Sunday, December 7, 2014

penghujung semester,





kalau tak dek rasa gelabah,resah,gelisah,kecewa rasanya macam tak lengkap kalau enko itu manusia yang bergelar student. aku sendiri sedang melaluinya, tapi masih sempat menulis didalam blog betapa aku rasa semua perasaan itu.kehkeh Mana taknya, hujung-hujung minggu ke 13,14 ni lah seme benda pun kena submit, esaimen la, report la, artikel la, video lawatan la, dah jatuh hukum wajib submit kalau enko nak ada markah la~ kalau tak nak kau boleh watlek watpeace.

buat masa ni, kerja-kerja aku masih lagi berbaki 50%, nampak macam siket tapi sebenarnya banyak. artikel sirah aku masih kelam lagi. laporan(kajian agama) lawatan ke church hari itu pon samar-samar lagi, takhrij hadith pun,  phew-phew lagi, 

lagi satu benda aku risau ya amat pasal dinner jabatan. dan paling malang bila aku yg nan hado pengalaman ni yang kena organise. memang macam hape je la kan.dah la-baru-baru ni, isu tempat dinner kena reject padahal sebelum ni majoriti dah setuju,kejadah sangat! tapi so far benda itu dah settle,alhamdulillah sebab tuhan tolong aku! tinggal lagi sekarang, aku nak pastikan everything yang aku dan anak-anak buah aku plan, menjadi dan berjalan dengan lancar! moga dipermudahkan urusan.

_________________________________________________________________________________

apa pun,sekarang aku tengah tarik nafas dan susun kerja kerja ku yang tertangguh. susun ikut prirority kata orang,so kita tahulah yang mana kita patut dahulukan dulu, yang boleh dikemudiankan. hmm, dan semalam aku rasa lebih lega bila senior akuu call aku untuk tanya khabar-masa itu gila-gila la aku luah kan pada dia. hehe. siapa suruh dia telefon kan dah kena dengar benda2 aku merepek..

so aku quote la kata-kata dia : kita kena bersyukur pada setiap benda buruk yang terjadi, sebab benda itu akan buat kita lebih 'jadi orang' dan 'kenal orang' yang kita rasa kita dah kenal sangat tapi sebenarnya tak. 

bertabahlah buat beberapa ketika, sebelum semua dibalas-Nya dengan penuh rahmah! 




2 comments:

  1. Seniorritasss mana la yang rerajin sangat kol awak tuuuu.... pastu qoute tu macam pernah dengarrrr jekk..tapi di mana yeeee..:p

    ReplyDelete
  2. kak tirah. smoga smua urusan mpa dipermdhkan Allah. bittaufiq wannajah :p

    ReplyDelete

Thank you!

Trip He's just not that into you