Saturday, July 12, 2014

#SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA



Assalamualaikum & Hi :) 

Pagi ni ambil kesempatan nak shout out, pada siapa yang nak dermakan baju kurung/baju Melayu BARU  untuk anak-anak /adik-adik kita yang memerlukan. Lebih lebih lagi untuk lebaran nanti. Ai sure kita -kita semua dah adakan baju raya. Sepasang pun kira baju raya jugak. So kalau ada duit lebih ke, nak tong-tong duit  dengan kawan-kawan nak hadiahkan pada adik-adik kita boleh la :) Saham pun dapat sama-sama gak. tapi yang lebih terasa kepuasan hati dapat bantu orang lain. 

sebelum itu, korang mesti tertanya-tanya kan, project ramadhan apa la kali ini kan? previous entry,pasal project ramadhan #hijab4ukhwah  Hari ini, Ai nak ajak usha project ramadhan "Sehelai Baju Buat Menyapu Air Mata" pula.  Klik like page(untuk dapatkan info semasa) , so sesiapa yang curious nak tahu pasal-pasal, then baca misison project ni,cara agihan, penyerahan,company overview, pelajar yang menerima sumbangan dan ect. Semua details mereka dah letak, so terpulang sama ada kita nak teruskan atau pun tidak :)  

untuk masa sekarang, 



Mereka masih memerlukan 4 pasang baju melayu dan 6 baju kurung. Details yang terbaru seperti di bawah : 



Dan setiap pengeposan boleh dihantar ke : 




SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A : AHMAD BIN SA'ABUN
NO.12. JALAN PLATINUM 7/44. SEKSYEN 7 
40000 SHAH ALAM, SELANGOR ,DARUL EHSAN

TEL : 016-2151192



Tolong sebarkan. Ai share sebab ai rasa dengan cara ni kita boleh tolong gembirakan diorang yang memerlukan. Dan ai share dekat blog supaya ia dapat dipanjangkan, benda baik kita buat sama-sama.Apa-apa pun, Make sure korang klik link yang Ai bagi okay untuk dapatkan informasi yang betul.Tak nak ada salah faham ke apa. Selamar berpuasa! Jangan lupa doakan qunut nazilah buat saudara kita di Palestine. 


Pikah turns 22,Yesterday.



Semalam, aku iftar plus celebrate birthday pikah. Walaupun berdua saja, tapi bagi aku masa itu lah paling berharga sebab kitaorang spent time, sambil makan, sambil kongsi cerita semester lepas. (aku dengan dia lain uni) Pehh  cerita dah  basi pon nak cerita jugak. tapi  itulah nak cakap, kawan baik itu tak semestinya nak kena hadap 24/7 tidur sebantal sesama, makan sesama,semua benda pon nak buat sesama. lemah mak nokss kalau semua benda nak buat sesameww. semalam takdek hadiah.sorry kawan hg ni memang failed bab hadiah hadiah.Okay Malas nak tulis panjang-panjang.

Happy birthdayyyy pikah. May Allah bless you with a good health wa towil umriki fi khair.Thanks for being my puakasss friend sampai sekarang. Semoga kita terus 'berpuaka' till jannah. Ameeeeen. Kekekekekke :)







" kawan yang baik tak kan 'setuju' membabi buta hanya untuk melihat kegembiraan anda, sebaliknya kawan yang baik akan cakap apa yang sepatutnya, sama ada anda mahu menerima ataupun tidak"
- current situation- 

Ramadhan Akram gaisss! :) 




Wednesday, July 9, 2014

#Hijab4Ukhwah by Telekung Project



Assalamualaikum & hai :) 

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk hari kesebelas kita menjalani ibadah puasa dalam bulan yang penuh mulia. Ramadhan akram! (sorry2 baru nak wish.ehehe) Ramadhan terasa makin laju meninggalkan kita, kalau dulu-dulu waktu tahun 1999 punya ramadhan pehh, puasa tu terasa sikit punya lama lah.. dan sekarang puasa tahun 2014, terasa cepat semacam lah pula. Tak apalah,apa-apa pun, doakan supaya setiap apa yang kita buat didalam ramadhan tahun ini, diterima Allah,dan menjadikan kita manusia yang lebih baik dari sebelum-sebelum ini.




