Monday, February 16, 2015

Perlis - KL







untuk makluman kawan-kawan aku, aku baru je pindah kl. tak dak la baru sangat. ada la kot dua bulan. haha  selama ni kalau cuti sem, aku balik perlis. tempat tinggal aku duk dulu. tempat tinggal sejak darjah enam sampai umoq aku 22  tahun. Tahun ni officially aku dah 23 dan aku duk dekat kl. 


orang cakap, kalau kita nak pindah tempat yang lebih best atau pon lebih meriah, kita akan rasa happy dan tak sabaq. tapi malangnya perasaan itu tak dak dalam diri aku. ada lah sikit. itu pun sebab aku fikir nak balik kampung sat ja. nak balik teluk intan sat, nak balik temerloh pon sat. tak semacam duk perlis dulu nak sampai temerloh, kematu pungkok. aher.

kalau sebelum-sebelum ni, aku x rasa kebosanan di tahap yang melampau bila balik perlis. iyalah. ada geng. pikah, farah, fathiah, edah, tikah semua. geng aku la tu, pi sana pi sini, selalunya depa la yang mai umah aku duk cerok pedalaman itu. entah. umah aku x dak apa pun, ada pokok pokok, ladang kuda jiran aku, pastu ibu aku masak la untuk depa. part paling best  kalau depa tdoq umah aku, pehh boleh sembang kencang.. haaa tapi itu dulu la. 

edah dgn fathiah. mana nak pi tak tau. 

sekarang ni duk kl, memang la ada tempat macam - macam, tapi entah aku tak rasa lagi la nak ber-meriah sakan. tunggu seru gamaknya. 

aku cuba la jugak  sibuk kan diri aku dengan macam-macam.. baca buku buku yang aku tak pernah baca, belajaq masak (tapi mcm failed lagi) jadi supir, jadi bibik telah la. tapi mana tahan... semua benda aku buat sorang. x dek feel brooo. 

aku cuma nak cakap yang aku boring la kat sini. aku perlukan byk masa untuk adapt persekitaran kat sini. aaaa. waktu aku pin dah perlis (year six) aku nak adapt dengan suasana dan keadaan kat sana macam senang gila, tak dak ahh rasa terpekung dada gitewww. ala susah la aku nak cakap..

nampak dak dominan aku kearah mana? bebas kan..

makin kita dewasa, makin kita tahu kita dominan kearah mana. entah. jauh disudut hati aku, aku tetap nak balik perlis juga. 

bukan aku je. adik adik aku pun sama. "along, bila kita nak balik perlis lagi?" 

"Long, kau tak nak balik perlis ke?" 

aku speechless kot.  mana nak tau nak jawab apa. yang aku tau, aku kena ikut pindah, bila ayah aku kena tukaq tempat kerja sebab  majikan dia suruh.  bagi pihak ayah aku, mesti la dia kena menurut perintah, dia pekerja kena ikut kata bos. bagi aku, walaupun aku tak nak, aku kena jugak. 


even aku dah selalu pimdah randah... merata tempat.. sabah, perak, pahang. terengganu. selangor. tapi perlis betoi betoi buat aku rasa macam itu ahh tempat paling best dekat dunia. amboihh melangit. malaysia sudah la. haha. 

p/s: perlu ke aku cari bakal suami dari perlis jugak? HAHAHAHA. budus punya soalan. kbai


Sunday, February 15, 2015

REVIEW NOVEL | BICARA HATI 2

petanipintar


HAI. 


Aku dah baca BH2 dah puluh kali rasanya sejak BH2 dikeluarkan bulan Disember lalu(kalau tak silap). Sanggup aku  order dengan kak damya hanna awal-awal. Haha *Dia macam semangat nak baca novel tu datang bila, penulis kegeraman yang tulis novel itu dan kita tahu cerita dia memang lain dari yang lain! 

BH2 ni sambungan kepada BH. 


kalau BH2 itu dia menceritakan kisah percintaan antara Zahlia dan Tg.Shahran, macam mana diorang boleh terjumpa? Terjebak dengan alam perkahwinan. dan macam mana diorang boleh terima perkahwinan itu dengan sikap Zahlia dan Tg.Shahran dua-dua kontra, masing-maisng dari latar belakang yang berbeza! 

