Wednesday, September 3, 2014

Buang tebiat.





Bila Iddin balik sekolah tengah hari tadi, dia buka tudung saji. 

"Hmm, pandai jugak eh along masak." 
"Apa kau ingat along tak reti masak ke?" 
"Haah.Memang Iddin ingat along tak pandai masak langsung. 

Dengan muka langsung tak rasa bersalah lepas dia komen,dia duduk amik pinggan dan makan. Ecewah baik betul perangai.Tapi betul la apa budak tu cakap. Dalam family aku, aku lah paling teruk sekali kalau dalam bab masak masak nih. Kalau bagi sayur pon boleh jadi hancur. Haha. 


So lauk lauk ni aku main campak saja. jadi ke tak, belakang cerita. Sebab aku malas nak keluar beli lauk yang dah siap,aku pon bersilat la kat dapur.( ibu aku kursus dekat KL, sebab itu aku kena masak.) In case korang tertanya tanya ,aku masak apa. Haha. ( Sambal ayam + kangkung  bilis + Sotong goreng kunyit)

Simple. 

Meh aku share resepi gila simple meh. Orang yang paling malas macam aku, harus cuba! kahkahkah.

Sotong goreng kunyit

Lumurkan sotong tu dengan kunyit dan garam secukup rasa.Bagi sebati. Lepas itu potong bawang bulat-bulat. Panaskan minyak, dah panas ,masukkan sotong, tunggu sampai masak, masuk kan bawang tu. Dah siap. Simplekan? Haha.

Kangkung bilis.

bawang merah tumbuk dengan ikan bilis, lepas panaskan minyak, masukkan bawang merah dengan ikan bilis yang sudah ditumbuk, kacau sampai ada bau wangi ,masukkan kangkung yang dah potong tu. tambah garam sikit, tambah perisa sesedap rasa sikit,sebelum angkat  taburkan cili besar yang dipotong kecil. Dah siap.


Sambal ayam.

Goreng ayam berasingan. 
lepas minyak dah panas, masukkan  bawang putih  merah yang dah ditumbuk, masuk cili giling. lepas dah pecah minyak, masuk cuka sikit. tambah garam sikit, gula sikit. Gaulkan ayam tadi hingga sebati. Tara. Simple kan?

Amacam dah boleh jadi chefwan ke tidak? 


P:s:s : Tinggal dua hari je nak duduk rumah. lepas ni buka sem baru aku dah tahun tiga. 
         Tamau jadi senior. Tamau tamau :(

          Adik adik yang baru masuk UM tu, Selamat datang ye. Belajar elok2. Haha. 
          Yang mana kolej kinabalu itu tegur tegur la akak. ahakss.


2 comments:

  1. Iddin ada cakap sedap ke tidak...tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia cakap sedap lepas kena paksa boleh gitew kak? Haha

      Delete

Thank you!

Trip He's just not that into you