Di kesempatan ini,  ai nak share something yang ai rasa baguslah kalau kita dapat buat, sekaligus nak ajak awak-awak semua untuk membantu mereka yang memerlukan. Ai, walaupun bulan ramadhan, aktiviti menskroll fb tetap no satu. ihikss. Setiap kali ai skroll fb, ai nampak banyak project ramadhan yang jelas tujuan mereka untuk bantu golongan yang memerlukan especially, bila tiba lebaran nanti. Ai akan share project yang ada deadline dulu okay?

Tenang-tenang dan sambung baca :)


Kita bertuah sebab  hidup kita dilimpahi dengan kesenangan, dengan nikmat Allah yang tak terkira, so apa kata kita fikirkan keadaan kawan-kawan yang kurang bernasib baik. Dan dalam kita menikmati kesenangan yang Allah bagi, rasanya kita perlu ingat bahawa dalam kesenangan kita, terselit hak-hak mereka juga.Makanya, sebelum terlambat, marilah kiat hulurkan bantuan, hadiah, sedeqah jariah untuk mereka! 

Salah satu project yang ai terasa nak share pada hari ini ialah project #Hijab4Ukhwah. Project ni under Telekung Project. Kalau sesiapa yang tak familiar project yang selalu menghulurkan bantuan ini , bolehlah usha and klik link TP. (Baca bagi faham tujuan project ni okay?:)

"Admin TP berhasrat untuk mengumpul hijab-hijab yang masih BARU untuk dihadiahkan kepada penduduk-penduduk wanita di Pulau Perhentian supaya mereka dapat memanfaatkannya. Admin TP akan ke Pulau Perhentian seminggu sebelum lebaran untuk majlis Iftar bersama mereka.

Makanya, bermula saat ini sehingga 15 JULAI 2014,admin TP akan mengumpul hijab-hijab yang MASIH BARU atau BARU untuk dimanfaatkan.

Kepada yang mahu menghulurkan bantuan/hadiah/sedeqah hijab-hijab, boleh lah pos hijab-hijab tersebut  ke alamat berikut : 

THE TELEKUNG PROJECT
NO 4, JALAN ELEKTRON, U16/96 H
DENAI ALAM,
 40150 SHAH ALAM,SELANGOR.


dan pesanan admin TP ini buatkan ai rasa nak share,nak join,

"project ni admin laksanakan atas dasar kasih sayang,admin pada semua sahabat wanita yang dikasihi, daripada kita didakwa oleh hijab-hijab yang  tidak dipakai diakhirat kelak, lebih baik kita berikan kepada yang lebih memerlukan yang akan memanfaatkannya. Pada kita mungkin mudah untuk bertukar ganti tudung/hijab  tapi bagi mereka yang kekurangan? 

Sedikit pesanan dari admin TP, admin hanya mahukan TUDUNG SAHAJA. Jadi admin minta maaf kalau ada yang tersinggung, admin hanya melakukan apa yang termampu.Semoga Allah menerima amalan yang kita lakukan ini.Insya-Allah.

*****

Ai rasa terpanggil untuk menyelitkan nasihat, kalau kita ada niat nak bagi hijab tersebut, silalah melihat kondisi hijab tersbeut. Kalau masih (good condition) teruskan. Kalau rasa tak, jangan lah bagi , kasihan pada yang menerima nanti. Mereka juga ada perasaan dan berhak untuk merasa gembira. Kalau kita yang diberikan yang tidak elok adakah kita terima? ( Tepuk dada tanya diri anda?) 

Kenapa admin TP mahukan tudung sahaja? Sebab nama dia pun #Hijab4Ukhwah.HiksTry usha link TP, kebanyakan TP buat project mengikut apa yang diperlukan mengikut keadaan semasa. Bukan kerana Tp demand atau apa. 

