Tuesday, March 3, 2015

99 cahaya di langit Eropah,


walaupun dah terlalu lambat untuk aku ceritakan tentang film yang ditayangkan pada 2013, tapi aku nak juga tulis..

Aku bukan jenis yang suka baca benda-benda yang sejarah sangat sebab aku ni jenis cepat boring tapi waktu flight ke jakarta hari itu, aku ter-sempatlah layan movie 99 cahaya di langit Eropah, adaptasi dari tulisan Hanum Salsabiela & Rangga Al-Mahendra , yang bagi aku plot cerita dan latar belakangnya memang cool abis.Ye lah, kira cool apa sebab first time aku tengok  movie ala-ala sejarah tapi aku tak tido, kira satu pencapaian yang membanggakan apa? 

haha. so bila nak balik kl hari itu pun, aku repeat tgk cerita yang sama, padahal berlambak je movie lain. 

Dan aku berazam, untuk jadikan koleksi novel aku, tapi aku hold dulu sebab bajet untuk beli novel ni dah habis.


Dan, alhamdulillah, hari ni aku bernasib baik, sebab member aku dua orang telah menghadiahkan aku novel yang sama! Gembiranya bukan kepalang! (iya aku memang suka orang bagi hadiah novel, kira aku sayang lebih la.) haha Sorang itu ,aku yang paksa dia bagi aku novel ni =p sorang lagi memang dia cuba supriseskan aku. tapi  tetibe dia yang ter'suprise' dengan hadiah yang sama. hahahahha. 

itu namanya takdri!

Jadi, untuk belaku adil, aku akan baca memngikut movie part  1 & 2 Keren banget deh idea gue =P
Heh, apa pun, terima kasih jutajuta lemon sebab hadiah yang best ni lela dan kak put. walaupun birthday dah lepas sebulan yang lalu. wuuuu. masih lagi nak bagi hadiah segala. sangat hargai effort dan hadiah dan kad ucapan korang. #muahciked =p





entry kali ini, bukanlah aku nak review novel ni, sebab aku tak baca pun lagi, tapi aku share tentang apa yang membuatkan aku rasa tertarik selepas menonton movie ni.,

aku dapat merasakan adaptasi movie dan novel tidak banyak beza ,MUNGKIN. sebab tengok movie pun dah memang gempak. kalau baca novel dia, bolehlah aku pinjam kata-kata dari Amien Rais ,bapa kepada penulis : 

" Buku ini berjaya memaparkan secara menarik betapa pertautan Islam di Eropah sudah berlaku sangat lama dan menyentuh pelbagai bidang peradaban. Cara penyampaiannya sangat jelas, ringan , berentak dan lancar. " 

itulah yang aku rasa bila first time menonton movie ini. aku suka watak dalam novel dimainkan oleh Acha septriasa(Hanum) dan  Abimana Aryasatya (Rangga) dan pelakon lain yang memegang watak khan, stephen,ayse,fatma, marion dan banyak lagi. bagi aku watak yang dipegang oleh pelakon -pelakon tersebut 'menjadi' dan menyebabkan movie tu lagi daebak. 

analogy yang diguna pakai oleh khan dan rangga tentang praktik kan cara hidup islam juga lebih mudah untuk aku (muslim) terima mesej yang ingin disampaikan. bertepatanlah dengan religious film. dan penceritaan tentang suasana  di eropah tentang kesukaran melalui kehidupan sebagai muslim juga dapat disampaikan dnegan baik. 

lagi menarik, melalui cerita ini, aku dapat melihat keunikan dan keindahan sejarah islam, walaupun bukan pada keseluruhannya tapi sedikit sebanyak buat aku terfikir dan kagum sendiri. dan dapat melihat pemandangan yang terlalu cantik seperti di vienna, paris, istanbul,cordova dan sebagainya. itu baru dalam movie,kalau secara empat matanya gimana ya? 

aku simpan cita-cita untuk ke sana suatu hari nanti! semoga dipermudahkan. 


p/s: novel ni korang boleh cari dekat MPH (setakat yang aku jumpa la.) Okay. jumpa lagi!



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...