Sunday, December 7, 2014

Aku,




terserempak dengan Lan (bukan nama sebenar) dekat foodcourt. masa itu aku baru sampai. aku tanya dia, "ko nak pergi mana?" 

dia jawab, dia nak balik. so  alang-alang itu aku bawak kereta aku ajak la dia sekali,sebab aku tahu weekend, bas tak menentu. dari foodcourt nak kolej agak aa jauh jugak kalau nak menapak!

"tapi,kejap eh aku nak beli makan." 

"okay, eh jomlah jumpa  ira (bukan nama sebenar)  dekat sana" 

"aaaaa,takmau segan. dia mesti dengan geng dia."

"ahh kau tak payah nak segan sangat.jom-jom" 

aku biarkan je lah dia pergi jumpa kawan-kawan dia yang kebetulan tengah makan dekat situ juga, aku pergi lah beli makanan untuk malam nanti. lepas aku dah beli makanan itu,aku datang dekat Lan. 
dia pun kenalkan lah semua-semua yang ada kat situ, taklah ramai ada tiga ornag je pun. yg sornag itu ex-kolej kitaorang.

so lepas aku dah sembang sikit2,kenal sikit2,aku pun nak blahlah.

waktu aku nak blah itu, Lan pandang aku, then automatically,aku cakap "what?"

"Salam lah diorang." 

and aku pun macam, what -salam?- perlu ke? 

aku garu pipi sebab aku rasa benda biasa yang selalu aku buat bila jumpa kawan-kawan yang kenal ke tak ke, lepas sembang-sembang, just cakap nak gerak dulu ke, nak pergi dulu ke,macam itu jelah, takdeklah sopan santun sangat nak salam bagai~ 

sambung balik ...


aku pandang diorang yang tengah sengih-sengih pandang aku. Aku pandang Lan balik, "wajib ke wei?" 

"Wajib la!" Lannnnnnn.Kau memang seorang abang yang sangat mengamalkan adat melayu.

aku dengan separuh hati,salam la tiga orang yang duk tersengih-sengih depan aku! dan bila aku salam ,lan senyum menang! Cis. kitaorang pun jalan sampai dekat kereta. 

_____________________________________________________________________________

sebenarnya, aku macam terkesan la jugak dengan cara Lan. walaupun aku mcm ada rasa tak best, sebab lan macam paksa aku buat something yang bukan aku selalu buat,awkward kot. selama ni x deknya aku nak salam-salam orang yang kita kenal kecualilah yang lebih berusia kan.. tapi tapi, aku patut cakap terima kasih pada Lan sebab tindakan dia buat aku terfikir, yang bersalaman itu bukan saja benda baik,malah dituntut dalam Islam. cuma aku je lah yang terlepas pandang,walaupun nampak macam simple, tp bila fikir-fikir balik, hmmm..

aku ikut cakap Lan sebab aku anggap dia abang dan dia lebih tua dari aku. aku kena cari masa utk lepak dgn Lan before dia blah dari um ni,sebab ni sem last dia. woot. 



No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip He's just not that into you