Ai share project ni dulu sebab ada deadline dia. 15 JULAI uolss. Jangan lupa, janga  ketinggalan buat amalan baik! Dan bila ai share ni, ai share sebab ai nak share bukan sebab dapat apa-apa komisen ke apa okay? Heee :) 

 *****

sesungguhnya, orang-orang yang bersedekah baik lelaki mahupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka akan dilipatkan gandakan (gajarannya ) kepada mereka: dan bagi mereka pahala yang banyak  [ Al-Hadid : 18 ]



Review Novel : Teman Lelaki Upahan | Azura Rasiddin




Tajuk: Teman Lelaki Upahan ( TLU)
Penulis : Azura Rasiddin 
Pernebitan : Karya Seni 
Harga: Rm30/33.00
Rating: 4.5/5





Satu perkataan lepas baca TLU, Rasional. Bila kita nak buat sesuatu keputusan, kita kena ada alasan munasabah untuk buat keputusan tersebut. Begitulah cerita El yang telah menerima idea gila Lydia yang mahukan El menjadi TLU pada Lydia.

Walaupun pada awalnya, El dengan tegas menolak cadanagn tersebut akhirnya  dia akur apabila mengenangkan dia punya misi disebalik penermiaan idea gila Lydia. Lydia nak El jadi TLU supaya dia dapat mewarisi satu-satunya syarikat hasil titik peluh daddy dan mummynya kerana takut syarikat tersebut jatuh pada tangan mak tirinya. Manakala El menerima idea Lydia kerana mahu mengajar Lydia tentang erti budi bahasa!  Perempuan kaya yang kurang ajar, sering memandang rendah pada kelemahan orang lain perlu diajar,walaupun pada El (low profile) yang sememangnya anak jutawan Sarawak dan mempunyai restauran sendiri, turut dicemuh juga. Bahkan, disebalik agenda dia tersebut, dia terpaksa akur bahawa dia mahu memulihkan hubungan anak beranak tersebut, atas sebab apa? Dia tidak punya sebab yang kukuh melainkan sebab atas sifat kemanusiaan.

Lydia dengan misinya. El dengan visinya. Masing-masing punya agenda tersendiri. Jalan cerita terus menarik hati apabila Lydia terpaksa patuh dengan segala syarat El. Kalau dulu, Lydia lead the game. Kali ini El pula yang mengetuai permainan mereka apabila dia melihat Lydia terus-terusan berkurang ajar dengan  Dato' Azham.( semuanya kerana  misunderstanding  hal-hal  dahulu) 

Sepanjang El  menjadi TLU kepada Lydia, mereka terpaksa berpura-pura menjadi  sepasang couple yang sayang menyayangi dihadapan keluarga Lydia. Pelbagai cara EL lakukan untuk pulihkan hubungan antara Lydia dan Dato' Azham. Mereka berjaya berlakon sehingga tanpa sedar, ada perasaan yang tumbuh didalam hati mereka. Mereka 'ter'jatuh cinta. Ya. El dan Lydia! 

Namun disaat, El mahu mengakui rasa hatinya pada lydia, dia di timpa ujian. Abang long dan babahnya meninggal dunia. Sofea lumpuh. Semuanya berubah dalam sekelip mata. Lydia pula telah mengetahui kebenaran tentang apa yang berlaku antara dato'azham dan mummynya. 

Mereka bertemu semula dengan menjunjung ego masing-masing. Lydia pura-pura tidak mengenali El.El dengan bangganya memperkenalkan diri sebagai anak jutawan, sekadar mahu membuka mata wanita yang pernah menghinanya suatu ketika dahulu.( tanpa menegetahui Lydia sudahpun mengetahui.) Akhirnya mereka bersama setelah terbongkar segala rahsia yang tersembunyi diantara mereka. 

*****


Tahniah untuk penulis yang menghasilkan karya TLU. Walaupun bertemakan 'cinta' tapi masih menyelitkan kisah-kisah kekeluargaan yang sangat harmoni (keluarga El) Hidup kita tak kan lengkap tanpa sebuah keluarga."Family. A beautiful blessing Allah knew you needed" Semoga terus menghasilkan karya-karya yang lebih berkualiti :)

Friday, July 4, 2014

Berubah. Sebab kita sendiri nak berubah.






Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali
 kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka [ Ar-ra'd :11]


Kepada kawan saya yang tak dikenali,

Happy ramadhan.semoga Allah permudahkan urusan awak :)  


Saya buat entry ni khas untuk awak. Walaupun tak pernah tahu nama, apatah lagi betemu empat mata, tapi saya tetap nak berkongsi sesuatu yang bagi saya sangat berharga tapi bagi orang yang tak mengalami , mungkin tiada apa apa nilai tentang dilema yang awak hadapi. Jangan risau, bukan hanya awak yang berperasaan macam itu, saya pun pernah.Orang lain pun pernah. Mahu menjadi lebih baik?Siapa yang tak mahukan?

