Monday, November 24, 2014

Sekurang-kurangnya,




hargailah usaha orang yang sebelum ni.
kalaupun kau ada usaha yang lebih bagus.
tak tahu ke,orang sebelum ni pecah kepala
fikir nak buat yang terbaik, fikir macam mana
nak create something yang bermakna tanpa membebankan.?

pernahke tanya orang terdahulu, kenapa buat macam ni?
pernah ke tanya relevan ke tak pendapat kau yang membuat tuli tu?
pernahke kau cuba buat banding tara kenapa dan kenapa orang lain buat macam itu?

dan kenapa engkau yang lebih dewasa
tergamak keluarkan pandangan semacam itu?
kenapa ?

tak boleh ke guna ayat-ayat yang lebih nampak nilai kau yang lebih dewasa?

Aku tak boleh nak luahkan bila aku rasa aku sakit sangat.
Sebab orang yang buat aku sakit, lebih berusia dari aku
Aku hormatkan kau, sebab itu aku biarkan diri aku kaku, beku

dan akhirnya lidahku juga turut terkelu ...........................



Saturday, November 22, 2014

Review : SPS | Anjell







petanipintar.blogspot


Semalam lepas pergi MAPOBA, aku jejak kaki dekat kino KLCC pula, sebabnya  nak cari juga novel SPS. Masa aku tanya kakak dekat  Karya seni punya booth,dia cakap dah liau. So aku kecewa gila langsung terus ke Kino, so rezeki aku ada. dapat lah aku baca SPS semalam, bagi menghilangkan rasa tensi yang aku alami sejak dua menjak nih. Hehe.

Ternyata tak sia-sia la aku redah jem , manusia semalam, bila SPS memang best untuk dibaca time -time stress. Bahahhaa! Rasanya plot dan jalan cerita SPS ada beza dengan EC (Eksperimen Cinta)tapi dua-dua penulisan Anjell ni memang tak menghampakan aku! Aku syorkan sangatlah pada enko yang suka baca novel cinta dan romantis nih! 

Aku tak tau nak tulis review yang macam pernah aku buat sebelum-sebelum ni, review yang panjang berjela-jela sebab aku simpan idea aku nak karang esaimen. cumanya aku nak tulis yang boleh relate dengan cerita SPS ni ialah , 

" ada sesetengah perkara yang kita sendiri rasa belum bersedia untuk berhadapan dengan nya, tapi bila perkara tu datang tiba-tiba, nak tak nak kite kena terima, sedia ke tak ke, kita terpaksa juga berhadapan dengan perkara tersebut, sebabnya tuhan dan bagi sign bahawasanya, itu yang kita perlu. itu yang kita kena redha, untuk kita belajar makna sesetengah perkara itu, reject macam mana pun, kalau tuhan kata kita kena hadapi, then kita kena hadap sesetengah perkara itu"  


Tajuk : Suamiku Paling Sweet (SPS)
Penerbitan : Karya Seni
Harga : Rm 29
Rate: 5/5 =p



Friday, November 7, 2014

Broga,




yang pilih tempat ni aku, yang ajak pergi ni pun aku, yang merengek-rengek, nak pergi pergi jugak pun aku, 

bila dah sampai kaki broga, yang nak balik cepat pon akuuuuuu!huuuuu! kenapa nak balik cepat? Sebab aku rasa bala sangat aku kena panjat kaki-kaki bukit sebelum sampai Puncak! Macam tak sanggup, tak sampai puncak pon lagi, aku  rasa nak give up sebab penat seyh.. meleleh peluh aku ,kalau tabung mau cukup satu baldi ( tipu) ahhh memang aku tak suka biarkan peluh2 aku keluar, sayang dowh! hahaha.  tapi member aku yang dah biasa panjat bukit ni cakap.

