Monday, October 20, 2014

Review Novel : Lazuardi | Nasz








Tajuk : Lazuardi 
Penulis : Nasz
Penerbitan : Jemari Seni 
Harga : Rm 23/Rm26
Rating: 4/5


Nak review tapi tak tau nak tulis apa. bahahahahaha!

Saturday, October 18, 2014

me & my best kakak.



Selalunya, kalau orang grad, dia tunggu je depan DTC (kalau dak-dak UM la)  nanti berkerumun la orang-orang nak bagi bunga la, hadiah la, ucapan tahniah la, bergambar la, aku? Orang yang grad datang cari aku wei.Haha! Kira macam derhaka la kan, derhaka sikit je.

 semalam, 

aku raikan kejayaan dia macam kitaorang baik sangat kan. HAHA! kalau aku tak jumpa dia semalam, memang agak payah nak jumpa dah la manusia yang selalu dengar keluhan mengarut aku ni, sebab dia base dekat Kelantan, so, semalam juga aku decide tawaf UM tercinta tiga kali cari parking nak sambut dia depan Dewan Tunku Canselor, acah-acah 'i'm panah sri dewi sambil melutut dengan bawak bunga sebab dia grad hari semalam kan,  

tapi....tapi..... parking full weiii,dan aku terus balik ke kolej dengan perasaan hampa. mesej dia, dia cakap nak balik dah,walaupun aku rasa dia nak juga jumpa aku sangat.kahkah! (macam aku nak sangat jumpa dia!) tengah layan kecewa aku, dapat mesej dia nak datang jumpa aku kat kolej.

Weehehooo! 

So,dalam kereta je kitaorang sembang-sembang, sebab dia rushing nak ambik abang ipar dia solat la, family dia makan la kan, ( aku pun tak nak amik masa dia banyak banyak, sebab aku faham hari besar macam ni lebih baik celebrate dengan family tercinta kan.) cuma aku nak jumpa dia buat kali terakhir (dalam jangka masa tertentu), sebab dia banyak berjasa pada aku sejak aku masuk tahun satu di um. 

Tempat : Pusat Sukan, Universiti Malaya
Jurugambar tak bertauliah: Putri Nur aisyah
Samsung Duos- Vscocam.



Aku tak tahu kenapa, tapi yang pastinya aku suka gambar ni sangat. Macam menunjukkan nilai kasih sayang kan? eh ke aku yang sentimental value sangat.? hahahahahahaha! berlatar belakangkan dinding cemtu, acah buat latihan komsas masa form five ke hape kan. dengan letak nilai la, latar belakang la. bahahahaha! okay-okay.Boleh letak caption :

" Sebenarnya, siapa yang convo?" (okay hambar.okay.)  



Dia tanya,mana tempat best nak ambik gambar, sini ,dia tunjuk tempat refleksiologi dekat tepi-tepi pokok, aku cakap tak cantik aaaa, kat dinding pon best,aku kata. dia balas, apa yang best dekat dinding, aku cakap sebab ada nilai art kot kat situ.Hahaha. Dia pon macam percaya je kan. Aku kelentong je  pun sebenarnya, sebab dah tak dek tempat dan masa terlalu mencembururi kami, so kita bolos saja dinding itu.Wahahaha!



"A true sista accepts who you are, But also helps you to become who you should be. "

love you to the max, kak  =')


Pertama kali aku jumpa dia, aku tak suka dia sebab dia suka tayang muka serius bajet dia tu. Dia macam lupa atau tak tau nak mengoyakkan senyuman. Dan aku cakap, aku tak kan baik dengan dia.ahhhhh. (cakap dalam hati lah)

Tuhan itu kalau nak balikkan perasaan seseorang itu senang je. Ibarat manusia petik jari "wink" haha


Tralalallala.


Tahniah,kak  sebab dah grad dengan jayanya. dan of course la dah macam-macam kau hadapi kan sepanjang bergelar mahasisiwi  aku harap kau tetap cool dengan gaya kau tersendiri, dan jangan kisah apa orang lain kata tentang kau, sebab hanya kau sorang saja yang tahu tentang kau.. Selamat berjaya.semoga tuhan memberkati setiap langkah dan perjalanan hidup  yang bakal kau tempuhi.

