Thursday, July 3, 2014

Review Novel : Semusim Di Divonne Oleh Ika Madera




Tajuk : Semusim Di Divone (SDD)
Penulis : Ika Madera 
Penerbitan : Jemari Seni
Harga : Rm 19.00 /22.00
Rating : 4.5/5





Lama dah baca SDD. Baca pun banyak kali tapi baru hari ini boleh update review SDD. Soooo lambat tau. Ni novel ketiga dari Ika Madera kalau tak silap, Jet Jonnah and Dapur wawa. So kali ini penulis bawa kita jalan-jan ke Divonne. Ate janganla tanya teman, Divonne tu kawasan nya macam mana?Bandor ke kampung?Ate teman pon tak pernah sampei. hei hei hei. Ate google aje :p

 SDD ni banyak berkisarkan tentang Divvone dan Singapore. So, jujur kata, dari tak tau apa-apa pasal Divonne dan singapore, bila baca SDD ni boleh "nampak dan bayangkan" lah suasana nya macam mana tak banyak sikit pon jadila.

Cerita tentang Mira yang bercuti ke Divonne selama tiga bulan untuk menemani kakaknya, Aliah yang sedang menanunggu saat-saat kelahiran. Cerita yang penuh dengan warna warni antara kakak dan adik walaupun fikrah mereka agak berbeza pada mulanya. Si Mira yang 'religious' dan Aliah yang 'tak se-religious' Mira tapi tanpa Mira sedar, dia dan Jeremy, suaminya sedang mencari-cari makna hakiki tentang hidup bertuhankan  yang maha esa lantas untuk berubah. 

SDD tak boleh nak jatuh dari tangan kalau dah baca part Mira yang selalu cari pasal dengan Jeremy,abang iparnya yang selalu buat kelakar atau lawak selenga. Setiap kali jumpa, mesti nak bertikam lidah. Mesti ada adegan sakat menyakat,usik mengusik. 

Dalam masa yang sama, Mira ditakdirkan untuk mengenali Marc Francois aka Mi Suah dengan karakternya yang pelbagai. Marc yang selamba. Marc yang peramah dan mesra alam. Marc yang suka membantu. Marc si tukang kebun, dan Marc yang menyebabkan sesuatu berlaku tanpa diduga. Isu sensitif telah menyebabkan Aliah merajuk dengan Mira dan itu semua gara-gara Mira yang melontarkan hujah tanpa sedar telah melukakan perasaan Aliah dan bagi Marc ia sesuatu yang merugikan dia. 

Mira dah terima Isam. tapi Mira lemas dengan sikap mama Isam yang suka suki mahu semua benda ikut citarasa dia. Siapa tahan? Dan kerana kesilapan dalam membuat keputusan untuk berkahwin dengan Isam Mira cuba menolak Isam dan menyebabkan Isam hilang pertimbangan diri atau boleh dikatakan keuar Isam yang sebenar?

Trauma Mira trauma! 

Akhirnya, Mira terima Marc. Siapa sangka Marc yang selalu mengusiknya  lagak-lagak Marc yang kadang-kadang menyakitkan hati pada musim luruh di Divonne,  mampu membuka pintu hatinya untuk terima Marc sebagai suami walaupun dia pernah menidakkan perasaan yang satu itu. Jodoh itu ditangan tuhan, rancang lah bagaimanapun, pilih la siapa pun, kalau bukan jodoh tak kemana jua. 


*****

Walaupun cerita ni best tapikan  Jet&Jonnah masih lagi no 1. haha. Tahniah Ika Madera untuk novel terbaru. Semoga terus menghasilkan karya -karya yang lebih berkualiti.hehe :) Happy Ramadhan uolsss.


No comments:

Post a Comment

Thank you!

Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...