Monday, August 25, 2014

#Singapore pt3 ( Universal Studio Singapore )








Rabu ( 20/8/14) 

Selepas breakfast, kami keluar rumah, dari Toa Payoh ke USS. Kami naik bas ke Sentosa. Dan sampai di VivoCity  Sg- Mall, kami naik monorel ke USS. (Kalau tanya details punya memang aku lupa!) Haha. Sebelum itu Syahida ada lah beli kuih muih dekat Stesen MRT, so  that kami boleh makan  masa dalam USS bila lapar nanti . Orang kata alas perut. Ada saja makanan Halal di USS tapi limited dan of course la harga dia tak mampu milik. Harhar.



Yang bestnya masa aku minta farah tangkapkan gambar, mak cik ni  dia siap halau aku sebab dia  nak gambar dia sensorang.Cis. Siap tunjuk best dengan peace lagi. Over tau cik. Haha.Apa-apa pun kuih mak cik memang sedap dan enak banget.Mehmehmeh. Kedai makcik ni  jual banyak jenis  kuih muih melayu , warna warni, goreng goreng,nasi goreng, mee goreng, semua ada lah.. jarang sangat nak nampak kat singapore yang jual aneka kuih muih ni.



Ni masa nak tunggu bas ke Sentosa. Beratur jangan potong line.
Sepanjang perjalanan naik bas ke Sentosa ( sekali lagi kalau aku tak silap , ada lalu orchard road )  Aku tak pasti sebabnya gambar ni Far yang tangkapkan, sebab masa itu aku pengsan sekejap. Ngantuk gila! Haha Kamera bertukar tangan,bertukar servis.





Akhirnya. Sampailah kami di USS setelah satu jam setengah duk dalam bas//monorel. Ambik gambar di Merlion tipu dulu. Eheh.  Disebabkan Merlion betul tak dapat pergi atas faktor nak lumpuh kaki, makanya terubat hati ada gambar dengan Merlion tipu. uuuu.. uuuu. Haha.


Apa yang aku boleh nasihatkan, aku tahu ramai sangat yang nak pergi USS ni. Okay antaranya,aku nasihatkan pergi waktu weekdays. Tolong jangan pergi weekend. Kenapa? Haha. Sebabnya, pergi waktu weekdays pon terasa macam pergi waktu weekend. Orang yang datang  memang ramai gilos. Dan korang juga dinasihatkan beli ticket online, sebab kadang-kadang dia ada PROMOTION. klik promotion, then boleh baca guide macam mana nak beli ticket promtion. Walk - in ticket  74 Sg dollar. Sekali lagi aku bernasib baik, Syahida tolong book kan.Thanks Syahidah! :) 

Tempat wajib la kan untuk bergambar ? Kalau datang Singapore. Aheraher
Masa di USS ni lah kita boleh nampak betapa ramainya orang luar. Pelancong-pelancong dari pelbagai negara datang sini. Malaysia, Thailand, Filipin, Korea, dan banyak lah. USS buka pukul 10, tapi sebelum 10 dah beratuq panjang dah orang duk beli ticket. USS ni happening! Kalau datang seawal yang mungkin, korang boleh lah spent masa untuk ambik gambar-gambar sepanjang jalan. Kalau nak tunggu masa balik, tak yah cerita lah penat dia, memang kau dah tak lalu nak amik gambar nyaaaaa. 






Dan kalau kebetulan, boleh la jumpa apa jenis tak aku tak tau nama. "charachter meet & greet" Patung bernyawa nih. Diorang ni ada lah masa-masa bertugasnya. Kalau masuk USS ni kau mesti berazam yang kau masih budak-budak. Baru terasa feel nak yeayyy yeayy yeayyy. Nak gambar dengan dieww. Iteww nakkk angat. (panggg sekalik) Haha! So bila jumpa patung bernyawa ni tak ahh ko rasa awkward kan. 


Dia buat aksi camtu bolehlah orang tergoda. Aku buat orang boleh pitam.Kah!



Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle yang pertama kami naik. Aku bagi 10/10 bintang. Daebakk! Memang aku lah manusia paling teruja, terghairah sekali bila dapat main benda alah ni. walaupun terpaksa beratur dekat satu jam setengah. Boleh kurus kaki.Haha. TTR ni,dia macam kau duduk dalam tarnsformers tu dan kau fight la. Segala aura panas // air memang terasa sebiji sebiji. ahh. Part paling best bila dia menjunamkan kau.Haha gayat seyh! Aku rasa ini memang gila. Kalau korang nak pergi, pastikan masuk yang ini. Tahu?


Next, Revenge of the Mummy. Ini high Speed punya roller coaster. Tapi bagi aku biasa je tercabar lagi naik Transformers tadi. Haha. Biasa-biasa pon meleleh juga lah air liur aku sebab menjerit sakan. Paling tak leh belah, ada group student malaysia juga la yang naik sekali. Ending dia syok, sebab orang dah habis jerit, ada sorang tu baru nak jerit. Gila tak gelak,harus la aku cuba menahan gelak tapi terletus juga dari bibirku.Sorry.Muahahaha!


Sebelum mencabar diri lagi, kami cari tempat solat. So jangan risau sebab USS  sediakan surau yang lengkap dengan tempat ambik wudhu' didalam. Yang penting masa masuk je USS,ambik peta USS, so korang boleh tahu arah tuju semua lah. Surau kecil, boleh lah muat empat orang kalau sekaligus masuk. Lepas solat, rehat -rehat kejap sebelum sambung mencabar diri. Ehehe.

Aku ambik gambar camnih je lah. Sebab kalau nak amik gambar sesama, kena beratur,Malas la akuh!

Nak cuba main dekat sini, tapi dah tutup sebab ramai sangat yang beratur.Huhu.Kbaibai.

Seterusnya, kami naik canopy flyer. Yang ni  aku rasa gayat. Sebab dia biar kaki kita terjuntai. Haha. So rasa macam nak terbang sama itu ada la. Klik sini : Canopy flyer  Kat USS ni, tips dia, Pastikan korang seorang yang tidak kisah menunggu berjam jam beratur  hanya untuk naik benda ala nih (aku hampir give up sebab kena beratur lama.heh) , dan juga berjiwa tegang. so tak dek ahh nak rasa muntah ke apa ke kan. 





Shrek 4-D. Tengok  cerita cinta Shrek & princess Fiona fairytale sungguh la. Yang boleh tahan, bila ada scene kena bersin ke mesti terasa sama euww yukss betul Haha. Tapi seronok la. kalau bawak adik-adik ke, konfem diorang tak nak balik.


Jam 6 baru keluar dari USS. Bayangkan dari jam 10.30 pagi macam itu dalam USS sampai jam 6 petang, gila sangat la kan kalau tak rasa nak patah pinggang, nak tercabut kaki, sakit kepala semua ada la. Dengan skip lunch lagi. Makan pun snek-snek ala ala jajan sajo itupun kak nadiah bawak). Hoho sungguh. 



L.O.V.E from USS!


Muka orang lain nampak juga penat, muka far? Siket pon tak. Haha/.Tenaga cap apa aku tak tau la.

Yang pastinya kata-kata hikmah dia : kalau dah bayaq mahai, rugilah tak naik. So kita kena assobrun minal iman, tahan kaki//pinggang berator lama untuk main game. kehkehkeh

USS memang terbaik!Yang nak pergi silakan. Serius berbaloi-baloi lah dengan harga ticket yang mahal itu. Happening gila! Awesome.Apa lagi nak cakap, pergi then korang boleh rasa apa yang kami rasa. Hakhak.
Cukup untuk hari ini, next entry. Insya-Allah.Semoga aku terus sabar untuk upload gambar dan update entry.





Terima kasih sudi baca entry nih XOXO


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Trip Penang 3Hari 2Malam 😎

Pi Penang ini sebenaqnya plan B. Plan A nya aku merancang nak  ke Bromo, tapi memandangkan tiket kus semangat kus kus. Aku rebel sendiri, la...