Jangan lupa doakan adik kau yang tak berapa nak betol sangat nih :3 

Friday, October 10, 2014

Liebster Award :)



Assalamualaikum! :)





seminggu ke dua minggu eh, tapi memang aku rasa lama la sangat bila tak update update apatah lagi aku di tag oleh k.soleh-s tentang LIEBSTER AWARD. lagi la terasa lama sangat nak jawab setiap persoalan yang dikemukakan bertambah dengan rasa serba salah lagi ( tapi bukan sengaja betol-betol sibuk sikit) busy tahun tiga lain macam sikit rasanya.haihhhh.

okay. btw THANK YOUUUUU  k. soleh-s sebab tag kite. ihiksss


kalau tanya aku liebster award ni apa? haruslah aku tak tau nak jawab apa,sebab aku tak pernah dengar dan tahu pun kewujudan award ni. tapi yang aku boleh kasi tahu apa yang aku faham, dia ada peraturan semacam dibawah ini, copy paste dari blog k. soleh -s juge.


" The Official Rules Of The Liebster Award 

If you have been nominated for The Liebster Award AND YOU CHOOSE TO ACCEPT IT, write a blog post about the Liebster award in which you:
1. thank the person who nominated you, and post a link to their blog on your blog.
2. display the award on your blog — by including it in your post and/or displaying it using a “widget” or a “gadget”. (Note that the best way to do this is to save the image to your own computer and then upload it to your blog post.)
3. answer 11 questions about yourself, which will be provided to you by the person who nominated you.
4. provide 11 random facts about yourself.
5. nominate 5 – 11 blogs that you feel deserve the award, who have a less than 1000 followers. (Note that you can always ask the blog owner this since not all blogs display a widget that lets the readers know this information!)
6. create a new list of questions for the blogger to answer.
7. list these rules in your post (You can copy and paste from here.) Once you have written and published it, you then have to:
8. Inform the people/blogs that you nominated that they have been nominated for the Liebster award and provide a link for them to your post so that they can learn about it (they might not have ever heard of it!) "



Okay.sekarang mari kita jawab soalan-soalannyaaaa .Wuuuuu.

  1. Who is the person you look up to when you growing?Why. ( semasa awak membesar ,siapakah individu yang awak kagumi ? Kenapa?)
             Ayah. 

Dengan ayah, saya belajar tentang kehidupan, ayah selalu cerita pasal dia waktu kecik,waktu susah,waktu dia mengalami segala kekurangan hidup, ,pergi sekolah yang jaraknya jauh(saya tahu sebab setiap kali balik kampung,dia akan cerita dan tunjuk sekolah dia, saya tak pernah bosan) jalan kaki  saje.,dia selalu cerita dia terpaksa berpisah dengan family dia, untuk tuntut ilmu sampai untuk ubah kehidupan family dia, waktu tu dia survive sendiri, kerja part time, dia berjaya walaupun terpaksa menghadapi kesukaran. dan setiap kali dia bersama saya, dia selalu pesan pada saya, "dia tak dek harta untuk ditinggalkan buat saya, yang dia mampu sediakan peluang untuk saya menuntut ilmu, sebab kata dia, dalam dunia kalau nak orang pandang kita, kena ada ilmu"so setiap kali saya down dalam belajar, saya akan ingat pesan dia dan bila ingat ayah, saya tak putus asa untuk buat setiap apa yang saya mahukan, dengan sebaik mungkin. sebab saya nak jadi macam ayah saya sekarang. Mampu berjaya dalam bidang tersendiri, dengan berusaha bersungguh-sungguh.

sebelum itu, nak  minta maaf kalau jawapan panjang berjela, sebab bagi saya, bila ada yang care/tanya soalan pada kita, orang itu memang nak tahu. so saya cuba jawab sebaik mungkin, saya tak suka jawab acuh tak acuh saja :)

     2. What is your favourite book(s)? Reason. (Apakah buku kegemaran awak?Beri sebab.)

         Buku? Hmm, saya rasa lebih kepada novel kot. Buku itu macam something yang fully ilmiah kot.ehehe. Plus bahan bacaan pertama yang saya baca secara serius adalah novel Bicara Hati,uhuk uhuk. Jadi kegemaran, sebab bicara hati,novel pertama yang saya baca, dan sekaligus mencipta momen dimana saya jatuh cinta dengan 'hobi membaca novel' kerana olahan-olahan ayat yang bunga,saya tak pernah tahu ayat biasa boleh jadi ayang bunga plus kias.ahaaa gitew.


3. When the first time you learn to read? Tell me one funny experience. ( saya blur dengan soalan ni,sama ada nak tahu first time saya belajar membaca ,mengeja atau jadikan membaca sebagai satu amalan?) sorry saya ni kdg2  tak faham /sgt2 blur pending.hahaa)

so,saya rasa saya nak jawab, first time saya membaca novel bicara hati waktu darjah 6, waktu itu tiada perasaan lucu,sebaliknya kagum " weyyy best juga baca buku-buku tebal cemginih." Haha. dan mula pada hari itu, hobi mengumpul novel dan membaca novel sudah terpasakkan dalam hati.haha. dan mula daripada itu juga saya belajar untuk 'membaca' bacaan-bacaan yang fully ilmiah,sebab saya rasa tertarik. ahahah~ okay skema.

