Wednesday, September 17, 2014

Hari malaysia,





aku sambut dengan menjadi salah seorang volunteer | crew TP ( Telekung Project ) untuk program The Ukhwah Gathering : Doa4ummah) yang berlansung di dewan & masjid IPK seksyen9 Shah Alam. rasa nak cuci mata, usha lah gambar-gambar di bawah :  XD


| sesi petang |













adik-adik ni kompang power betul - sambut 800  VVIP  




adik- adik VVIP  yang diraikan.




******




solat asar berjemaah : bicara khas : | palestine |
bersama ustaz salehuddin abu samah &
Ustaz Roslan Mohamed
Moderator : PU Ustaz Rafi


| sesi malam |


 ada solat maghrib berjemaah : tazkirah : solat taubat : solat hajat : bacaan qunut nazilah  dan majlis makan malam di sertai dengan persembahan dari hariz bintang kecil, dan  juga team ( tak ingat ) tapi diorang buat persembahan best la jugak! lagu warisan/ kau pergi/ aku tabik pada yang main biola itu (tudung kuning), memang daebak la kan. selain itu, ada juga jemputan dari artis semacam kak bed- lah ahmad- ucop wilca ( tak tau nama betoi dia apa,sorry) , azlina ridzuan, dan.... 


belanja gambar satu keping. klik!










sambung ....

aku sambut Hari Malaysia dengan menjadi sebahagian daripada sahabat TP ( Telekung Project ) untuk program |the ukhwah gathering : Doa4ummah | menjadi krew sukarela yang dipilih-Nya  (walaupun awalnya aku tak dapat apply atas sebab-sebab tertentu ( aku nak sangat sebenarnya) tapi dah dikata kalau rezeki itu untuk kita tetap kita yang punya) Alhamdulillah. thanks yana-kak era- kak zila-dan sahabat TP yang sama-sama bagi peluang untuk kitaorang buat something yang memberi manfaat pd hari malaysia ni. herher. 

aku (yana & lela)  pergi sekali sebab kami memang  dah lama usha nak buat benda macam ni, teringat masa program kemboja dulu | masa join program ke kemboja januari lepas, kitaorg colab dengan kak zila. so kak zila banyak shout out untuk sumbangan utk bawa ke kemboja, dan aku rasa  ni lah salah satu cara untuk aku balas budi kak zila dan tp crew yang lain yang banyak gila bantu kitaorang (orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa)  heh. even diorang tak minta membalasnye pun. tapi itu bukanlah sebab yang kukuh pun,and  after this, kalau ada lagi project kak zila, of course la aku nak join lagi. Haha! 

berada di sana hampir satu hari, aku dapat timba pengalaman,dapat banyak ilmu, dan haruslah aku dapat banyak kawan  dari aku tak kenal siapa-siapa dekat sana ,sampai boleh buat geng ( kak mus dari Um, satu fakulti,sebelum ni tak pernah bertegur sapa, tapi join TP boleh kamceng macam dah kenai lama, kak Khalisah dari kajang- memang cool gila orang dia, lejen je sensorang redah dari kajang sebab sama-sama nak jadi volunteer, aunty-aunty yang tak sempat tanya nama, tapi insya-allah kalau ketemu lagi, bisa diingatin kok wajahnya. haha. macam sesuailah dengan tema | the uhkwah gathering : Doa4ummah| memang aku terasa la ke-ukhwahan dekat sana even tak pernah kenai langsong.hew.

join something yang dua-dua dapat manfaat ni memang lah nikmat paling best. as volunteer (KREW), aku belajar banyak benda nak-nak lagi dalam pengurusan majlis, macam mana nak plan untuk satu dewan besar, macam mana nak susun atur setiap hiasan, supaya nampak cool dengan gaya tersendiri, nak check setiap item cukup untuk lebih 800 VVIP-baloon, goodies bag, coklat, kek coklat, setiap bendalah. nak raikan VVIP, mestilah buat sehabis baik ye dak. kalau kita pun kita nak semuanya nampak perfecto! so banyak la aku belajar sbb  aku langsung tak dek pengalaman. 

dan sudah pasti lah bila  tengok muka semua VVIP  yang diraikan, mereka nampak gembira/seronok/ dan rasa dikasihi di sayangi, buatkan aku puas hati. aku tak mampu nak organised project kasih sayang besar-besaran macam ni, atleast jadi volunteer sekejap pun jadilah, untuk cuba memahami apa yang dipanggil nikmat Allah, kita senang jangan sampai lupa orang yang memerlukan.. 

orang ada la tanya, syok sangat ke buat kerja kerja sukarelawan? hmm,hmm, nak jawab pun tak tau. apa yang aku boleh tulis kat sini, selagi kau minat/kau enjoy gila/ selagi itu la kau rasa syook gilo dan puas hati dapat tengok orang senyummmm. Teehe =D

****

thanks pada TP crew, sebab bagi peluang dan ruang untuk jadi volunteer walaupun sekejap, semoga TP ada project lain yang memerlukan volunteer seperti kami. Eheh. 

last picture, dengan owner TP,kak zila. " Kak zila, ingat tak kitorang, masa nak teruskan project kemboja.. 

"dah ahhh.. tak ingat ahh.." kak zila jawab sambil gelak-gelak. Orang kalau ikhlas, memang dia tak kan nak ingat setiap apa yang kebaikan yang dah dilakukan. May allah bless u and TP always.  



Selamat hari Malaysia!
 Semoga Malaysia terus aman & damai. 






No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...