Friday, March 6, 2015

#BLOGGERTALK : Faktor- Faktor Bergiat Dalam Blog




Assalamulaikum! ^^




Sebelum aku terus menulis entry berkaitan tajuk di atas, aku kira elok la kalau aku berbudi bahasa sikit, untuk berterima kasih pada saudara amal espraza dan geng sahabat blogger lain yang  telah melahirkan idea untuk bantu kaum blogger yang 'tak aktif' macam aku. haha. walaupun dalam kepala macam berlambak saja benda yang nak share, tapi bila nak tulis, satu persatu  idea bagaikan berterbangan begitu saja. dan ini merupakan kali pertama aku 'join' segmen dari sahabat blogger.

Okeh.


stpm 2010/2011


aku mula menulis di laman blog pada tahun 2011, dan waktu itu hanya ada satu saja sebab, kenapa aku mula bergiat dalam menggunakan blog, tidak lain tidak bukan, disebabkan aku stress gila dengan hidup aku lepas kena ambik stpm,( kalau dia tak mengalami, dia tak kan merasai, so dia boleh cakap, stpm je pon?) gituhh. so untuk kurangkan stress aku waktu tu, aku tulis la apa je aku rasa aku nak tulis,janji aku lega. kira tak de matlamat sangat lah masa itu. haha. amaran keras : jangan baca entry aku yang lelama, sumpah korang menyampah.

maria elena  the greek helen,

pencetus inspirasi aku untuk lebih banyak menulis dalam blog.bila baca blog sis maria, yang berkisarkan pelbagai theme- fesyen/reminder/ pengalaman travel/ &ect. banyak benda yang aku boleh dapat apatah lagi setiap tulisan sis maria  yang kelakar , ada je benda positif yang aku langsung tak boring. dari dia tak kahwin sampai dia kahwin, aku masih terus baca entry entry dia yang tak seirussangat  tapi tetap ada mesej.ok.

***
credit : pinterest

ada ketika, aku stop lama dari menulis. sebab otak aku macam blur.bukan macam tapi memang blur aku patut tulis apa. so bila lama-lama, aku mula fikir  yang aku patut tulis benda yang aku suka, aku tahu or something yang aku dah hadapi dan paling penting aku ber-blog untuk berkongsi. Aku pernah terfikir untuk menjana pendapatan melalui blog tapi sampai sekarang tak kesampaian (sbb aku tak tahu macam mana.bahaha) 

dalam blog aku cuma ada tiga label yang utama : | review novel | petanipintartravel | catatan harian | Ada beberapa faktor kenapa aku fokus pada ketiga-tiga ni. 

review novel : sebab hobi dan minat aku yang suka membaca novel, dan aku tak malu nak mengaku aku suka baca novel cinta. *even ada je orang pernah cakap pada aku, kau baca novel cinta, macam sampah sial* well aku tetap tenang dan  teruskan membaca novel cinta. heh. 

aku suka tulis semula pandangan aku tentang novel yang aku baca- dr segi plot/watak/latarempat dan sbginya. review novel  menyebabkan aku dapat tambah kenalan yang sama minat dengan aku. antaranya yang aku selalu bertukar pendapat tentang novel ialah ojokelalen . heww. yang best lagi, kalau buat review novel ni, aku dapatlah kesempatan untuk mengenali penulis favourite. contoh macam : damya hanna, aleya aneesa, hezzy azra dan ika  madera! 

petanipintartravel :  aku menulis entry ala-ala travelog *walaupun takde la travelogue mana pon. bila aku melawat atau melancong ke luar negara atau dalam negara. niat aku hanya satu, untuk berkongsi .sekali lagi aku berniat baik untuk berkongsi.ehe.=p bukan semua orang berkesempatan dan punya peluang untuk travel. so dengan cara ni,  aku cubalah menulis apa saja yang aku alami ketika berada ni negara tersebut, esp : tempatmenarik/makanan/lifestyle/ pantang larang/ bajet/ dan anything yang ada dlm otak aku. so, boleh la sikit sebanyak jd panduan untuk orang lain. 