So BH2  ni aku baca juga walaupun final exam dah dekat sangat.hahaha. well,apa yang aku boleh katakan, yang BH2 ni menepati selera aku sebagai pembaca novel bersambung! Aku cakap lain dari yang lain sebab, kalau aku baca sequel novel lain, selalunya  jalan cerita tak berkembang, ataupun tak dek something yang membezakan antara novel pertama dengan yang sambungan, so dalam BH2 ni, 

aku nampak jalan atau plot yang berlainan dari BH. Benda yang aku paling suka, adalah tentang life Zahlia dan Tg.Shahran lepas berumah tangga. Of course lah benda ni la yang pembaca expect kan? Tambahan lagi, kisah dia berkaitan salah seorang anak kembar Tg.Shahran dan Zahlia menghidap Autisma

Autism, ketidakupayaan dalam perkembangan minda- umumnya lah. sebab aku tak study pasal autism, tapi aku tahu lah serba sedikit sebab aku join group autism malaysia. so dari situ lah pembacaan aku lebih rancak, sebab aku rasa aku faham apa yang penulsi cuba sampaikan, sebenarnya melalui penulisan novel pon, boleh beri something yang baru untuk pembaca kan. 

dan ada selingan tg.hafizah dan ikhmal, meaybe boleh dikembangkan dalam novel yang lain pulak. 

heeee :D so kesimpulannya,sambungan ini memang terbaek! semoga kak damya hannda terus menulis. dan menghasilkan karya -karya yang berkualiti! love you XOXO

p/s: review dekat blog ini ada sedikit perubahan dari review di instagram
      btw thanks kak damya hanna sebab reply review di ig! :)


REVIEW NOVEL | TERTULIS DI BINTANG-BINTANG







baca novel lebih feel dari tengok movie. 
aku tak boleh nak review lebih-lebih, sebab aku nak habiskannya pon makan waktu yang panjang. so bila pending nih, faham-faham la. 
walaupun ada sorang  artis cakap, ini adalah novel cinta paling best? erk. Bagi aku ni bukan novel cinta sebenarnya. entah lah walaupun mungkin ada lah sikit cinta tu. 
tapi bagi aku,ia berkisarkan  life  hazel grace dan kansernya!





Wednesday, February 11, 2015

Aku dan Harimau







google image


Ada satu petang itu, aku tidur waktu petang sampai dah nak maghrib, baru aku terjaga.  baru aku nak bangun, tiba-tiba bilik aku kena terjah dengan iddin. Iddin itu adik bongsu aku. So aku pura-pura tido balik, letak bantal atas muka.

saja nak tengok, dia nak buat apa. selalu dia kejut aku " along bangun, dah nak maghrib"

tapi petang ni mcm pelik sikit. aku dapat rasa, dia datang dekat tepi telinga, aku tutup mata lagi.

saat-saat berikutnya aku dengar

" BANGUN...BANGUN ... BANGUN, HARIMAU BANGUN..... JANGAN TIDO LAGI,"

"oi , kau samakan along dengan Harimau din" pfffttt

 Iddin terus lari keluar sambil ketawa besar.




Thursday, February 5, 2015

PREVIOUS SEMESTER : DINNER B.I.G 14




Aku tak tahu nak start macam mana entry ini, tapi ni entry untuk korang yang tak dek life, yang suka baca entry entah apa-apa,boring macam entry aku ni. dah aku bagitahu entry aku boring, enkorang  tetap baca jugak kan.hahhaahaha. memang aa korang x dek life macam,aku. 

benda dah lama, aku nak perah otak supaya ingat semula memang payah. so aku tulis apa yang aku tahu dan ingat je lah. well entry kali ini tentang majlis makan malam jdpi. which is aku lah pengarah die. sememangnya aku tak dek pengalaman sekecil hama pun, dalam bab-bab nak jadi pengarah ni seme, tapi atas niat nak tolong member ,aku pun ambik keputusan nak buat jugak dinner ni. walaupun masa tinggal sebulan. kengkonon nak challenge diri sendiri lah.. tabah ke tidak? heh.

selepas perjumpaan , dan keputusan di buat sebulat suara sebulat meja makan,sebulat muka aku, so kitaorang watlek watpis pilih tema black & gold. Hitam dengan emas. nak dijadikan citer, tempat yang kitaorang decide tu pun tema dia ala-ala kekuningan so macam ngam aahh. kalau korang tahu tempat ni kat mana, bagus ahh tapi aku nasihatkan korang cari tempat lain k, bukan apa dinner ni kan setahun sekali jew, alang-alang nak buat, buat la kat tempat yang gah sikek. 

sebab aku yakin, korang pun malas nak baca pajang-panjang, aku short cut je lah. gambar bawah : gambar doorgift dengan photobooth. doorgift aku nak jimat ,nak cut bajet so aku decide untuk tempah biskut rainbow dengan bagi button badge.

