Posts

Showing posts from August, 2014

#Singapore pt3 ( Universal Studio Singapore )

Image
Rabu ( 20/8/14) 
Selepas breakfast, kami keluar rumah, dari Toa Payoh ke USS. Kami naik bas ke Sentosa. Dan sampai di VivoCity  Sg- Mall, kami naik monorel ke USS. (Kalau tanya details punya memang aku lupa!) Haha. Sebelum itu Syahida ada lah beli kuih muih dekat Stesen MRT, so  that kami boleh makan  masa dalam USS bila lapar nanti . Orang kata alas perut. Ada saja makanan Halal di USS tapi limited dan of course la harga dia tak mampu milik. Harhar.


Yang bestnya masa aku minta farah tangkapkan gambar, mak cik ni  dia siap halau aku sebab dia  nak gambar dia sensorang.Cis. Siap tunjuk best dengan peace lagi. Over tau cik. Haha.Apa-apa pun kuih mak cik memang sedap dan enak banget.Mehmehmeh. Kedai makcik ni  jual banyak jenis  kuih muih melayu , warna warni, goreng goreng,nasi goreng, mee goreng, semua ada lah.. jarang sangat nak nampak kat singapore yang jual aneka kuih muih ni.


Sepanjang perjalanan naik bas ke Sentosa ( sekali lagi kalau aku tak silap , ada lalu orchard road )  Aku …

# Singapore pt2 ( Masjid Sultan. Arab Steet & Geylang )

Image
Selasa ( 19/8/14 )
Habis meronda di Gardens By The Bay, kami ke Restauran Hajah Maimunah untuk makan tengah hari. Restauran yang mesti pergi kalau datang Singapore. Kalau tanya pasal harga mestilah aku cakap depends pd apa yang korang makan. Aku,pikah dengan farah kira beruntung berkali ganda sebab cik hanafi & cik kamariah belanja kitaorang. Alhamdulillah. 
Dari Stesen Mrt atau bas yek (aku lupa lagi!haha) , kitaorang jalan kaki ke restauran Hajah Maimunah. Jalan kaki ramai-ramai memang langsung tak rasa letih. Infact boleh ambik gambar kat tepi tepi jalan lagi. Mihmih 


Setibanya kami di Restauran Hajah Maimunah, makanan sudah pun terhidang. Ada macam-macam. Dalam hati boleh ke habis kan? Tapi sebab beringat  tuan rumah dah sediakan, wajib habiskan! Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.Ahah!
So antara menu yang ada, of course lah ada nasi putih, sup sayur, ikan asam pedas, sambal goreng singapore (rasa macam rendang siket) bergedel, ikan goreng tepung plus sos masam manis …

#Singapore pt1 ( Mustafa Centre & Gardens By The Bay )

Image
Alhamdulillah,akhirnya projek #travelforlife aku dipermudahkan tuhan. Aku,pikah dan farah dah plan lama untuk menjejakkan kaki ke kota singapura. Selepas plan awal kami mengalami perubahan yangterlalu banyak setiap masa dan sehinggalah ke saat akhir final exam sem lepas pun masih lagi berubah, akhirnya kami selamat sampai.Rasa macam tak percaya *ini memang poyo* Haha.
Aku boleh pergi sana pun sebab ada kawan fakulti aku, yang menetap di Singapore.  Thats why lah, aku boleh lepas, kalau tak dek tempat yang konfem selamat, macam susah lah parents aku nak bagi izin kan. Wuhukkkss. Anak perempuan, se-berdikari mana pon diorang , parents tetap ada rasa was-was nak lepas :) 

Okay sebelum aku teruskan cerita,aku nak bagitahu la sikit, Aku tak plan dan buat kerja sensorang. Semuanya kami buat sama-sama mengikut tugas masing-masing. Tak adil la kalau kau nak berjalan tapi kau longgokan semua urusan pada sorang, Skop skop kerja kami bertiga. Aku sebagai yang pemula plan dan aku juga settlekan …