dan benda yang buatkan aku rasa aku  nak juga teruskan tulis pengalaman aku ialah, mostly kawan-kawan aku yang baca blog aku, akan tanya untuk maklumat tambahan through facebook atau jumpa depan-depan gituh. 

walaupun ada hamba allah cakap pada aku, " kau tak payah la nak update sangat kalau gi mana-mana, kau riakk dowh" well, aku hanya mampu ,bertenang dan teruskan menulis. 

catatan harian : okeh untuk catatan harian, ia merupakan  tulisan  aku ketika aku terlalu kecewa atau terlalu happy. kiranya macam kau meluahkan perasaan kau yang kau tak mampu nak luahkan pada sesiapa.(janganlah cakap dekat aku, aku boleh luah  dekat tuhan) waktu kecewa,kadang-kadang melalui blog, tiba-tiba je kau boleh jadi pencipta puisi.gituh. kerana terlalu gembira ,kau boleh jadi penulis novel dengan tiba-tiba.haha secara tidak langsung, blog mampu mengcungkil bakat menulis yang terpendam lagi terendam =p


blogwalking : ini adalah faktor paling konkrit kot tapi saja letak last sekali,  sebab aku jenis suka baca apa sahaja yang ditulis oleh blogger lain (selagi bukan porno or yang tak sepatutnya lah). contoh : fesyen/masakan/love story/ photography/ atau apa saja yang keluar bila aku taip dekat google, aku layan je la. haha.


***  faktor-faktor bergiat dalam blog tu, yang aku highlightkan perkataan itu. hahahaha. yang pangjang itu huraian. kalau aku nak tulis perkataan itu je, baik aku up status dekat facebook je, tapi kalau baca macam dah lari tajuk ann? tadi ada jugaklah aku terfikir, macam dah lari tajuk je entry nih, nak share ke tak eh? tapi aku share jugaklah, nama pun tulisan blog ,kadang-kadang ia subjektif. haaa. macam itu cara nak cover.tau. 


 jumpa lagi! 



Tuesday, March 3, 2015

99 cahaya di langit Eropah,


walaupun dah terlalu lambat untuk aku ceritakan tentang film yang ditayangkan pada 2013, tapi aku nak juga tulis..

Aku bukan jenis yang suka baca benda-benda yang sejarah sangat sebab aku ni jenis cepat boring tapi waktu flight ke jakarta hari itu, aku ter-sempatlah layan movie 99 cahaya di langit Eropah, adaptasi dari tulisan Hanum Salsabiela & Rangga Al-Mahendra , yang bagi aku plot cerita dan latar belakangnya memang cool abis.Ye lah, kira cool apa sebab first time aku tengok  movie ala-ala sejarah tapi aku tak tido, kira satu pencapaian yang membanggakan apa? 

haha. so bila nak balik kl hari itu pun, aku repeat tgk cerita yang sama, padahal berlambak je movie lain. 

Dan aku berazam, untuk jadikan koleksi novel aku, tapi aku hold dulu sebab bajet untuk beli novel ni dah habis.


Dan, alhamdulillah, hari ni aku bernasib baik, sebab member aku dua orang telah menghadiahkan aku novel yang sama! Gembiranya bukan kepalang! (iya aku memang suka orang bagi hadiah novel, kira aku sayang lebih la.) haha Sorang itu ,aku yang paksa dia bagi aku novel ni =p sorang lagi memang dia cuba supriseskan aku. tapi  tetibe dia yang ter'suprise' dengan hadiah yang sama. hahahahha. 

itu namanya takdri!

