Posts

Showing posts from September, 2014

(3)

"Hai ma." Sapaku apabila terpandangkan  mama yang sedang membetulkan shawl segera ariani di hadapan cermin di ruang makan tersebut. Mama sempat menoleh kearahku seketika seraya melemparkan senyuma manis sebelum mengemaskan lagi letak tudung ariani tersebut. Aku memerhatikan  mama lama dengan kerutan didahi. Shawl Ariani saja pun tapi dari tadi duk betul-betulkan, haih tak paham aku.
"Hai darling."  
"Ma...." Keluhku sambil membuat muka tidak suka dengan panggilan darling tersebut. Mama tergelak-gelak. Tahu yang aku anti- kepada panggilan manja sebegitu. Aku menarik kerusi, dan terus menghenyakkan tubuh diatas kerusi tersebut dengan bersila.
"Matahari dah terpacak, Al baru bangun?" Tegur mama.
Aku tersengih cuma mendengar teguran mama. 
"Penat la ma, semalam angkut barang dari tingkat tiga tau." Semalam, setelah selesai kertas akhir, aku mengangkut barang-barang dari kolej untuk dibawa pulang ke rumah. Seorang-seorang mengangkat barang…

Persepsi |1| terhadap student pengajian agama

Persepsi orang sekeliling terhadap student agama melalui | pemakaian |


hari itu,aku sembang dengan seorang member kolej. aku kenal dia masa orientasi. tapi tak lah rapat sangat.  lepas orientasi masing-masing sibuk dengan kelas di fakulti masing-masing. kalau jumpa pun, setakat pandang say hai! dan senyum. setakat itu je la. so baru-baru ni, jumpa balik, dan sembang banyak la juga, pasal kolej, pasal backpakers bagai. tetiba dia tanya aku, 
"kau budak sains kan?"

 nak kata melopong tak la, tapi mulut aku ternganga kejap la.

"tak ah, aku budak api. | akademi pengajian islam|"

"eh ye ke? asal kau macam budak sains je?" budak sains camno, budak api camno?  Krik krik!

Itu tahan lagi, masa aku jumpa mak cik sorang ni kat jayajasko, dia tanya aku

 " dik, awak budak medic eh?" Kahkahkah! ni memang tak agak-agak kan.

logiknya : kebanyakkan  budak api pakai jubah/baju kurung/ tudung labuh (ditekankan)/ dan aku tak pakai tudung labuh. the end. semua oran…

Review | Mobilebookcafe|

Image
Lepas perjumpaan  sukarelawan K3G di HEP, aku sempat  la berjalan-jalan di sekitar main library UM yang sedang melangsungkan UM Library Carnival 2014. so apa yang aku jumpa dekat sana? Haaaaa. ada #mobilebookcafe (MBC) weyyyyyyy. Korang tahu tak apa tu MBC? MBC tu adalah sejenis kedai buku bergerak, haa macam zaman dedulu ada library bergerak, sekarang aku tak sure ada lagi ke tak.  konsepnya lebih kurang sama. Oh ni memang bestlah bagi orang yang suka gilak dengan buku-buku. 

Konsep dia super duper creative dan cool memang la mampu menarik minat aku kan. buku-buku yang dijual pun kebanyakan dari penerbit yang terkenal , macam alaf21,fixi dan yang lain aku tak sempat tengok. haha. sebab aku usha novel latest dari Aisya sofea  yang aku cari. so lepas dah beli novel, aku sembang-sembang la dengan kakak yang in-charge (sorry.aku lupa tanya nama but  she's very friendly!)  Kalau universiti/sekolah/ korang ada buat event apa-apa saja dan nak invite diorang pun boleh 9tapi kena refer p…