Kalau awak sudi baca,awak bacalah dengan berlapang dada.  (Ia bukanlah satu perkara yang wajib untuk diikuti cumanya ia sedikit pencerahan)Apa yang saya cuba kongsi adalah apa yang pernah saya buat  ketika merangkak dalam mengubah diri dari segi luaran mahupun dalaman supaya menjadi orang yang lebih baik ( dari dulu sampai sekarang pun). Bila saya buat entry ni tak bermakna saya dah super duper perfect, Tak! tapi bagi saya perubahan itu memang perlu berlaku dalam setiap manusia.

Sebelum itu, cuba bayangkan kronologi ini. (sorry memang failed nak buat kronologi bagai tapi nak bagi awak faham ,penghijaran kita susah nak buat kalau kita tak faham benda benda tertentu. Awak dah setkan goal untuk berhijrah lebih baik dari segi penampilan.Dan awak mula menapak dengan bismillah.Sedari awak melangkah (melakukan hijrah) Akan ada ramai orang berkata-kata (sama ada yang positif mahupun yang negatif) tapi kalau ada seorang yang menjadi pendukung yang sentiasa mengalu alukan perubahan awak, insya allah awak akan terus kuat untuk melangkah dengan lebih gagah dan terus menghampiri target awak. (Saya tak pasti kalau awak faham kronolgi kanak-kanak saya ni.ahakss :) Tapi itulah realitinya.






Berbalik pada persoalan awak, bagaimana nak motivasikan diri? Waktu saya tersedar seperti awak, saya masih ditingkatan tiga, dah la pelajar sekolah  agama tapi tak macam sekolah agama pun tapi perubahan yang saya buat bukan atas sebab itu, tapi atas sebab saya sendiri. Dan saya sedar pun bila terdengar ceramah yang sekolah saya buat,apa yang saya ingat 

"Kalau nak berubah, kena selalu doa pada Allah supaya diberikan hidayah, 
hidayah supaya kita jadi manusia yang lebih baik. dan bila diberikan hidayah , 
berdoalah supaya tidak di pesongkan hati kita."

Cakap nak berubah memang senang tapi nak buat itu yang payah.Sangat. Saya pernah rasa. 

Benda paling penting. Awak kena tanya diri awak, (1) tujuan awak nak berubah. Nak ikut orang semata-mata atau pun kenapa?Tapi jangan risau kalau tujuan awal kadang-kadang belum cukup sempurna. Ye lah, kadang-kadang kita nak berubah supaya kita nampak lebih dihormati atau apa saja, tapi akhir nanti awak akan tahu kenapa awak nak berubah :) 

Bila awak nak berubah, awak kena ada ilmu. Ye. (2) Ilmu supaya awak tak rasa buat perkara yang sia-sia..Awak tak kan mengubah diri awak saja saja je tanpa sebab kan? Contohlah kan, awak cakap pakai jubah pakai tudung labuh,nampak lebih dihormati?Tapi nanti ada orang yang kondem cakap tak semestinya, yg berjubah bertudung labuh itu baik bla bla dan bla. dan yang pakai jeans tee dan tudung biasa tak baik bla bla. Ilmu tambahan :) ,awak kena baca. Dan selalulah pergi majlis ilmu :)

(3) Suri teladan. Siapa pun boleh jadi role model awak. Pensyarah awak.Coursemate awak.Roomate awak.Jadikan mereka sumber inspirasi awak untuk berubah,kalau mereka boleh buat tak kan diri kita tak boleh kan? :) 

(4) Elakkan dengar kata-kata negatif dari orang lain.Selalunya kalau kita nak berubah, benda paling common yang akan berlegar-legar dalam kepala kita,adalah pandangan orang pada kita. 'kalau aku tukar penampilan aku, mesti orang cakap aku poyo kan?' kalau aku pakai tudung labuh sikit, nanti ornag ingat aku ustazah kan?' dan macam-macam la. So,saya nasihat tak payah dengar langsung. Tak rugi pon kalau tak dengar benda negatif. Ingatlah 'kalau bukan aku yang mengubah diri aku, tak kan orang luar pulak kan? Diri kita tanggungjawab diri kita la:)