Jadi, untuk belaku adil, aku akan baca memngikut movie part  1 & 2 Keren banget deh idea gue =P
Heh, apa pun, terima kasih jutajuta lemon sebab hadiah yang best ni lela dan kak put. walaupun birthday dah lepas sebulan yang lalu. wuuuu. masih lagi nak bagi hadiah segala. sangat hargai effort dan hadiah dan kad ucapan korang. #muahciked =p





entry kali ini, bukanlah aku nak review novel ni, sebab aku tak baca pun lagi, tapi aku share tentang apa yang membuatkan aku rasa tertarik selepas menonton movie ni.,

aku dapat merasakan adaptasi movie dan novel tidak banyak beza ,MUNGKIN. sebab tengok movie pun dah memang gempak. kalau baca novel dia, bolehlah aku pinjam kata-kata dari Amien Rais ,bapa kepada penulis : 

" Buku ini berjaya memaparkan secara menarik betapa pertautan Islam di Eropah sudah berlaku sangat lama dan menyentuh pelbagai bidang peradaban. Cara penyampaiannya sangat jelas, ringan , berentak dan lancar. " 

itulah yang aku rasa bila first time menonton movie ini. aku suka watak dalam novel dimainkan oleh Acha septriasa(Hanum) dan  Abimana Aryasatya (Rangga) dan pelakon lain yang memegang watak khan, stephen,ayse,fatma, marion dan banyak lagi. bagi aku watak yang dipegang oleh pelakon -pelakon tersebut 'menjadi' dan menyebabkan movie tu lagi daebak. 

analogy yang diguna pakai oleh khan dan rangga tentang praktik kan cara hidup islam juga lebih mudah untuk aku (muslim) terima mesej yang ingin disampaikan. bertepatanlah dengan religious film. dan penceritaan tentang suasana  di eropah tentang kesukaran melalui kehidupan sebagai muslim juga dapat disampaikan dnegan baik. 

lagi menarik, melalui cerita ini, aku dapat melihat keunikan dan keindahan sejarah islam, walaupun bukan pada keseluruhannya tapi sedikit sebanyak buat aku terfikir dan kagum sendiri. dan dapat melihat pemandangan yang terlalu cantik seperti di vienna, paris, istanbul,cordova dan sebagainya. itu baru dalam movie,kalau secara empat matanya gimana ya? 

aku simpan cita-cita untuk ke sana suatu hari nanti! semoga dipermudahkan. 


p/s: novel ni korang boleh cari dekat MPH (setakat yang aku jumpa la.) Okay. jumpa lagi!



Jakarta : 2nd visit after 10 years?





Assalamualaikum! 

18 hb feb hari itu, aku sempat ke jakarta dengan family dan family (kawan ayah) dan semua benda itu adalah last minute punya plan, setelah mendapati tiket ke jakarta agak murah, jadi kami semua pun ke sana dengan rasa gembira.ehe. gamble je lah. haha. (something yang aku suka. free and easy)  tak suka kalau kena ikut tourist guide bagai, pestu  kena pi tempat yang memberi keuntungan kepada mereka. ahaksss!

sampai airport soekarno hatta pun dah malam, so tak de apa pun yg boleh buat melainkan aktiviti tdo. ahahaha!

petanipintar

Di jakarta, kitaorang menginap di ibis mangga dua,jakarta. hotel yang dekat gila dengan pasar pagi- mangga dua (of course tempat shopping) tahniah la sbb ibu berjaya memberi cadangan bernas kpd ayah untuk stay hotel situ. ( cdgn dan agenda tertentu!) =p  ibis ni juga best ,  sbb bila malam ada pasar  malam dekat tepi-tepi jalan, so nak jamu mata, tengok org tempatan boleh la, tengok life diorang macam mana, lagipun, dekat nak cari barang/makanan/ dan area situ juga ada old java cafe- so kalau korang nak lepak ala-ala hipster cafe boleh la kot. kahkah

cuti kali ni, aku rasa orang paling happy ialah ibu. sebab lima hari empat malam dekat jakarta, 2 hari penuh- ibu shopping sakan! dari pagi sampai petang... dan malangnya aku bukanlah kaki shopping ,sbb aku jenis cepat pancit. so aku tukang angkat barang dan penasihat imej sajalah.

