Saturday, October 18, 2014

me & my best kakak.



Selalunya, kalau orang grad, dia tunggu je depan DTC (kalau dak-dak UM la)  nanti berkerumun la orang-orang nak bagi bunga la, hadiah la, ucapan tahniah la, bergambar la, aku? Orang yang grad datang cari aku wei.Haha! Kira macam derhaka la kan, derhaka sikit je.

 semalam, 

aku raikan kejayaan dia macam kitaorang baik sangat kan. HAHA! kalau aku tak jumpa dia semalam, memang agak payah nak jumpa dah la manusia yang selalu dengar keluhan mengarut aku ni, sebab dia base dekat Kelantan, so, semalam juga aku decide tawaf UM tercinta tiga kali cari parking nak sambut dia depan Dewan Tunku Canselor, acah-acah 'i'm panah sri dewi sambil melutut dengan bawak bunga sebab dia grad hari semalam kan,  

tapi....tapi..... parking full weiii,dan aku terus balik ke kolej dengan perasaan hampa. mesej dia, dia cakap nak balik dah,walaupun aku rasa dia nak juga jumpa aku sangat.kahkah! (macam aku nak sangat jumpa dia!) tengah layan kecewa aku, dapat mesej dia nak datang jumpa aku kat kolej.

Weehehooo! 

So,dalam kereta je kitaorang sembang-sembang, sebab dia rushing nak ambik abang ipar dia solat la, family dia makan la kan, ( aku pun tak nak amik masa dia banyak banyak, sebab aku faham hari besar macam ni lebih baik celebrate dengan family tercinta kan.) cuma aku nak jumpa dia buat kali terakhir (dalam jangka masa tertentu), sebab dia banyak berjasa pada aku sejak aku masuk tahun satu di um. 

Tempat : Pusat Sukan, Universiti Malaya
Jurugambar tak bertauliah: Putri Nur aisyah
Samsung Duos- Vscocam.



Aku tak tahu kenapa, tapi yang pastinya aku suka gambar ni sangat. Macam menunjukkan nilai kasih sayang kan? eh ke aku yang sentimental value sangat.? hahahahahahaha! berlatar belakangkan dinding cemtu, acah buat latihan komsas masa form five ke hape kan. dengan letak nilai la, latar belakang la. bahahahaha! okay-okay.Boleh letak caption :

" Sebenarnya, siapa yang convo?" (okay hambar.okay.)  



Dia tanya,mana tempat best nak ambik gambar, sini ,dia tunjuk tempat refleksiologi dekat tepi-tepi pokok, aku cakap tak cantik aaaa, kat dinding pon best,aku kata. dia balas, apa yang best dekat dinding, aku cakap sebab ada nilai art kot kat situ.Hahaha. Dia pon macam percaya je kan. Aku kelentong je  pun sebenarnya, sebab dah tak dek tempat dan masa terlalu mencembururi kami, so kita bolos saja dinding itu.Wahahaha!



"A true sista accepts who you are, But also helps you to become who you should be. "

love you to the max, kak  =')


Pertama kali aku jumpa dia, aku tak suka dia sebab dia suka tayang muka serius bajet dia tu. Dia macam lupa atau tak tau nak mengoyakkan senyuman. Dan aku cakap, aku tak kan baik dengan dia.ahhhhh. (cakap dalam hati lah)

Tuhan itu kalau nak balikkan perasaan seseorang itu senang je. Ibarat manusia petik jari "wink" haha


Tralalallala.


Tahniah,kak  sebab dah grad dengan jayanya. dan of course la dah macam-macam kau hadapi kan sepanjang bergelar mahasisiwi  aku harap kau tetap cool dengan gaya kau tersendiri, dan jangan kisah apa orang lain kata tentang kau, sebab hanya kau sorang saja yang tahu tentang kau.. Selamat berjaya.semoga tuhan memberkati setiap langkah dan perjalanan hidup  yang bakal kau tempuhi.

Jangan lupa doakan adik kau yang tak berapa nak betol sangat nih :3 

2 comments:

  1. rindu gila kt kengkawan lama baca ni.
    frustrated coz seeing people post graduation pic all over fb. even yang dah grad dua tahun lepas pun! wtf.
    :D

    ReplyDelete
  2. okay okay..i baru tengok ini punya postt.. best sangat ke awak punya kakak tuuu........ tajuknyaaa macam overdossss... hahaha

    ReplyDelete

Thank you!

Trip He's just not that into you