(5) perkara paling sukar kita nak buat adalah istiqamah. Mana taknya, baru berubah dua tiga hari, dah ada orang duk perlekeh kita, pertikai apa yang kita buat, apa yang saya nak cakap, family dan kawan terdekat kadnag-kadaag boleh jadi golongan yang sukar menerima perubahan kita. Macam saya dulu, ibu saya selalu tanya, 'sure nak pakai macam ni?' Betul ke ?Atau sekejap je nih?' (saya tak cakap untuk menilai siapa ibu saya, infact sekarang ibu saya pun dah lebih baik dari sebelum ni) Haha. Waktu tu siapa tak sedih. Tapi kena kuatkan diri lah. Kena buat lillahitala. Kuatkan diri sendiri. Macam mana nak kuatkan diri,selalu lah cakap dengan diri sendiri. cakap depan cermin.(kalau ikut psikologi cakap depan cermin boleh mendatangkan keyakinan yang lebih (cakaplah pada diri sendiri bagi kekuatan pada diri kita, tak jadi orang gila punya :) Selalu lah sebut, kita buat sebab kita nak berubah, kita tak berubah untuk dapat pengiktiragfan manusia lain tapi untuk dapat redha Allah :) Abaikan perkataan hipokrit bila kita nak berubah. Ada perkara kita kena paksa buat baru kita boleh istiqamah.

(6) Terpaksa cakap, kita tak kan boleh buat sesuatu kalau kita tak bergantung pada pencipta kita. kena selalu berdoa selepas solat supaya diberikan kekuatan diri dan diberikan hidayah untuk berubah. Dan berdoalah setiap perubahan itu berterusan. Doa itu senjata orang mu'min :)

"Hidayah dan petunjuk itu datang dari Allah. Dan Allah melihat pada usaha  dan niat kita."


Sekadar perkongsian.Yang baik itu datang dari pencipta kita, yang buruk itu datang dari yang dicipta
Ramadhan Akram! :) 


Thursday, July 3, 2014

Review Novel : Semusim Di Divonne Oleh Ika Madera




Tajuk : Semusim Di Divone (SDD)
Penulis : Ika Madera 
Penerbitan : Jemari Seni
Harga : Rm 19.00 /22.00
Rating : 4.5/5





Lama dah baca SDD. Baca pun banyak kali tapi baru hari ini boleh update review SDD. Soooo lambat tau. Ni novel ketiga dari Ika Madera kalau tak silap, Jet Jonnah and Dapur wawa. So kali ini penulis bawa kita jalan-jan ke Divonne. Ate janganla tanya teman, Divonne tu kawasan nya macam mana?Bandor ke kampung?Ate teman pon tak pernah sampei. hei hei hei. Ate google aje :p

 SDD ni banyak berkisarkan tentang Divvone dan Singapore. So, jujur kata, dari tak tau apa-apa pasal Divonne dan singapore, bila baca SDD ni boleh "nampak dan bayangkan" lah suasana nya macam mana tak banyak sikit pon jadila.

Cerita tentang Mira yang bercuti ke Divonne selama tiga bulan untuk menemani kakaknya, Aliah yang sedang menanunggu saat-saat kelahiran. Cerita yang penuh dengan warna warni antara kakak dan adik walaupun fikrah mereka agak berbeza pada mulanya. Si Mira yang 'religious' dan Aliah yang 'tak se-religious' Mira tapi tanpa Mira sedar, dia dan Jeremy, suaminya sedang mencari-cari makna hakiki tentang hidup bertuhankan  yang maha esa lantas untuk berubah. 

SDD tak boleh nak jatuh dari tangan kalau dah baca part Mira yang selalu cari pasal dengan Jeremy,abang iparnya yang selalu buat kelakar atau lawak selenga. Setiap kali jumpa, mesti nak bertikam lidah. Mesti ada adegan sakat menyakat,usik mengusik. 

Dalam masa yang sama, Mira ditakdirkan untuk mengenali Marc Francois aka Mi Suah dengan karakternya yang pelbagai. Marc yang selamba. Marc yang peramah dan mesra alam. Marc yang suka membantu. Marc si tukang kebun, dan Marc yang menyebabkan sesuatu berlaku tanpa diduga. Isu sensitif telah menyebabkan Aliah merajuk dengan Mira dan itu semua gara-gara Mira yang melontarkan hujah tanpa sedar telah melukakan perasaan Aliah dan bagi Marc ia sesuatu yang merugikan dia. 