Hari malaysia,

Image
aku sambut dengan menjadi salah seorang volunteer | crew TP ( Telekung Project ) untuk program The Ukhwah Gathering : Doa4ummah) yang berlansung di dewan & masjid IPK seksyen9 Shah Alam. rasa nak cuci mata, usha lah gambar-gambar di bawah :  XD

| sesi petang |





















******




| sesi malam |

 ada solat maghrib berjemaah : tazkirah : solat taubat : solat hajat : bacaan qunut nazilah  dan majlis makan malam di sertai dengan persembahan dari hariz bintang kecil, dan  juga team ( tak ingat ) tapi diorang buat persembahan best la jugak! lagu warisan/ kau pergi/ aku tabik pada yang main biola itu (tudung kuning), memang daebak la kan. selain itu, ada juga jemputan dari artis semacam kak bed- lah ahmad- ucop wilca ( tak tau nama betoi dia apa,sorry) , azlina ridzuan, dan.... 








[ RB ] MENTAL : Shaz Johar

Image
Tajuk : Mental  Penulis : Shaz Johar  Terbitan : Fixi  Rating : 4/5




Aku baca MENTAL  bila aku tak mengantuk- so bila dah baca- aku terus jadi tak nak tido langsung. apa cerita kan? adakah dengan aku-aku sekali mental? Aha! Mula-mula aku macam blur-siapa - maya-siapa-raudhah. Tapi bila dah nak ending, dapatlah teka ending dia camna.haha! Tapi novel ni memerlukan penghayatan yang sebenar kalau tak, susah nak faham. atau kau langsung tak faham. aku tak pernah baca tulisan shaz johar sebelum ni,so Mental ni noverl pertamalah. Hmm.Baguslah! tak reti nak komen lelebih sebab aku tak pandai karang cerita macam diorang buat tapi selagi aku boleh hadam dan tak tido kira bestlah!
Selamat membaca! 

P/s: selamat hari malaysia. Korang buat apa je cuti esok?



1.0

Tamat saja kuliah, aku berlari-lari menaiki  tangga yang disediakan untuk sampai ke atas bukit sana. Nama saja bukit tapi sudah bersimen dari bawah sampai atas. Orang kata tempat itu tempat larangan,sebab bahaya. Takut jatuh,kalau hujan memang licin ya amat. Tapi itulah satu-satunya tempat yang sesuai untuk orang macam aku, bersendirian. 
Aku termengah-mengah. Saat kaki tiba di atas, aku mengerutkan dahi. Setahu aku, tiada siapa yang suka melepak ditempat ni melainkan aku. Tapi sekarang sudah ada seseorang yang asing bagi aku sedang duduk membelakangkan aku sedang merenung jauh. 
Mahu turun semula, aku dah penat-penat naik tangga sampai basah belakang baju.  Akhirnya,aku menghampiri lelaki tersebut juga. Takut-takut berani,kata orang. Buatnya orang jahat, tolak aku jatuh bukit, memang kes niaya, masuk paper muka depan jawabnya.
" Roti?" Sepaket roti kuunjukkan kepada lelaki tersebut. 
Lelaki yang berkemeja ungu itu mendongak kearahku tapi tiada senyuman diwajahnya. Dia hany…

(1)

dilema satu : sem  5
****
Aku tak benci lelaki
tapi 
tak juga suka mereka. 

*** dilema***

20 factsaboutme

lately, aku tengok dekat ig. orang duk 20factsaboutme tagged by bla bla, haa ni aku buat tak dek siapa yang suruh aku buat, aku buat sendiri je, Kau mampu ker? Haha *omjayy nyampah* haha! =P
1. Nama penuh fatin nurul athirah. so far, tak dek siapa lagi yang panggil aku dengan nama nurul.mungkin orang fikir tak sesuai dengan perwatakkan aku yang tak berapa nak lembut nih.
2. Lahir dekat kuantan, membesar dekat merata (banyak negeri) currently, dekat Perlis dan KL (bila orang tanya berasal dari mana? aku konfius nak jawab macam mana.
3. Aku suka baca novel. Dan start baca novel sejak umur 12 tahun . Novel first yang aku baca, Bicara Hati tulisan Damya Hanna.
4. Aku suka melancong. Itu penyakit keturunan.Melancong dalam negera/luar negara. Ikut bajet. tempat paling best yang aku pernah pergi Istanbul, Turki. Memang best gila!
5. Aku prefer kau/aku dari saya/awak atau I & you/ au ana /ente Tapi kalau orang tu yang mula dulu,aku follow with the flow ahhh cerita dia tapi aku dapat rasa…

Tahun Tiga je, jadi senior.