"kau jangan give up, kat sini memang la tak nampak cantik (refer pd hutan dan tanah tepi2 kitaorang) tapi kalau kau dah sampai puncak first kau akan rasa,aummm" 

hahaha bengong!

tapi dalam kepala aku " kau jangan give up, nanti tak boleh tengok abam-abam sado yg lagi kacak  tgh baca quran  setiap check point. " kehkeh  =P

so,aku teruskan jugak lah pendakian bukit broga (pendakian la sangat). beginner macam aku haruslah banyak berhenti, bayangkan je lah, orang lain boleh sampai puncak dalam masa sejam, aku? dekat dua jam gila! hahaha 

benda paling bengong yang aku sedar, bila nak naik puncak first, baru aku tersedar yang aku ni sebetulnya seorang yang gayattttttt! aku baru perasan wei. 

"edahhh, aku baru perasan yang aku ni gayat, kejap lagi nak turun, aku pegang hang eh?" cakap sambil buat muka bajet comel. kah! 



yang bestnya, edah dengan aida memang gila support la kan. sambil jalan sambil bagi kata semangat,mana nak cari kawan cemni? memang keji sangat la kalau kawan sendiri dia tak support kenn.kakakaa! 

so kita dah sampai! yeay!




view dari mana eh? tak ingat ahh. yang aku tau bila sampai je first peak, aku rasa macam whooooooo! this is not real meyh.. gila cantik ! kalau ikutkan hati, sampai puncak yang pertama aku dah tak nak dah naik, lagi... dah malas dah. dah sampai puncak yang datar tu pon dah kira bagus, tapi entah kan,bila jumpa scenery yang hijau terbentang luas macam ni rasa berkobar-kobar nak naik pula.. so tarah lagi la...





kalau dah kaki selfie,nak kata apa lagi? *geleng kepala*

kau nampak tak abam macho kat belakang tu? tak rugi naik broga ni.kahah selain dapat menghayati alam ciptaan tuhan yang menghijau kau boleh juga usha abam abam sado*okay ni gurau sajo* jangan nak serius sangat meyh.. aku tak gilo lagi naik broga semata mata nak cari abam sado. tapi seyes cakap, aku rasa separuh dari rasa stress aku macam terbang bye bye tinggalkan aku. stress yang tinggal ni untuk aku uruskan dengan baik..woooo!



nampak muka yang tenang ala-ala baby baru bangun tidor? tak? okay bagus. banyak banyak gambar ,aku prefer yang ni. entah sebab aku rasa dia main tiga tone. coklat,hijau dan biru/putih. hmmm. kalau edit mesti lagi cantik, tapi aku dah malas nak edit, aku biarkan je lah  macam kalau kat instagram orang selalu hashtag #nofilter. entahpape. haha



just nak ingatkan,kalau nak naik broga ni kurang kurang bawak la air mineral tak pon hundred plus ka, pastu roti, tapi yg tu tak penting snagat , yang penting telefon bersama camera, baru boleh ambik gambar yang super cantik okay? pastu boleh la post dkt fb ke blog ke...kahkahkah







tulis banyak pon tak guna, siapa yang belum pergi, engkorang harus pergi.. kalau boleh pergi ahh pukul 4 pagi ke .. jangan macam kitaornag acah-acah nak pergi pukul lima, tapi sebab malam sebelum tu duk sembang sampai jam 3 pagi,so sadaqallah je la nak bangun kul 4 tu.alih2 lepas subuh baru gerak. so panjat bukit dari jam 7 sampai 9 .lebih kurang la. tak semestinya kau sampai lepas dua jam, kalau kau pendaki tegar atau kau dah biasa boleh je sampai kurang dari itu. ni cerita beginner haruslah pancit dua tiga kali.heh.


okay nak balik dah. bye broga. i love you, i miss you bebeh. take care okay! :P tapi jujur cakap, aku bukan kaki ( panjat bukit la) aku just nak cuba dan nak rasa apa perasaan orang yang uska panjat bukit ke gunung ke, , tapi rasanya cukup lah sekali je, aku dah tak nak dah, kau bagi aku seriban pon aku tak nak.kahkah. cuma bukan aku la nak panjat ni.





p/s:  thank you edah sebab bawak tite dgn faroh naik broga, tite suka gilew. tapi tite dah tak rasa nak naik broga dah. tite rasa nak panjat dinding je lepas ni. kikiki :p


Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...