Mira dah terima Isam. tapi Mira lemas dengan sikap mama Isam yang suka suki mahu semua benda ikut citarasa dia. Siapa tahan? Dan kerana kesilapan dalam membuat keputusan untuk berkahwin dengan Isam Mira cuba menolak Isam dan menyebabkan Isam hilang pertimbangan diri atau boleh dikatakan keuar Isam yang sebenar?

Trauma Mira trauma! 

Akhirnya, Mira terima Marc. Siapa sangka Marc yang selalu mengusiknya  lagak-lagak Marc yang kadang-kadang menyakitkan hati pada musim luruh di Divonne,  mampu membuka pintu hatinya untuk terima Marc sebagai suami walaupun dia pernah menidakkan perasaan yang satu itu. Jodoh itu ditangan tuhan, rancang lah bagaimanapun, pilih la siapa pun, kalau bukan jodoh tak kemana jua. 


*****

Walaupun cerita ni best tapikan  Jet&Jonnah masih lagi no 1. haha. Tahniah Ika Madera untuk novel terbaru. Semoga terus menghasilkan karya -karya yang lebih berkualiti.hehe :) Happy Ramadhan uolsss.


Wednesday, July 2, 2014

Review Novel : Hati Perempuan Oleh Nur Ain Al-Abbas





Tajuk : Hati Perempuan 
Penulis : Nur Ain Al-Abbas
Terbitan : Penulisan2u
Harga : Rm27.00 
Rating: 4.5/5




Novel yang bakal direview malam ni khas untuk pembaca yang sukakan penerbitan penulisan2u. Novel Hati perempuan ni ,aku main beli je masa pergi mid selasa lepas. Tapi tak sangka lah best pulak!


HP ni dah banyak kali aku ulang baca dalam masa dua tiga hari terdekat nih. Aku pun tak tau kenapa, tapi gabungan jalan cerita dia yang memang menarik dengan olahan watak-watak utama dan sampingan yang sentiasa (keep-in-touch) buat cerita HP ni hidup sangat. 

Tak caya, korang kena pergi beli dan baca sendiri okay.

Walaupun jalan cerita dia agak stereotaip tapi bagi aku still boleh diterima akal fikiran yang waras lagi. Tg Zaril dan yuhanis berkahwin walaupun diorang tak pernah bercinta pun. Masing-masing ada sejarah silam. 

Buat marriage life bukan terletak pada cinta semata. Banyak lagi benda yang boleh diberi perhatian dalam sesebuah perhubungan. Kepercayaan,kejujuran, hormat, dan meraikan minat antara satu sama lain. All this thing ada lah dalam novel ni, itupun kalau kau baca sambil kau nilai semula apa yang penulisa HP ni cuba sampaikan. Tapi kalau korang jenis baca untuk seronok ,feeling feeling kahwin semata-mata,tak dek apa la citer dia. 

Next, aku suka Penulis HP bila dia kaitkan watak utama dengan watak sampingan, macam aku cakap tadi, watak-watak ni saling -keep-in-touch. Bayangkan macam realiti macam diorang saling berkaitan. Dari family tg Zaril,dengan family Yuhanis. Dari DBF (Damn Best friend) Tg Zaril, dengan bff Yuhanis dan ofcourse la dalam cerita ini ada watak atagonis, which is Tg Amalin. 

cumanya dari segi ayat dalam dialog,sama ada not bm atau bi ada yang macam tak lengkap. Tak lengkap maksudnya, aku tak faham apa yang cuba disampaikan. Ada la certain certain dialog yang buatkan aku mcm ' err apa ayat dia macam ni'  tapi mungkin juga aku yang tak faham sebab kelemahan aku sendiri.Haha. 

Well, overall tahniah pada penulis :) Semoga terus meghasilkan karya  yang lebih berkualiti dan imformatif okay:) 



Review Novel : Juita, Satu dalam Sejuta

Review Novel: Juita, Satu dalam Sejuta. Penulis: Kamalia Penerbitan: Jemari Seni M/s: 532 Genre: Malay Fiction Harga: RM 27.00 ...