Monday, February 16, 2015

Perlis - KL







untuk makluman kawan-kawan aku, aku baru je pindah kl. tak dak la baru sangat. ada la kot dua bulan. haha  selama ni kalau cuti sem, aku balik perlis. tempat tinggal aku duk dulu. tempat tinggal sejak darjah enam sampai umoq aku 22  tahun. Tahun ni officially aku dah 23 dan aku duk dekat kl. 


orang cakap, kalau kita nak pindah tempat yang lebih best atau pon lebih meriah, kita akan rasa happy dan tak sabaq. tapi malangnya perasaan itu tak dak dalam diri aku. ada lah sikit. itu pun sebab aku fikir nak balik kampung sat ja. nak balik teluk intan sat, nak balik temerloh pon sat. tak semacam duk perlis dulu nak sampai temerloh, kematu pungkok. aher.

kalau sebelum-sebelum ni, aku x rasa kebosanan di tahap yang melampau bila balik perlis. iyalah. ada geng. pikah, farah, fathiah, edah, tikah semua. geng aku la tu, pi sana pi sini, selalunya depa la yang mai umah aku duk cerok pedalaman itu. entah. umah aku x dak apa pun, ada pokok pokok, ladang kuda jiran aku, pastu ibu aku masak la untuk depa. part paling best  kalau depa tdoq umah aku, pehh boleh sembang kencang.. haaa tapi itu dulu la. 

edah dgn fathiah. mana nak pi tak tau. 

sekarang ni duk kl, memang la ada tempat macam - macam, tapi entah aku tak rasa lagi la nak ber-meriah sakan. tunggu seru gamaknya. 

aku cuba la jugak  sibuk kan diri aku dengan macam-macam.. baca buku buku yang aku tak pernah baca, belajaq masak (tapi mcm failed lagi) jadi supir, jadi bibik telah la. tapi mana tahan... semua benda aku buat sorang. x dek feel brooo. 

aku cuma nak cakap yang aku boring la kat sini. aku perlukan byk masa untuk adapt persekitaran kat sini. aaaa. waktu aku pin dah perlis (year six) aku nak adapt dengan suasana dan keadaan kat sana macam senang gila, tak dak ahh rasa terpekung dada gitewww. ala susah la aku nak cakap..

nampak dak dominan aku kearah mana? bebas kan..

makin kita dewasa, makin kita tahu kita dominan kearah mana. entah. jauh disudut hati aku, aku tetap nak balik perlis juga. 

bukan aku je. adik adik aku pun sama. "along, bila kita nak balik perlis lagi?" 

"Long, kau tak nak balik perlis ke?" 

aku speechless kot.  mana nak tau nak jawab apa. yang aku tau, aku kena ikut pindah, bila ayah aku kena tukaq tempat kerja sebab  majikan dia suruh.  bagi pihak ayah aku, mesti la dia kena menurut perintah, dia pekerja kena ikut kata bos. bagi aku, walaupun aku tak nak, aku kena jugak. 


even aku dah selalu pimdah randah... merata tempat.. sabah, perak, pahang. terengganu. selangor. tapi perlis betoi betoi buat aku rasa macam itu ahh tempat paling best dekat dunia. amboihh melangit. malaysia sudah la. haha. 

p/s: perlu ke aku cari bakal suami dari perlis jugak? HAHAHAHA. budus punya soalan. kbai


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...