Tuesday, August 12, 2014

Result upu,








Tahniah buat adik-adik yang sudahpun menerima keputusan upu hari ini. Korang mesti senyum sampai ke telinga kan?  =D (Apa yang korang rasa, sharelah kat bahagian komen) Korang yang tak dapat tu pula jangan bersedih hati,kecewa berduka lara, masih boleh buat rayuan kan,so buat tau jangan tak buat walaupun result korang macam ada tak kena mana-mana ke, mesti buat rayuan Wajib! Kalau dah tercatat itu rezeki korang, mesti ada. Dont give up!

Sekali lagi berjuta juta tahniah buat korang yang dah dapat u.

Impian untuk menjejakkan kaki ke universiti itu harapan semua orang, yang bergelar anak. Dan semua parents akan merasa bangga kalau anak-anak mereka dapat sambung belajar ke universiti.Macam aku juga, dulu aku teringin masuk uia, tapi result spm tak cukup mengujakan sampai aku kena ambik stpm pula, bila aku dah dapat result stpm, aku apply semua u (aku bukan memilih u mana yang bagus, tapi kalau ikut form yg RU mesti duk belah atas. So UM dan UKM pilihan satu sampai 4) 

Masa  result upu keluar (2012) , aku  dalam kereta otw ke penang. Langsung tak rasa berdebar-debar.  Langsung tak rasa ghairah nak amik tahu. Bila kawan aku mesej dan call untuk bagitahu,dia dapat u mana, masa itu dia tanya aku dapat u mana, Aku jawab entah. Sebab aku tak memang tak sempat check pun. Duk dalam kereta, masa itu telefon aku bukan smart phone,so faham-faham sendiri lah! haha

So, atas kebaikan kawan aku, 

dia tolong checkkan. Masa dia bagitahu aku yang aku dapat UM, aku macam tak percaya langsung sebab aku target Unisza. Unisza itu memang pilihan aku. Uni baru, aku dah siap check kolej dia lagi, baru dan besar kau! Lepas itu dekat  terengganu kan, mesti la senang aku nak cari keropok  lekor "feveret sejak zaman berzaman"  Tapi impian aku tu punah.Hahaha. 

Kecewa sekejap. Tapi lepas itu kena tazkirah. Ada seorang member aku cakap, cuba belajar bersyukur dengan rezeki yang Allah dah tetapkan. Kau dapat UM yang orang lain sibuk nak masuk tapi kau tak rasa gembira, apa kes. So mulai dari saat itu, aku belajar  untuk terima ketentuan, tempat yang terbaik untuk aku adalah di UM. 

Come on, aku nak clearkan kepala korang! 

1. Dekat mana pun korang tercampak, korang kena redha even universiti di sabah /sarawak. Terima dengan hati terbuka. Ingat satu benda, Allah tak tempatkan kita dekan tempat yang kita nak, sebaliknya Allah letakkan kita di tempat yang terbaik buat kita!

Bukan nama univerisiti yang buatkau kita berjaya mengumpul cgpa/gpa setiap sem, tapi diri kita sendiri yang tentukan. Usaha yang tak henti-henti/doa yang berterusan/tawakal yang satu.

2. Jurusan apa pon yang kau pilih then kau dapat, itu berita baik buat kau! Tapi kalau kau terima jurusan lain dari yang kau pilih, sekali lagi kau terima lah dengan redha dan terbuka. Sebab mesti ada yang tuhan nak tunjukkan pada kau! Kalau sekarang kau tak nampak, dikemudian hari kau akan nampak.

Jangan sesekali memandang rendah pada kos kos tertentu. Setiap kos yang ada didalam universiti itu, ada sukar ada mudahnya. Even kau rasa sains sukan itu nampak macam main main sukan je, tapi sebenarnya tetap ada susahnya. Trust me, Aku ada member yang amik sains sukan. 


3. Untuk yang terakhir, sudahkah korang(muslim) sujud syukur bagi mengapresiasikan nikmat yang tuhan bagi? 



2 comments:

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...