4. Would you suggest a good book for me to read?( bolehkah awak cadangkan satu buku yang bagus untuk dibaca) 

 Buku,hmm novel lah. hahaha. Saya rasa novel yang bagus untuk menjadikan kita lebih 'manusiawi' adalah tulisan Hlovate. Yang paling saya terkesan bila baca tulisan Hlovate adalah TUNAS. Mungkin dah baca, tapi yang belum baca bolehlah baca.

5. Where is Niagara Falls? (a..a. no peeking thru Google) (Dimanakah terletaknya  Niagara Fall? Jangan google)

Ahahaha. bulan lepas, baru sembang dengan ayah pasal ni, bila ada sorang kawan ayah hantar gambar satu family diorang kat niagara falls,kalau tak silap canada.... 

6. What book gave the most impression & change the view in your life? ( Apakah buku yang memberi impak yang besar dalam hidup anda dan mengubah pandangan anda dalam hidup? )   

Anthem - Hlovate.

7. Special character(s) that reflect you the most? Be it in anime, movie, books... anything. 
( Watak yang mencerminkan diri anda, tak kisahlah dalam anime filem buku etc...)

Tak dapat dikenal pasti.haha

8. When did you first fall in love? (crush, admirer...whatever) (Bila kali pertama anda jatuh cinta , crush, admirer)

 ( bulan febuari 2013) Ahahahhha! =p


9. What is your favourite color. A story behind it? (Apa warna kegemaran kamu? Ada kisah disebaliknya?)

Biru. Tak dek  cerita disebaliknya. cuma suka dan rasa dia teli dengan personaliti. boleh ke camtu? haha.


10. Can you describe me in three words. How did you find my blog? (Bagaimana kamu boleh menjumpai blog saya?) 

Tak ingat. Tapi rasanya, awak pernah komen dekat blog saya, dan bila terjah blog awak balik, ada pasal review buku, so saya tertarik lalu follow. hewww


11. What kind of work you do for a living? ( Apa pekerjaan kamu? Mungkin kot) 

 Belajar.


Okay itu saja kot? (:

Next, saya mencalonkan blogger-blogger di bawah :

(soleh-s, (haha!)budak kampung, anis , diya fatiha, asha hana , sang pujangga perosak jiwa, hafizan) dan siapa-siapa rasa nak jawab pon boleh, maklumkan saja pada saia. ( Sudi tak nak jawab.mihmih.Korang boleh je nak jawab ke tak, tiada paksaan! :) )

Soalan-soalannya adalah :
  1. Anda sedang belajar atau bekerja dalam bidang apa? 
  2. Kata-kata hikmah yang anda pegang sebagai penguat semangat sehinga ke hari ini?
  3. Sebutkan satu hobi anda, Kenapa?
  4. Nyatakan satu pengalaman dimana sehingga ke hari ini anda tak pernah lupa? 
  5. Apa yang anda buat bila anda suka pada seseorang?
  6. Anda suka melancong? Tempat mana yang anda impikan untuk pergi? (tak kira dalam negara atau luar negara)
  7. Cadangkan satu tempat yang anda rasa berbaloi untuk dilawati,sebab? ( tak kira dalam negara atau luar negara)
  8. Siapa yang mendorong anda untuk  buat blog ? (diri sendiri,kawan?)dan  blog anda berkaitan apa?( fashion, review buku, random...dll)
  9. Apakah cita-cita anda yang anda rasa mustahil nak dapat, tapi anda berjaya dapatkannya?
  10. Sebutkan makanan kegemaran anda?
  11. Anda rasa blog saya ni menarik ? Ya /Tidak? (Nyatakan sebab)





Thursday, October 9, 2014

catatan 2






Realiti.

Dalam hidup , ada tika, kita tak pernah rasa cukup,
walaupun apa yang kita ada sudah melebihi daripada apa yang kita perlu.

Dalam masa yang sama
mereka yang memang tak cukup sentiasa rasa cukup dan lebih menghargai.



T.T


malu pada diri sendiri saat mengeluh entah apa apa.



hati kata mahu lebih meghargai setiap detik yang berlaku dalam hidup ini
hati kata mahu lebih menikmati setiap nikmat yang dikurniakan pada diri.
hati kata mahu mensyukuri setiap apa yang tuhan sudah beri.
hati kata mahu setiap apa yang di anugerahi sentiasa diingati .


supaya bukan sekadar hamdillah yang lahir dari bibir hambanya

sebaliknya

supaya nikmat nikmat yang bertaburan diguna sebaik -baiknya.




Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...