Image
Assalamualaikum,  selamat ber-semester baru! 


Semester ni cukuplah  untuk buatkan aku jadi budak tahun tiga aka senior setengah. Rasanya macam baru je jejak kaki kat UM masa tahun satu dulu. Masa itu nangis-nangis home-sick bagai.Nyampah betul bila teringat balik! Haha. Now dah tahun tiga! *tak tau nak nak buat aksi macam mana, tapi bersyukurlah sebab boleh survive)


Semester baru  dah pun bermula. 

Aku mengharapkan semester kali ini akan lebih baik dari semester lepas. (setiap sem ayat ni mesti ada) =P Semester ini aku target aku nak improvelah dari  pengurusan masa aku. kalau dulu kelas pukul 8, lima minit sebelum itu baru aku gerak (yelah ada kereta kan. pffftt) lagi pun kolej lapan dengan APi dekat ya amat. Haha.  Aku nak everything lebih terurus! mudah-mudahan la.
Seterusnya, aku rasa aku nak make new friends and contacts. (banyak-banyak lagi) so that lepas nih aku tak rasa awkward bila aku jumpa muka-muka baru and of course aku nak senyum banyak banyak pada orang yang sepatutnya l…

Buang tebiat.

Image
Bila Iddin balik sekolah tengah hari tadi, dia buka tudung saji. 
"Hmm, pandai jugak eh along masak."  "Apa kau ingat along tak reti masak ke?"  "Haah.Memang Iddin ingat along tak pandai masak langsung. 
Dengan muka langsung tak rasa bersalah lepas dia komen,dia duduk amik pinggan dan makan. Ecewah baik betul perangai.Tapi betul la apa budak tu cakap. Dalam family aku, aku lah paling teruk sekali kalau dalam bab masak masak nih. Kalau bagi sayur pon boleh jadi hancur. Haha. 

So lauk lauk ni aku main campak saja. jadi ke tak, belakang cerita. Sebab aku malas nak keluar beli lauk yang dah siap,aku pon bersilat la kat dapur.( ibu aku kursus dekat KL, sebab itu aku kena masak.) In case korang tertanya tanya ,aku masak apa. Haha. ( Sambal ayam + kangkung  bilis + Sotong goreng kunyit)
Simple. 
Meh aku share resepi gila simple meh. Orang yang paling malas macam aku, harus cuba! kahkahkah.
Sotong goreng kunyit
Lumurkan sotong tu dengan kunyit dan garam secukup rasa.B…

Last entry : Singapore.

Image
Nak pergi Singapore bajet berapa?

Walaupun aku pergi Singapore, lepak rumah Syahidah tapi sebelum itu pon, memang dah plan bajet berapa berapa. Anggaran kitaorang dekat singapore  memerlukan  (RM800- Rm 1000)  termasuk lah, MRT ticket
( 10 sg dollar ) Makan-makan, USS ( 74 sg dollar ). Gardens by the bay ( 18 Sg dollar), Shopping, Emergency. Nak peri Singapore banyak cara. Ticket flight, carilah dekat Air Asia  ke tiger airways ke ( carilah yang murah- murah. ) Tak pon cari bas dari Bangsar ke Singapore pon ada. Tak pon KTM ada juga, rasanya. So aku habis Rm 1500 termasuk (ticket flight alor star ke klia,klia ke singapore, singapore ke klia,ktm ke arau, ticket klia transit) 
Penginapan tak termasuk. Kalau korang nak pergi Singapore ( if tak dek kenalan)  bolehlah google dekat sini www.tripadvisor.com.my Aku selalu juga cari apa-apa yang berkaitan dekat sini plus korang kena rajin baca review tempat yang korang rasa best nak melawat. Itu je kot, yang boleh aku share setakat ni. Aku pun…