumpa lagi! 



5 comments:

  1. Aha! Kena tunggu happy/ sedih gilaaa la nampaknya. baru dtg idea
    haha Thanks bro sakirin!

    ReplyDelete
  2. Betul, kadang-kadang tulis blog ni boleh release tension. Kita bercerita kat blog macam cerita kat orang. Hehehehe

    Salam Kenal :)

    ReplyDelete
  3. #wink!!!
    review novel cinta??? siyes ni???
    inilah yang kita cari cari ni...suka neh!!! klu masih aktif mengreview hope sudi review and komen my first baby JanganBerhentiMencintaiAku terbitan kaki novel...nti bagi komen ek...please...please...
    #trybuatmukacomey

    ReplyDelete
  4. Geng dgn akak minat novel hihihi... selamat kenalan ya...

    ReplyDelete

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...