Wednesday, July 2, 2014

Review Novel : Hati Perempuan Oleh Nur Ain Al-Abbas





Tajuk : Hati Perempuan 
Penulis : Nur Ain Al-Abbas
Terbitan : Penulisan2u
Harga : Rm27.00 
Rating: 4.5/5




Novel yang bakal direview malam ni khas untuk pembaca yang sukakan penerbitan penulisan2u. Novel Hati perempuan ni ,aku main beli je masa pergi mid selasa lepas. Tapi tak sangka lah best pulak!


HP ni dah banyak kali aku ulang baca dalam masa dua tiga hari terdekat nih. Aku pun tak tau kenapa, tapi gabungan jalan cerita dia yang memang menarik dengan olahan watak-watak utama dan sampingan yang sentiasa (keep-in-touch) buat cerita HP ni hidup sangat. 

Tak caya, korang kena pergi beli dan baca sendiri okay.

Walaupun jalan cerita dia agak stereotaip tapi bagi aku still boleh diterima akal fikiran yang waras lagi. Tg Zaril dan yuhanis berkahwin walaupun diorang tak pernah bercinta pun. Masing-masing ada sejarah silam. 

Buat marriage life bukan terletak pada cinta semata. Banyak lagi benda yang boleh diberi perhatian dalam sesebuah perhubungan. Kepercayaan,kejujuran, hormat, dan meraikan minat antara satu sama lain. All this thing ada lah dalam novel ni, itupun kalau kau baca sambil kau nilai semula apa yang penulisa HP ni cuba sampaikan. Tapi kalau korang jenis baca untuk seronok ,feeling feeling kahwin semata-mata,tak dek apa la citer dia. 

Next, aku suka Penulis HP bila dia kaitkan watak utama dengan watak sampingan, macam aku cakap tadi, watak-watak ni saling -keep-in-touch. Bayangkan macam realiti macam diorang saling berkaitan. Dari family tg Zaril,dengan family Yuhanis. Dari DBF (Damn Best friend) Tg Zaril, dengan bff Yuhanis dan ofcourse la dalam cerita ini ada watak atagonis, which is Tg Amalin. 

cumanya dari segi ayat dalam dialog,sama ada not bm atau bi ada yang macam tak lengkap. Tak lengkap maksudnya, aku tak faham apa yang cuba disampaikan. Ada la certain certain dialog yang buatkan aku mcm ' err apa ayat dia macam ni'  tapi mungkin juga aku yang tak faham sebab kelemahan aku sendiri.Haha. 

Well, overall tahniah pada penulis :) Semoga terus meghasilkan karya  yang lebih berkualiti dan imformatif okay:) 



8 comments:

  1. first time dengar novel ni. :) baru lagi ke? mls nak google. berapa bintang kasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel lama ni :) tapi best la. utk jln cerita 4.5 /5 bintang. haha

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, Ohh.. Heee. All the best to you!

      p/s: Thankssebab sudi baca & komen dekat review nih!!

      Delete
    2. Jalan cerita dia menarik for me, sebab dia betul lah macam yang awak review, dlm sesebuah perhubungan, banyak lagi yang boleh diberi perhatian selain CINTA sahaja.
      And I got the same feeling too when you said that ... 'errr, apa ayat dia macam ni'.. hehe
      Mungkin masih baru dan penulis jujur cakap, novel ni ditulis masa zaman sekolah2 dulu.
      Hehehehe... :D
      Tapi siyes, I like.. Nak di dramakan dah pun,
      akuvsdiashadhira.blogspot.com/2015/03/drama-hati-perempuan-slot-akasia-tv3.html

      Delete

Thank you!

Review Tentang ... Dhiya, Syud

" Andai waktu itu menunggu... mungkin dia boleh pulang tanpa perlu meredah hujan." - Syud  "Andai dia menunggu waktu...