 1.Rainbow cookies , korang boleh je terjah instagram uolss, then cari : @tiptopcookies
aku tawakal je masa minta tolong lela order rainbow cookies, ye lah takut keras kejung makan kang, bersepai gigi, tak pun lembik lunyai ke, tapi alhamdulillah, masa testing sumpah sedap gila babeng, 
so kesimpulannya sedap aaa biskut kaler-kaler ni. titew suke sangot.

2. button badge : korang cari kat pasar seni, cari lah kedai yang paling murah sekali. hahahaha. 

3. photobooth-  nak jimat, aku serah pada yang pakar, lela yang buat dengan dia hangkut bebudak under ajk cenderahati, yang tak dek keje waktu itu, memang selamat kena push dengan lela.kehkeh. seme barang recycle beb. 






caption : tujuan dinner diadakan adalah untuk senior senior yang dah nak grad.haha babai



1. gambar yang aku paling menyampah adalah gambar aku yang kena bagi ucapan. benda paling aku tak suka buat. bagi ucapan atau lebih tepat lagi, kena hadap audien seyes, sapalah yang buat rules kalau jadi pengarah kena bagi ucapan bagai, haihhh . aku rasa tak nak datang malam itu pon ada jugak.. iya aa kalau aku bagi ucapan, kalau aku tak nangis, orang lain yang akan nangis. hahahahahaha . gambar membuktikan !  (x dak ahh. gambar ni tak ready lagi, photographer shoot pun agak-agak ahh,puan tak ready lagi kut. hihi)

2. dari awal ,aku pening nak buat dinner ni, aku tak dek orang lain yang support aku melainkan depa empat ni. yang ni aa boleh dikatakan yg amik tau pasal bajet tak cukup, yang salurkan pendapat dan juga bagi idea, tolong aku cari barang, deal dengan orang makanan, cari barang hadiah bagai, semua tu , aku kongsi rasa dengan depa. terima kasih berjuta-juta lemon, nanti aku kasi free lemon keyh. hihi


3. aku decide untuk bagi lecturer, makanan yang dihidangkan tapi malam itu teknikal problem so, semua aku kasi buffet senang citer, amiklah nak amik banyak mana pun, hampa nak tapau pon okeh whattt. pheww.makan free, sedap ke dak ka, hampa pulon bagi habis jugak nahh.

4. menu makan malam : nasi putih, tomyam , sayur campur, ikan, ayam, daging.. sebenaqnya macam macam jenih lagi  tapi aku dah lupa,serius aku lupaaaaaa. buah betik, tembikai, puding roti, ayaq sirap, bandung...





dah settle makan, persembahan, cabutan bertuah dan semua benda so apa lagi tunggu, bergambaq laaa semuanya.gambaq banyak tapi aku buh collage je lah, mau nak buh semua, macam kijam ja buat aku. heh alhamdulillah, semua orang  pon aku nampak happy ja even banyak gila problem yang datang baik dari sebelum majlis atau semasa majlis. nasihat aku, kalau nak buat dinner ke event ke, make sure ajk yang terlibat bagi full comitment, jangan ambik ajk yang so-so je . hahaha. lepas itu, make sure aa deal tempat makan/dewan yang betul-betul kondusif., buat testing food,pastu pastikan pa sistem mikrofon, semua dalam keadaan yang tiptop. bukan sat bole guna sat tak bole. haha. aku nasihat ni siapa-siapa yang jadi pengarah .ajk dinner , sebab end up kalau majlis banyak tak betul, teknikal problem memanjang, pengarah jugak yang malu.aher aher. takpe malu itu sifat yang mulia.ahahahaha.


bagi pihak , terima kasih juta-juta gula getah untuk team kat bawah ni sebab tanpa diorang takdek aaa dinner , tanpa diorang tak dek aaa banner kat belakang, sapa yang berkejar ke bangi nak ambik banner semata. hahaha. tak dek diorang, tak makan aaa kite, tak dek diorang sapa, nak decorate semua benda, haha. pokok bunga daun sekali, tanpa mereka siapalah aku.ehhh.mengarut sungguh!.Bila dha mengarut banyak snagat. itu tandanya entry dah tamat. k bai.





Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...