tempat shopping yang pertama :


disebabkan aku tak bawak dlsr, so i kenot take picture. phone iols phone cap ayam so kenot ahh.. ni gambar ehsan dari angah. dan malangnya time kitaorang pergi pasar pagi itu, mereka lagi imlek CNY. seme pakat cuti. so datang nganga je lah. memang free and easy sungguh! haha.

sebelum ke tempat shopping seterusnya, kitaorang pegi makan dekat garuda. kalau bab makan, aku suka laaaa. sbb jenis kaki makan. lagi kalau nasi dengan jenis lauk-lauk ni. diorang panggil nasi padang. aku rasa rata-rata orang dah tau cara nak makan nasi padang, tak payah pergi jakarta , dekat gombak area nak ke sungai pusu tu berlambak restoran nasi padang.

nasi padang : diorang akan letak banyak gila lauk pauk depan korang sampai korang tak tau nak makan yang mana satu. tapi korang kena  pilih yang korang nak makan je lah, dan korang akan bayar mengikut apa yang korang bayar. itu saja. selamat menjamu selera~


 cakap pasal makanan, indonesia banyak je tempat makan yang best best, cuma kena konfem kan yang makanan itu halal, kebiasaanya nasi padang memang halal. dan restauran yang menjual nasi padang yang bagi aku okey, nat rabu, #garuda. yang lain tak pasti. sebab sri bundo bagi aku rasa dia kureng siket. tapi as long as aku dapat makan nasi dan ayam pop, i'm okayyyy bebeh. =p

depan restauran garuda! jadi jugak. haha

selepas menjamu selera,

credit : google


 dengan bantuan kwn kpd kwn ayah, pak wili dan mbak if, diorang bwk kami ke thamrin city. okay. thamrin city, bagi aku memang best untuk shopping! dari segi harga best- material dia memang terbaik dari segi kualiti! kalau korang datang jakarta, shopping dekat thamrin city pon dah keren banget. selamat pun selamat.tanah abang orang dah jarang pergi sebab faktor keselamatan. thamrin city,barang banyak untuk perempuan mostly baju-baju yg dah siap / jubah/ kebaya/ kain palembang/ pokoknya semua buat  untuk mbak/ ibuk ibuk dan bunda  aja ya...

selepas seharian shopping ,  kitaorang balik hotel dan rehattttttt selayaknya. sebab besoknya mahu ke bandung. ho yeahhh!


disebabkan pergi dua family, so bapak-bapak lagi  siapin bas mini ini. hahaha. nak main lari-lari pon boleh dalam bas mini. sebab keselesaan itu penting, dari jakarta ke bandung mengambil masa selama tiga jam. ko bayangkan,  tiga jam di sana tak sama dengan tiga jam disini, ( faktor jalan dan macet) tiga jam pergi dan tiga jam balik- memang lunyai la badan kejap. haha

aku duduk belakang ni naya. sekejap terangkat habis badan bila supir main redah je semua bonggol
time tuh aku rasa nak jerit " oi bawak la berhemah siket" haha



lagi 45 minit nak sampai bandung, supir berhenti di pertamina ( tempat isi minyak) so turun kejap, amik gambar. kekdahnya amik gambar dekat tempat isi minyak? sungguh tidak bermotif. haha.  btw, thanks ayah sebab bawak kitaorang jenjalan,even tak lama tapi kitaornag really appreciate it!

tengok kepsyen : selalu hadir melayani. gittuhhh.



kalau sampai di bandung, haruslah ke pasar pagi bandung yang femes dengan maneka kain. kau cakap je nak lace ke, kerawang ke, apa ke, insya allah ko tak kecewa. semua pun cecantik! tapi seperti biasa, aku bukanlah kaki shopping tegar.so aku serahkan pada yang pakar iaitu ibu dan adik aku!. diorang memang nampak kagum dekat situ.bahahaha.




bandung lebih femes dengan kain ela- or orang panggil kain tak jahit lagi ke? entah aku pun tak reti sangat nak bagi nama. sebab aku jenis beli baju dah siap.rambang mata? of course ahh.. tapi memang cecantik ahh. ibu aku cari kain lace- style ibu adalah dia pegang satu jenis, dia pandang jenis lain, nampak tak bertapa rambangnya beliau disitu? bahaha. dekat sini juga, kalau nak beli telekung ,memang aku rekemen sangat lah. sebut je bajet kau banyak mana, mesti tokeh itu bagi yang the best! selalunya, orang nak kawen datang sini, sebab berbaloi-baloi. ahaha.

ibu pun sempat berpesan : " along, nanti kau nak kawen, kita cari barang dekat sini je ye." haaaa. gitu.

hobi aku adalah shopping telekung, ehe. so aku beli jenis candy merhana. kaler dia sweet gituhh. tak mahal- dlm 100 ribu rupiah. maybe dalam rm 30 kot.

dari tengah hari sampai la petang ,kitaorang dekat sini, dan sikit pun tak pernah lengang pasar pagi ni. orang sentiasa ramai. yang bestnya tak rasa macam dekat indonesia, sebab ko boleh jumpa malaysian punya la ramai, ala jalan dua tiga langkah,eh orang malaysia la,


dekat bandung ada foodcourt, incase lepas shopping baru terasa kebulur tapi ada satu restoran dekat luar pasar pagi, korang kena jalan sikit untuk ke #rumah makan ampera - makanan dekat situ lebih kepada goreng-goreng dan ulam-ulaman, tapi not bad la. paru goreng dia the best! hahaha.

next day, kitaorang ke pasar pagi mangga dua sekali lagi bagi menghabiskan rupiah yang ado. haha.eceh. tapi sekejap je lah- lepas tengah hari, kitaorang pergi DUFAN- anchol taman tema la untuk bebudak, kalau di singapore dulu ,aku pergi USS so lebih kurang la. tapi aku rasa USS lagi best kot.  =p

oh sebenarnya bukan kitaorang tapi diorang kecuali aku dan angah je yang tak pergi disebabkan masalah teknikal. lols. lagi pun 10 tahun yang lalu, aku dan angah udah lewati anchol itu. aku rasa tak banyak berubah kot.

 sbb bila tanya ayah :

"Ayah, yang buaian tinggi2 tepi pokok besar itu ada lagi tak?"

"Ada lagi la. " so memang tak berubah banyak la kan =p poyo je padahal sedeh juga sbb tak dpt pergi. ahahah!


malam terakhir, makan  malam di sri bundo- gambar feveret sebab aku ada dalam gambaq. kahkah.

aku dengan angah tak makan sangat sebab gaduh nak order ayaq sirap tapi tak sure nak order ke tak. sebab dah terkena order fresh oren, tapi dpt yang memang fresh oren yang memang fresh yang rasa dia MASAM nak mam... haha



shopping dah, nasi padang pon dah pekena, kepala pon dah relax, hati pun dah tenang, jom balik. sem dah start. hoho.



satu-satunya gambar kenangan. 




well, jakarta  merupakan syurga shopping dan syurga makanan. tapi sebenarnya banyak tempat lain yang lebih menarik untuk di lawati cumanya di kesempatan ini, holiday pon bersama family, mesti lah buat cara holiday bersama family.

kalau aku, aku tak puas lagi  di jakarta ni sebab aku jenis suka tengok scenery, tempat tarikan tugu or apa-apa je yang kita boleh faham sejarah /budaya masyarakat mereka, tapi sebab tak kesmapaian. maybe next time kot. aku backpacker. acah-acah. =p
hahahaha.




p/s:  enrty ni tak boleh guide korang sangat pun, sebab tak banyak tempat pon yang pergi, tapi harap boleh la belajaq sesuatu. kehkeh. banyak gila typo. halal la nah. malaih nak edit. haha



Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...